"Kenapa Haikal Dah Tak Suka Peluk Papa?", my husband asked.

Ada satu hari tu, suami saya mengadu.
He said,
"Haikal sekarang macam dah tak sayang Papa la. Asyik tepis tangan Papa bila Papa nak peluk dia. Tapi bila dia yang nak peluk, tak pernah pulak Papa tepis. Papa peluk je. Tapi kenapa bila Papa nak peluk, dia tepis. Sedih betul la."

Saya cakap dalam hati,
"Hmm kesiannya orang tua ni. Tak cukup pelukan."
;D

Sambil menahan gelak, saya pujuk suami saya,
"Alahai anak kita tu kan dah besar. Dengan Mama pun dia dah jarang nak manja-manja. Tapi Mama okay je. Takde la rasa terpinggir ke apa (BAHAH). But I think ada dua sebab kenapa Haikal dah kurang suka peluk-peluk atau nak manja-manja ni."

So apakah dua sebab tersebut?
Ini pendapat saya.


Satu,
mungkin anak itu dah mula faham fungsi peluk tu sendiri. Dia hanya akan peluk bila dia rasa PERLU.
Contohnya, bila dia rasa dihargai, disayangi, atau dilindungi, then dia yang akan datang sendiri peluk mama atau papa dia.

Nak dibandingkan dengan anak ketika dia kecil,
dia masih anggap peluk itu sebagai perbuatan kosong semata-mata,
bila orang suruh peluk, dia peluk.
Dan bila dia peluk, orang tepuk tangan, dia happy. Itu je.
Tanpa dipengaruhi oleh sebarang sebab atau emosi tertentu.

Tapi as they grow bigger, they begin to understand, apa fungsi peluk.
Mereka mungkin jarang peluk kita, tapi setiap pelukan mereka itu lebih bermakna,
sebab setiap perbuatan mereka sudah melibatkan emosi dan perasaan.

Dua,
semakin besar, emosi anak semakin kompleks.
Macam kita, ada emosi-emosi tertentu yang kita rasa kurang selesa nak peluk-peluk.
Kan?
Contohnya, bila kita terlalu sibuk dengan sesuatu ke, atau kita tengah rasa tak sedap badan ke,
atau kita tengah kecewa dengan sesuatu ke,
mesti kita macam takde mood nak manja-manja.
Kalau orang sentuh sikit pun, rasa nak libas dengan penyapu lidi. ;D

Masa suami saya mengadu tu, memang ada dua sebab ni je lah yang saya rasa menyebabkan Haikal dah kurang suka peluk-peluk papanya,
lalu menyebabkan papa nya mengalami fasa kemurungan.
Kehkeh



Tapi suami saya macam tak berapa puas hati dengan jawapan tersebut.
He said,
"Habis tu, takkan setiap kali papa balik kerja, emosi dia tak okay. Sedih la camni."

Ok memang kehausan pelukan betul mamat ni.
;D

 So me being the best wifey in the whole universe (kehkeh),
mula menjalankan pemerhatian lanjut terhadap behaviour Haikal,
to find out apa keadaan-keadaan yang menyebabkan dia kurang suka bermanja dengan papanya.

Dengan harapan, saya dapat kawal keadaan-keadaan tersebut,
supaya Haikal dan papanya boleh bermesra dengan lebih kerap.
Justeru papanya takkan mengalami kemurungan lagi. ;D

As I go deeper into my observation on Haikal's behaviour,
rupanya ada keadaan-keadaan tertentu yang membuatkan Haikal jadi lebih memilih untuk tidak mahu dipeluk atau bermanja.
Dan selain daripada keadaan-keadaan tersebut,
Haikal sebenarnya adalah anak yang paling manja dalam dunia!

Sebenarnya dia suka je nak merengkok seperti udang di bawah ketiak papa nya,
kalau kena dengan emosi dan keadaan dia pada ketika itu. :)

Dannnnn lebih ah-may-zingg bila apa yang saya find out pada Haikal ni,
rupanya disokong dalam beberapa artikel Child Psychology yang ditulis oleh Susanne Ayers Denham,
a Child Developmental Psychologist.

 In case korang wonder, saya suka baca perihal psikologi di Google Scholar.
 Memang best!
Satu, sebab free tak payah bayar. -___-
Dua, sebab sahih dan research-based.
Tiga, ia banyak membantu saya untuk lebih memahami manusia (terutama anak) dan improve dalam perhubungan.

