Batas-Batas Yang Perlu Dijaga Di Rumah Mertua Atau Di Kampung

Assalamualaikum semua!

Baru-baru ni ramai yang tag saya dalam artikel yang viral pasal isu tidur berlonggok kat kampung dan rumah mertua tu.
(Walaupun sebenarnya lebih ramai yang tag pasal isu lowyat. Hmm.)
-____-

Memula malas nak layan, sebab sebenarnya dua tahun lepas saya pernah tulis pasal ni.
Boleh KLIK SINI kalau nak baca.

Tapi tetiba ada sorang kawan saya ni tanya soalan yang sama.


Ok cool please, babe.
Pakai tudung je kot.
Bukan suruh pakai telekung siap usung tasbih 24 jam.
;D

You can do it, insyaAllah!

Sebenarnya isu ni bukan kat rumah atau kampung mertua je,
kat kampung sendiri pun sebenarnya ada bukan mahram TANPA KITA SEDARI.
Pakcik-pakcik kita, sepupu-sepupu lelaki kita, suami-suami adik beradik kita, semua tu bukan mahram bagi kita.
Kat mana-mana pun, kalau ada bukan mahram kena la jaga aurat.

So jangan ingat kat rumah keluarga suami (mertua) je kena jaga aurat ye.
Di rumah keluarga sendiri juga.

Dan bagi saya, ada betulnya apa yang ditulis dalam artikel viral tersebut,
iaitu dalam hal aurat isteri ni suami kena mainkan peranan lebih.
Kenapa?
Satu, dosa isteri, suami yang tanggung. There's no excuse.
Sebab Allah yang dah tetapkan begitu.
Dan bukan setakat dosa isteri sahaja. Dosa anak-anak perempuan juga.

Dua, suami kan ketua keluarga, so perlu ada sense of leadership.
Mengarahkan isteri untuk menutup aurat itu adalah hak suami, dan isteri wajib ikut.
Sebab?
Rujuk balik point nombor 1.

Tiga, syurga isteri kan di bawah telapak kaki suami.
Bukanlah bermaksud kau tengok tapak kaki suami terus nampak syurga.
Atau kau hidu tapak kaki suami terus terhidu bau syurga.
 -____-

Rasulullah saw pernah bersabda:
"Apabila seorang wanita itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, jaga maruah dan patuh kepada suaminya
maka dia layak masuk ke dalam syurga melalui mana-mana pintu yang disukainya."
(Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)

So hakak-hakak sekalian (termasuk diri saya sendiri),
taknak ke masuk syurga ikut sesuka hati?
Buat macam rumah sendiri.

So layakkan lah diri kita dulu,
patuh kapada suami supaya lengkap syarat untuk kita dapat privilege tersebut.
Tapi ye lah kan, soal menjaga aurat ni bukan sesuatu yang mudah.
Terutama untuk kita orang perempuan.

Rasa macam lahaiiii perlu ke nak tutup lengan, tutup kaki bagai.
Adik/Abang ipar aku bukan stim pun tengok lengan aku ni.
Dah la berlipat, siku hitam pulak tu.
Kaki pun berbulu.
Ahh tak yah tutup ahhh.

Tak.
Ini bukan soal adik ipar kau stim ke tak stim.
Ini soal peraturan tuhan.
Soal bekalan kita sebelum sorang-sorang duduk dalam kubur nanti.
Malaikat takkan tanya sama ada adik ipar kita stim ke tak stim tengok lengan kita yang berlipat siku hitam tu.
Malaikat akan tanya, kita ikut ke tak perintah Allah suruh tutup aurat depan bukan mahram.
Dan saat itu aurat kita akan jawab,  
"Si polan ni TAK IKUT perintah Allah. Dia biar aku terdedah depan bukan mahramnya ketika makan durian beramai-ramai. Dah la gelojoh, babad tersembul."

Dan ketika itu,
mana kau nak lari?
-____-

 Saya sendiri pun masih BANYAKKKKK kekurangan dan lubang-lubang yang perlu ditutup.
Saya juga langsung tak sempurna.
Bukan juga orang yang tiptop dalam memelihara aurat.
Tapi insyaAllah saya cuba.
Dan dengan menulis pasal benda ni hari ni,
saya harap saya dapat ajak lebih ramai kaum wanita untuk memperbaiki diri.
TERMASUKLAH SAYA SENDIRI.

Dan sentiasa juga ingatkan suami-suami kita, supaya selalu monitor aurat isteri.
Sebab dalam soal aurat isteri, ada bahagian suami.
Terdedah aurat isteri, isteri berdosa, suami juga berdosa.
Tertutup aurat isteri, isteri dapat pahala, suami pun dapat pahala.
:)

Honestly, dulu pun saya jenis yang endah tak endah.
Dalam rumah mertua pakai ketat-ketat, tak pakai tudung.
Bertepuk bertampar dengan adik beradik lelaki suami.
Sebab diorang pun jenis suka bergurau.
Orang bergurau, takkan kau nak duduk tercegat pulak kan. ;D

Dan bila di rumah keluarga saya pula, adik perempuan saya dibiarkan tak pakai tudung,
dan suami saya pun rilekkk je pakai seluar pendek.
Ye lah kan, mentaliti kami masa tu macam,
"Kamonnnn we are family. There's nothing to hide. Even lutut hitam pun, no need to hide also."

Gitu la keibaratannya.
Jahil betul masa tu.
Perangai macam budak-budak.
Dan saya akui, faktor kawen awal juga mungkin mempengaruhi.
Darah muda dan rebellious orang kata.
Hmm -..-

Tapi selepas setahun dua kawen, dah ada ilmu sikit-sikit.
Dah matang sikit.
Dah sedar mana betul mana salah.
Dah sedar apa akibat setiap perbuatan.
Saya mula buat perubahan dan suami mula tegas.

Tak perlu perubahan yang terlalu drastik, takut-takut kita cepat lose the spirit.
One baby step at a time.
Takde la hari ni free hair, tetiba esok turun makan tengahari kat rumah mertua terus pakai niqab nampak kening je.
Memang mak mertua kau terus azan 4 penjuru kang. ;D

Slowly but surely.
And keep the spirit burning.
InsyaAllah kita akan menuju kesempurnaan dalam menghijab aurat.

Saya nak share 4 tips yang kita boleh sama-sama praktikkan bila balik kampung terutama sempena musim perayaan ni.
Dan of course di musim-musim lain jugak.



1) Bab Aurat

Dalam bab ni, saya dan suami selalu pegang ini,
"Kalau di rumah keluarga saya, saya yang kena mainkan peranan lebih.
Kalau di rumah keluarga suami, suami yang kena mainkan peranan lebih."

Maksudnya, kalau ada apa-apa yang kurang manis di rumah keluarga saya,
contoh adik perempuan saya tak menutup aurat ke,
saya yang kena bertanggungjawab untuk attend and tackle adik saya WISELY supaya menjaga aurat.

Kalau saya tengah masak kat dapur dengan adik perempuan saya,
saya akan ingatkan suami supaya tak masuk ke dapur.
Kalau nak masuk jugak, inform dulu.
Dan adik saya akan get ready tutup apa yang patut, sebelum saya izinkan suami saya masuk dapur.
That's how saya menjaga aurat adik perempuan saya dan pandangan suami saya di rumah keluarga saya.

Dan perkara yang sama perlu dipraktikkan di rumah mertua, tapi kali ni suami lah yang kena memainkan peranan.
Contoh, kalau tetiba adik beradik lelaki suami saya muncul, dan saya tengah tak pakai tudung,
suami saya yang akan berlari ambik tudung dan campak kat muka saya. ;D
Yes kitorang memang hardcore like that haha.

Tapi pernah jugak beberapa kali suami saya terlupa.
So saya akan whatsapp dia untuk ingatkan.
Walaupun masa tu duduk sebelah-sebelah je hahaha.
Then dia akan berdesup ambik tudung. Kalau tak jumpa tudung yang proper, towel yang dicampaknya.
-_____-

Bagi kami, ia lebih appropriate dan sedap dipandang bila suami yang lebih menjaga aurat isteri di rumah keluarganya.
Dan isteri lebih perihatin tentang aurat suami atau adik beradik perempuannya bila berada di rumah keluarga isteri pula.

So kesimpulannya, bab aurat ni sebenarnya bukan sahaja tanggungjawab individu.
Tetapi tanggunjawab bersama.
Sama-sama saling menjaga.
Sama-sama saling menyokong.
Baru menjadi.