Ok so basically apa yang saya perhatikan, ada 5 keadaan kenapa anak-anak yang semakin membesar,
akan kurang suka bermanja atau nak feeling peluk-peluk.
Bukan mereka terus tak suka peluk ye, tapi KURANG SUKA pada waktu tertentu atau dalam keadaan tertentu.

Tapi kalau anak-anak korang memang totally taknak dipeluk, pada setiap waktu dan ketika,
you better check yourself.
Mungkin kau tu yang dah sebulan tak mandi.
Anak pun confused, ni bapak aku, atau sejenis stokin kaki?
;D


Berikut adalah 5 keadaan tersebut,
yang menyebabkan anak kadang-kadang menolak pelawaan untuk dipeluk atau taknak bermanja.


1) Bila anak baru lepas dimarahi, didenda atau dihukum.


Holloh holloh hollohh..
Orang baru lepas kena marah memang la taknak dipeluk, kan?
Datang dekat pun, mesti kena halau. ;D

Benda ni common sense.
Anak yang baru lepas dimarahi, of course perasaan mereka tercalar atau terluka.
Of course anak perlukan sedikit masa untuk merawat perasaan sendiri.
Beri mereka ruang.
Atau bahasa senang, beri mereka masa untuk MERAJUK.

But let them know, you are there if they need you.

Contohnya,
"Haikal taknak bercakap dengan Mama sebab Mama tak bagi Haikal lari-lari tadi ye? It's okay kalau Haikal belum ready nak kawan mama semula. Tapi kalau Haikal rasa nak peluk mama, Haikal datang kat mama k."
*senyum dan terus pergi*

Mereka layak dan perlu rasa kecewa tersebut untuk beberapa ketika, sebelum recover.
 It's normal.
Kita dulu pun kalau bergaduh dengan mak, mesti nak lari jauh-jauh kan.
Taknak bercakap pun.
Tapi lama-lama, mesti tetiba datang cari mak kat dapur,
pura-pura macam takde apa-apa berlaku,
sambil minta mak buat nasi goreng kampung.

Memang dasar muka tebal. ;D



2) Bila anak "kecewa" dengan ibu bapa mereka, 
tapi tak tahu macam mana nak cakap.

There are times, yang kita terlalu sibuk dengan kerja, sampai kita tak sedar kita abaikan masa bersama anak-anak.
Atau mungkin bila kita dapat baby baru, kita terlalu sibuk dengan baby baru,
dan "terlupa"anak yang satu lagi.
Atau mungkin bila kita jumpa kawan lama yang dah lamaaaa tak jumpa,
tetiba kawan tu ada baby debab pulak,
kita gomol-gomol baby tu, kita puji-puji baby tu,
sampai kita lupa anak kita kat sebelah sedang memerhati.

Korang pun pernah alami situasi macam ni kan?

Keadaan-keadaan macam ni, tanpa kita sedar,
akan hadirkan satu perasaan dalam diri anak-anak.
Yang mereka sendiri pun tak faham apa rasa tersebut, dan tak tahu macam mana nak react.
Mereka overwhelmed.
Mungkin sedikit terkejut, mungkin sedikit marah, mungkin kecewa, mungkin rindu, dan sebagainya.


Bila kita nampak perubahan pada wajah atau behaviour anak secara tiba-tiba,
terus bercakap dengan mereka,
"Haikal okay? Papa ada buat salah ke?" 

Dan jangan terkejut kalau tetiba dia respon sesuatu yang harsh atau menyakitkan hati,
contohnya;
"Papa jahat!"
"Taknak kawan papa!"
"Haikal tak sayang papa!"

Percayalah, mereka tidak bermaksud.
Sebab anak-anak sebenarnya tak faham apa yang mereka tengah rasa.
Perasaan mereka bercampur-baur.

Senyum je, dan katakan,
"Papa sayang Haikal. Bila kat tempat kerja, papa selalu rindu Haikal. Papa selalu tengok gambar Haikal. Papa minta maaf kalau papa tak banyak masa dengan Haikal, papa jarang bawa Haikal jalan-jalan. Tapi papa nak Haikal tahu, papa sentiasa sayang Haikal. Papa happy kalau papa dapat peluk Haikal sekarang."

They will hug you in no time. :)



3) Bila ada sesuatu berlaku yang buat emosi anak jadi kurang baik.

Ini normal.
Macam kita, bila ada benda yang buat kita down,
kita akan malas nak bermanja atau peluk sesiapa.
Kan?