Dan kalau semua orang faham dan hormat hak masing-masing,
there should be no problem walaupun kena menutup aurat dalam rumah setiap masa.
:)


2) Bab Bersalam

Bab ni pun sama.
Selain adik beradik ipar berlainan jantina,
kita (isteri) jugak tak boleh salam dengan bapa-bapa saudara sebelah suami.
Dan suami tak boleh salam dengan mak-mak saudara sebelah isteri. 
Sama juga dengan nenek-nenek dan atok-atok saudara (adik beradik kepada atok nenek kita),
juga haram bersalam.
Walaupun adat kata KENA SALAM tanda hormat,
takpe, kita slowly educate mereka dan bawa budaya islam dalam adat keluarga kita.

Yang penting, tak perlu bermasam muka,
dan tak perlu gaduh jika dakwah kita tak diterima.
Bak kata ustaz harun din, berdakwah ni tak perlukan kekerasan,
cuma perlu menegur secara berhemah dan menjaga perasaan orang.

Dan blog ni pun salah satu cara lah sebenarnya.
Tegur secara haluihh namanya.
;D

Dan dalam bab bersalam ni, ada cabarannya jugak.
Especially bila ada orang (bukan mahram) hulur tangan nak bersalam dengan kita.
Haa macam mana?

Benda ni ada khilaf pendapat.
Ada pendapat kata harus sambut, sebab nak jaga air muka orang tersebut,
Tapi ada juga kata, haram sebab bukan mahram.
Dan dah banyak ustaz yang saya dengar, diorang kata ambillah mana-mana pendapat pun.
Tiada masalah.
Namun sebaik-baiknya CUBA untuk tidak bersalam.

Kalau saya,
contohnya kalau ada bapa saudara (sebelah suami) dah hulur tangan, saya akan sambut.
Tapi later, saya akan minta suami untuk remind orang tu.
Kalau rasa takde kekuatan nak remind, next time saya akan buat la apa-apa bahasa tubuh yang
mungkin orang akan faham.
Contohnya, letak kedua-dua tangan kat belakang ke,
atau angkat tangan sedikit, dan anggukkan kepala sambil senyum seolah-olah cakap,
"Sorry. Kita tak boleh bersalam."
Atau kalau susah sangat, jauhkan diri dan elakkan berpandangan.
Acah-acah tak perasan la hahaha.

Tapi itu kalau yang pangkat bapak-bapak atok-atok la.
Kalau yang adik beradik ke sepupu sepapat ke yang umur lebih kurang, cakap je direct.
Ok je insyaAllah.
Saya dengan adik beradik lelaki suami pun dah alert sikit bab ni, dan diorang pun dah faham alhamdulillah.
Walaupun kengkadang terlupa jugak pastu tersalam pastu eh astaghfirullahhhh batal wuduk.
;D



3) Bab Bermalam

Kat rumah mertua saya bilik limited.
Kat rumah keluarga saya pun bilik limited.
Kat kampung mertua saya bilik limited.
Kat kampung keluarga saya pun bilik limited.

Saya dan suami dah hadam hakikat ini,
tapi ia bukanlah alasan untuk kami tidak bermalam atau berkampung di rumah keluarga.
Tapi macam mana nak bermalam dalam masa yang sama nak menjaga batas-batas ni semua?
Ye la kalau dah adik beradik dalam 6-7 orang, mana nak dapat rumah yang ada 7-8 bilik kan? 
Lain la kalau mak mertua kita ialah rosmah.
Sorang nak lapan bilik pun bolehh. ;D

Jadi bila semua rumah pun bilik limited,
maka agak impossibru untuk kita mengubah rumah itu supaya meets our needs,
supaya senang nak solat, senang nak mandi, senang nak tukar baju, senang nak sarung spenda,
senang nak tidur membongkang, senang nak breastfeed anak, etc.
Maka kita kena fikirkan cara supaya kita boleh bermalam dengan selesa bersama keluarga tanpa melanggar hukum syarak dan menyusahkan orang lain.

So ini antara pilihan yang boleh diambil mengikut hierarki.

1) Pilih satu bilik khas di rumah keluarga untuk penempatan kita laki bini dan anak-anak.

2) Kalau takde bilik atau tak cukup bilik, pilih satu bilik untuk bini-bini, dan satu bilik lagi untuk suami-suami.
Takpun suruh suami-suami tidur je depan tivi diorang lagi sukaaa. ;D

3) Kalau tak boleh jugak asingkan bilik mengikut jantina, tidur lah bercampur pun asalkan aurat terjaga.
Pakai je tudung serkup tu, baju lengan panjang dan tilam kena jarak-jarakkan.
Kang tutup aurat tapi bontot bergesel pun jahanam jugak. ;D

4) Kalau isteri tak selesa tidur pakai tudung, cari lah mana-mana hotel bajet ke, homestay ke, yang berdekatan.
Bak kata suami saya, jangan kisah sangat bab duit kalau itu yang terbaik untuk pelihara agama.
Tabik hormat ke kanan hormat kepada suami sendiri. Heheh.

5) Kalau tak mampu jugak bayar hotel bajet atau takde hotel yang berdekatan, tak perlu bermalam di kampung.
Tidur rumah sendiri je. Pepagi gerak balik kampung, malam sikit balik rumah sendiri, pada hari yang sama.

6) Kalau taknak balik hari, tak larat travel, nak jugak bermalam di kampung,
 kembali kepada point nombor 1.
Baca semula dan pilih lah mana-mana keputusan yang terbaik.
:D

By the way, benda ni nampak remeh bagi sesetengah pihak terutama orang-orang kampung kita yang
dah terlalu selesa dengan adat dan cara hidup mereka.
Padahal diorang ni bukanlah jahil agama sebenarnya,
cuma kadang-kadang bagi diorang nampak mesra dan seronok bila ramai-ramai bermalam sama-sama.
Ye lah jarang dapat berkumpul ramai-ramai camni, sekali sekala tidur sama-sama apa salahnya.
Untuk dua-tiga malam je pun.

Tapi tolong fikir semula.
Sebab malaikat kiri kanan kita tak pernah berhenti mencatit baik buruk kita.
Patuh ingkar kita.
Salah betul kita.
Walaupun untuk 2-3 malam yang kita anggap terkecuali itu, namun tidak bagi dua malaikat ini.

So ikhtiarkanlah walau macam mana sekali pun.
Dahulukan perintah Allah.
Fahamkan tuan rumah.
Kalau itu rumah mak ayah kita, kita cakaplah kat diorang dengan cara yang paling baik.
Bukan kita taknak memeriahkan suasana. Lagi meriah, lagi best kan?
Tapi biarlah meriah yang Allah pun suka.
:)

Terutama kepada para isteri yang breastfeed anak.
Jangan beriya sangat kot ye pun konfiden ikut konsep "nursing in public is every mother-child's right".
Memang la. Tapi aset tu.
Aset tu jaga. Mahal tu, bro.
Tak patut dedah kat orang yang tak layak melihatnya.
Laki kau bayar berpuluh ribu wang hantaran untuk tengok benda tu.
Orang lain takkan dapat tengok free je?
;D



4) Leceh la nak jaga semua ni. Macam mana nak cari kekuatan?

Jangan macam tu.
Kita buat semua ni bukan untuk orang lain.
Tapi untuk diri sendiri.
Sebab dalam kubur nanti kita sorang-sorang. Kena libas pun sorang-sorang.
 Mungkin kejap lagi kita mati? 
Dan kita sedang dalam keadaan kita tidak memelihara agama?

Na'uzubillahi minzalik.

Banyakkan membaca atau dengar kuliyah untuk tambah ilmu agama.
Supaya kita lagi gerun nak buat benda yang tak betul. 
Dan lagi seronok nak buat benda yang betul.

Tak pernah terlambat untuk baiki diri, insyaAllah.

Islam ni mudah sebenarnya.
Cuba dulu. Mesti boleh.
Biarpun berubah perlahan-lahan.
Step by step.
Allah ambil kira semua IKHTIAR kita tu, walaupun baby steps.
Walaupun mula-mula pakai tudung tapi lengan nampak.
Walaupun mula-mula pakai tudung tapi jarang.
Walaupun mula-mula pakai tudung tapi main salam je ngan semua lelaki.
Tapi at least, kita sedang MENCUBA.
Allah tahu. Dan mintalah pertolongan Dia supaya segala urusan kita mudah.

Yang penting, hari ni lebih baik dari semalam.
Dan esok, lebih baik dari hari ni.
InsyaAllah.

:)


p/s: Di kesempatan ni, saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua!
Minta maaf ye kalau sebelum-sebelum ni saya pernah mengguris perasaan korang.
Tak kisah la melalui perkataan ke, penulisan ke atau perbuatan.
Saya pun manusia yang selalu lupa diri. Bajet bagus padahal tak bagus langsung. -..-
Mohon maaf zahir dan batin, hujung rambut ke hujung kaki.
Dan satu lagi, ketupat rendang jangan lupakan, peninggalan nenek zaman berzaman.
*tetiba*

Selamat Hari raya, semua!
Makan ketupat kat rumah mertua kang, pinggan jangan lupa basuh!
:D

22 comments:

Farhain Azmi said...