Saya perasan, Haikal tak suka peluk atau bermanja dengan saya if he's had a bad day at school.
Bila dia berebut mainan dengan kawan ke,
atau bila ada kawan dia tertolak dia sampai kaki dia sakit ke,
atau bila dia panggil cikgu dia tapi cikgu dia tak layan ke.

Isu-isu ni mungkin remeh, tapi cukup untuk buat mereka kecewa dan takde mood untuk bermanja.
Bila berlaku macam ni,
saya selalunya akan tanya dulu,
"Kenapa Haikal macam sedih je mama tengok?" 




Dan kalau dia taknak jawab, saya akan biarkan.
Tapi saya akan mula cerita atau "buat cerita sedih" tentang hari saya.

Contohnya,
"Haikal tahu tak, tadi mama goreng telur. Lepas tu minyak tu terpercik kat tangan mama. Sakit sangat. Hmm." 
*sambil buat muka sedih*


Tak lama lepas tu, mesti Haikal pun mula buka mulut.
"Haikal pun sedih la hari ni. Kawan Haikal tak bagi Haikal pinjam mainan transformer dia."

Then, dari situ kita dah dapat tahu apa yang menyebabkan dia sedih,
dan tahu macam mana nak tackle dan kembalikan semula emosi yang baik pada dia.



4) Bila anak sedang dalam fasa independent.

Semakin anak-anak membesar, ada beberapa keadaan yang mereka tak perlukan kehadiran kita.
Bukan dah tak sayang kita, cuma mereka tak mahu diganggu atau dibantu.
Mereka seronok bila boleh berdikari.

Macam Haikal, kalau dia tengah build something dengan lego,
dia takkan benarkan sesiapapun datang dekat.
Sentuh dia pun tak boleh.
Apatah lagi nak pergi peluk-peluk dia. Memang kena sembur la. ;D

Atau dalam keadaan lain, bila Haikal dengan kawan-kawan dia.
Memang dia akan suruh saya balik dan jangan tunggu dia.
-______-

Kadang-kadang memang terhiris jugak la perasaan seorang ibu ni kan.
Tapi ini adalah normal bila anak semakin membesar.
Mereka perlukan ruang dan masa mereka sendiri,
untuk membina kematangan dan pendirian dalam diri.

Hormati keputusan mereka, dan percayalah,
anak-anak masih sayangkan kita.
Keep smiling, because you know you raised your children right,
sampai mereka mampu berdikari ke tahap ini.
:)




5) Dia tengah dalam fasa mommy-favouring atau daddy-favouring.

Perasan tak, ada masa anak-anak lebih clingy dengan mak,
dan ada masa mereka lebih clingy dengan bapak.

Ini pun common sense.
Manusia akan lebih suka kepada orang yang buat dia happy pada ketika itu.
Setuju?

Contohnya,
Haikal akan lebih clingy dengan saya, bila saya lebih banyak masa dengan dia berbanding suami.
Tapi bila saya tengah mood-swing dan asyik marah-marah, Haikal akan lebih rapat dengan papa nya.
Ataupun bila saya sibuk layan anak orang lain, ofkos Haikal akan cari papa dia. ;D



Dan untungnya dengan Haikal ni, dia masih satu-satunya anak kami.
So dia memang boleh pilih nak bermanja dengan mama atau papa, pada bila-bila masa.
Kitorang je yang asyik kemurungan bila Haikal pilih salah satu.
-______-



Sekian 5 keadaan yang buat anak kadang-kadang tak mahu dipeluk atau bermanja.
Mungkin perkongsian kali ni dapat merawat sedikit kemurungan di hati suami saya,
dan suami anda.
;D

Apa pun, bagi saya,
peluk adalah salah satu terapi dan satu bentuk ekspresi perasaan.
Peluk yang betul-betul berkualiti dan memberi impak,
adalah peluk yang diiringi dengan perasaan.

Saya lebih suka walaupun anak jarang peluk, tapi bila dia peluk, they really mean it.
Berbanding jika mereka terpaksa atau dipaksa peluk.

Sama macam ungkapan "I LOVE YOU".
Too much I love you, akan buat kita rasa semak jugak kengkadang.
Biar jarang-jarang diucapkan, tapi tepat terpanah ke dalam jiwa.
Macam tu lebih terkesan. Kan?


Sekian saje daripada saya,
Doktor Cinta Haktuih.
;D

Happy weekend, everyone!
Oi raya dah habis laaaa

Kenapa Penting Untuk Kawal Amarah dan Benarkan Anak-Anak Buat Silap?

Pernah tak korang bengang bila anak-anak buat silap?
Contohnya, 
bila tengah makan, tetiba anak buat tumpah air.
Bila dah lambat nak pergi somewhere, tetiba baru perasan anak pakai seluar terbalik.
Bila kita tengah sibuk memasak, tetiba anak pecahkan cawan.
Bila kita baru nak rehat, tetiba anak terkencing dalam seluar.

Huiiii memang urut dada la kannnnn.
Dan bukan urut dada je, haruss pakej sekali dengan membebel 40 hari 40 malam.
;D

To be honest, saya adalah bukan seorang ibu yang penyabar.
Saya adalah ibu tipikal yang akan bertukar menjadi incredible hulk,
sejurus selepas anak buat silap. -..-

Ini bukan nak bangga.
Cuma nak beritahu, jangan contohi saya.
Kadang-kadang lepas marah anak, mesti menyesal rasa nak hempuk pasu ke muka sendiri.
Susah betulllll nak menahan sabar tu kan.

Sedangkan dah banyak kali dengar hadis Rasulullah saw, yang bermaksud,
"Orang yang benar-benar hebat adalah orang yang sabar pada tamparan pertama."

Maksudnya, sabar itu bukanlah lepas dah bertukar menjadi incredible hulk,
dah marah-marah, dah melepas geram,
tetiba urut dada dan mengaku diri tu penyabar.
Itu sabar-sabar ayam nama dia. ;D

Tapi sekepas kawen, I learn a lot about anger management from my husband. 
Perbezaan yang paling obvious yang semua orang boleh nampak antara kami adalah--
TAHAP KESABARAN.
-_________-

Suami saya tu memang jenis yang lambattttttttt sangat.
Lambat marah lah.
Kalau malam jumaat, laju je dia. ;D


Suami saya selalu pesan,
Marah anak bila anak buat silap, hanya akan membuat keadaan menjadi lebih teruk.
Kenapa?

Satu, anak-anak akan mula rasa takut bila buat silap.
Sebab setiap kali buat silap, akan kena marah.
Lama-lama, setiap kali dia buat silap, dia akan sembunyikan kesilapannya.
Sembunyikan macam mana?
Dengan BERBOHONG.
Anak-anak akan find ways untuk menipu, untuk menutup kesilapan yang dilakukan. 
So kita sebenarnya tanpa sedar, sedang latih anak menipu.

Dua, anak-anak akan mula takut dan tak suka ambil risiko dalam hidup. 
Atau tak suka experience benda baru.
Sebab takde keyakinan diri, takut tersilap langkah dan takut kena marah lagi.

Tiga, self-esteem dan kematangan anak-anak akan jatuh ke tahap buku lali. -..-
Lebih-lebih lagi bila mereka selalu dimarahi DEPAN ORANG LAIN.

Saya beri dua contoh situasi yang boleh bagi korang visulize tentang apa yang boleh dilakukan,
bila anak-anak buat silap.
Dan bagaimana untuk membenarkan anak-anak BELAJAR MELALUI KESILAPAN,
dan latih mereka PANDANG SUDUT POSITIF walaupun dalam keadaan yang negatif.

This is a powerful skill yang sangat mudah, tapi tak semua orang mampu buat, 
termasuk lah saya. -..-
Tapi insyaAllah, saya slowly belajar.


Situasi Satu.

 Situasi ni berlaku masa kami bawa Haikal pergi memancing.
Masa tengah tunggu ikan makan umpan tu, tetiba Haikal lapar.
So me being the most awesome mom in the world (BAHAH), 
terus keluarkan chicken nuggets yang dibekalkan siap-siap untuk anak tercinta. 


Nak dijadikan cerita,
masa saya hulurkan chicken nuggets tu kat tangan Haikal,
entah macam mana dia tak pegang betul-betul, maka chicken nuggets itu pun jatuh bertaburan di atas tanah seperti debu-debuan di padang pasir. -______-

Saya punya menyirap masa tuuuuuuu huiiiiiyaiiiiii dah la aku dah sesiap bekalkan,
boleh dijatuhkannya begitu sahajaaaaaa huiiiiiiyaiiiiiii.
Maka bertukarlah saya menjadi incredible hulk yang mengembang ketika marah.
Nasib pin tudung tak tercabut.
Kan kalau pipi mengembang masa menguap, pin tudung akan tercabut dengan sendiri. ;D

As usual, my husband juga lah yang akan menyelamatkan keadaan.
And this is how he pujuk Haikal dan menukarkan keadaan negatif kepada positif.

Husband: Kenapa ni, Haikal?

Haikal: Haikal tertumpah kan nugget. Haikal tak sengaja. *muka tahan nangis*

Husband: It's okay. Meh peluk papa.

Me: Whattttt???!!! *tak puas hati*

Husband dan Haikal berpelukan, sambil Haikal berjuraian air mata. ;D

Husband: Dah, takmo nangis. Malu lah orang tengok

Haikal: Ok.

Husband: Haikal, jom kita bagi fish makan nugget ni nak?

Haikal: Alaa tapi itu Haikal punya.

Husband: Ummm nanti papa beli baru untuk Haikal. Tapi kena janji pegang betul-betul supaya tak tumpah sekali lagi. Yang dah jatuh ni, kita bagi fish makan. Boleh?

Haikal: Ok boleh. Tapi fish makan nugget ke?

Husband: Papa pun tak tahu. Kita cuba la pujuk fish supaya dia makan.

Haikal: Okay! Haikal tahu macam mana nak pujuk fish!

Husband: Good. Tapi sebelum tu, tolong papa kutip nugget ni, masukkan dalam bekas semula. Lepas tu, pergi minta maaf kat mama. Boleh?

Haikal: Ok.

Haikal came to me, salam, cium tangan saya, dan cakap..

"Mama, Haikal minta maaf. Tadi Haikal tak sengaja. Kesian mama penat-penat buatkan nugget untuk Haikal. Haikal sebenarnya sayang mama."

Seriously at this point, saya yang rasa nak nangis.
Rasa menyesalllllll sangat,  rasa nak cari pasu dan hempok diri sendiri. 
Benda senang pun tak boleh sabar.
-________-

Tak sempat nak menitiskan air mata, tetiba Haikal sambung,
"Mama nak join papa dengan Haikal bagi fish makan nugget tak?"

Haih this boy.
Anak-anak memang macam ni kan.
Selalu buat kita marah, tapi selalu tahu macam mana nak buat kita senyum semula.
T______T
Tak lama lepas tu, saya nampak Haikal happy semula.
Sambil sibuk bagi fish makan nugget tu, saya dengar Haikal janji dengan papanya untuk lebih berhati-hati lepas ni, supaya tak tertumpahkan nugget lagi.

Allahuakbar..
What a lesson for me.
Layakkah seorang anak kecil, yang mungkin belum mempunyai gross motor skill yang sempurna sepenuhnya, dimarahi hanya kerana gagal grab nugget?
Rupanya saya marah tak tentu pasal, sebab hanya fikirkan penat saya saje,
sedangkan tanpa saya sedar, situasi yang Allah izinkan tadi sebenarnya sedang membantu perkembangan anak saya.
He is learning from his mistake.
And my husband is training him to see the good in a bad situation.
Dan saya, duduk tepi termalu dan termenyesal sendiri.



Situasi Dua.

Situasi ni berlaku bila saya dah bijak sikit mengawal emosi. :D

Ada satu ketika masa kami tengah makan tengahari,
Haikal suddenly tertumpahkan air kat lantai.

Instead of menyirap dan terbalikkan meja makan (HAHAH),
saya urut dada dan cakap kat Haikal;

Me: It's okay sayang. Lepas ni hati-hati k?

Haikal: *takut-takut* Errr...mama tak marah? 

Me: Kali ni mama maafkan. Tapi Haikal kena janji, next time pegang cawan kuat-kuat. Boleh?

Haikal: Ok mama. Terima kasih sebab tak marah-marah. 

;D


Me: Eh Haikal tahu tak, kain buruk sebenarnya boleh minum air. Nak tengok? 

Haikal: Nak! 

Me: Nah, cuba Haikal letak kain buruk ni atas air tu. Nanti kain tu minum. 

Haikal: *letak kain atas air* Woww kain tu minum air lah! Sampai habis dia minum.

;D 

Me: Kalau kain tu boleh bercakap, mesti dia cakap terima kasih kat Haikal sebab bagi dia minum air. 

Haikal: *senyum bangga* 

Me: Cuma lepas ni Haikal kena ingat ye. Pegang cawan betul-betul. Jangan tumpahkan lagi.
Nanti kalau kain minum semua air, Haikal nak minum apa? 

Haikal: Okay mama.

Apa yang saya perasan, Haikal akan dengar dan terima nasihat saya,
hanya bila dia dalam keadaan emosi yang baik.
Bukan dalam keadaan takut atau menangis lepas dimarahi.
:)

Perkara yang sama kami selalu lakukan bila nak dedahkan Haikal kepada aktiviti baru,
atau nak bagi dia experience sesuatu yang lebih mencabar.
Of course, untuk kali pertama, macam-macam kesilapan yang anak bakal lakukan.
Tapi jika kita beri ruang dan benarkan mereka belajar melalui kesilapan itu,
mereka akan kuasai sesautu skill dengan cepat.

Macam yang saya pernah kongsi dalam salah satu post di Facebook page saya beberapa bulan lepas:




Saya nak kongsi 3 nilai yang Haikal dapat,
bila saya mula belajar mengawal emosi dan izinkan Haikal belajar melalui kesilapan yang dia lakukan.


1) Anak lebih faham keadaan, dan mudah mengaku salah. TANPA MENIPU.

Kalau kita terus marah, pada kesilapan yang pertama.
Kita akan memaksa mereka menipu, pada kesilapan yang kedua.

Bukan sahaja anak-anak takkan belajar melalui kesilapan yang dilakukan,
tapi mereka akan terpaksa menipu kita sebab takut dimarahi.
Ini bukan mereka sengajakan, tetapi memang fitrah setiap manusia akan melindungi diri terhadap sesuatu fear.
Kita semua ada skill ni. Kan? -..-

So it's good sometimes, to lower down our anger, beri anak ruang untuk sedari kesilapan,
dan explain kepada mereka dengan cara yang baik, dalam emosi yang stabil.



2) Anak cuba perbaiki diri, dengan keinginan mereka sendiri.

Bila anak-anak faham kenapa yang salah itu salah, mereka akan rasa lebih bertanggungjawab terhadap kesilapan yang dilakukan, dan cuba sedaya upaya dengan usaha sendiri, untuk tidak mengulangi kesalahan itu.



3) Anak lebih berani buat keputusan, dan sahut cabaran.

Because we allow them to make mistakes,
and learn from them,
mereka akan membentuk satu keberanian dalam diri,
dan tidak takut untuk cuba sesuatu yang baru, walaupun mereka tahu mereka mungkin gagal.
Anak-anak juga akan lebih yakin untuk buat keputusan sendiri,
walaupun keputusan yang diambil itu mungkin salah.
Sebab mereka mula faham, mereka akan belajar sesuatu by taking risks, and making mistakes.



4) Anak lebih kenal diri, tahu kekuatan & kelemahan diri, 
hence self-esteem lebih tinggi.

Menurut kajian, anak-anak yang lebih berani mencuba experience baru dan berani membuat kesilapan baru, akan lebih cepat kenal kekuatan dan kekurangan diri mereka.
Hence, mereka akan lebih menghargai diri, dan mempunyai self-esteem yang tinggi.





Yeayy sekian perkongsian saya hari ni.
Saya harap kita sama-sama dapat latih diri kawal kemarahan di hadapan anak-anak,
dan bijak mengawal keadaan especially bila anak-anak terrrrrrrbuat salah.

Betul, marah itu berkesan. Dan marah itu kadang-kadang perlu.
Tapi bagi saya, jika ada penyelesaian lain selain daripada marah, lebih baik pilih untuk tidak marah.
Kan?
Di samping anak-anak ada emotional quotient (EQ) yang baik, mak bapak pun tak cepat tua.
Tak payah nak bayar ratus-ratus beli collagen setiap bulan.
;D

MARAH, boleh pulihkan keadaan dengan pantas.
Tapi ia sebenarnya seperti sel virus yang terkumpul dan tertanam di dalam diri,
yang akan menampakkan kesan dalam jangka masa panjang.

Jangan tanya kenapa hubungan dengan anak-anak renggang bila anak-anak semakin dewasa,
jangan tanya kenapa anak-anak kita panas baran,
jangan tanya kenapa anak-anak tidak ada pengurusan emosi yang baik,
jangan tanya kenapa anak-anak mula marah-marah kita bila kita dah tua kelak,
dan jangan tanya kenapa anak-anak kita mula marah-marah anak-anak mereka pula nanti.

Semuanya kerana, benih kemarahan itu--
KITA YANG TANAM.

 *teguk kolagen*

 Selamat berhujung minggu, semua!
Raya lagi keeeee
:D