Alhamdulillah post yg sangat bermanfaat. TQ akak.saya mmg amalkan semua tu bab aurat. yg jd mslhnya, ayah saudara belah mak sy (adik ipar mak)suka hulur tangan nak salam. kdg2 dgn mak sy pun dia nak salam.serba salah km nak tegur..huhuhu

Innanie Ariffin said...

Walaupun saya belum punya mertua, tapi saya selalu terfikir soalan ni sekiranya kakak saya berkahwin nanti (which is sy dapat abang ipar) atau pun sekiranya saya sendiri dalam situasi ni... so sekarang saya dah dapat jawapannya.

Terima kasih kak atas perkongsian yang bermanfaat ni. Padangan saya, setiap suami dan isteri itu perlu memainkan peranan yang betul dan kuat untuk saling menjaga dan menghormati maruah pasangan. Insya Allah kalau ia jalan yang diredhai Allah, biar susah dan biar payah macam mana pun pasti Allah bantu.

Faham, kadang mesti ada ipar duai atau ahli keluarga yang label kita poyo. apatah lagi kalau kita baru nak mula apply. Tapi, yakinlah apa yang disuruh Allah itu sentiasa mudah. yang susah apabila kita tak yakin dengan suruhannya!

sekali lagi terima kasih banyak-banyak kak!;)

ily♥ said...

Tentang bab bersalam, bila bapa saudara yang hulur tangan, what u can actually do, sambut salam tapi beralas. Paling mudah alas dengan tudung.

Bapa saudara belah suami saya, dia yang akan announce..."Yang ni salam kena alas, bukan mahram, tak boleh salam tanpa lapik..."

My first year nak menghadap bende ni dengan sepupu sepapat yang kita dah terbiasa bertepuk tampar dari kecik, sibuk cari glove. Last2 tak pakai pun glove tu. Memang tudung sajalah penyelamat. Alhamdulillah, after couple of years, masing-masing dah faham. Memang takkan hulur tangan dah..

natasya idha said...

SELAMAT HARI RAYA JIJI FIFY & HAIKAL...pose xpenuh xleh dpt duit raya k

Nadia Rashid said...

Ya salam akak, kalau boleh kongsi dgn sy lebih, email kat sy. rnadzatulnadia@gmail.com seperti sesat barat juga sometimes

Ilyana AS said...

Good one dear! banyak pahala u ingatkan org bab aurat ni..insyaAllah...sama2 la kita cuba untuk menjaga... hari tu i dah try praktikkan mcm ni.. tapi panasnya pakai tudung n long sleeve dalam rumah (sbb masa tu adik ipar duk serumah).. so pastu da x pakai da tudung dlm umah..huhu lemah sungguh iman sy.. so harap pas ni sy akan cuba lagi dan lagi!

Che Wan AlFateh said...

saya pun duk pikiaq pasai hal ni 2,3 hari ni...sbb kna tdoq kat ruang tamu...rumah dkt ja ngn rumah mertua tapi suami prefer tdur umh mak dia...i follow walaupun ada kekangan tp xboleh jadikan sbg halangan...salam aidilfitri...

Farhain Azmi said...

oh..thanx for the advice ye miss ily. In shaa Allah akan buat spt yg disarankan, lps tu mesti pakcik sy termalu sendri n hrp2 dah tak hulur tangan utk slam :)

norsuhaili ali said...

ily : very good idea bab berlapik tudung bila sepupu lelaki hulur tangan..kdg-kdg jadu serba salah nk cakap..haishh..

fishah said...

jiji.

nak tanya. betul ke ayat dosa suami @ ayah tanggung kalau perempuan tu tak bertudung ?
rujukan mana?
dosa kita ni boleh ke pass kepada org untuk tanggung?

bukankah apabila suami atau ayah, yang gagal mendidik isteri atau anak perempuan tentang apa2 ajaran Islam (etc wajib tutup aurat) , maka suami / isteri tu bertanggungjawab tentang perilaku orang di bawah tanggungan dia setelah dia gagal mendidik?

ada ayat mana yang tunjuk dosa tu transfer kepada suami @ ayah? kalau macam tu, selamanya si pelaku x berdosa walau dah akil baligh?

mohon pencerahan. terima kasih.
selamat hari raya

fishah said...

surah al an'am ayat 164 ada cakap. :
dosa seseorang itu , sesorang itu yg akan memikulnya sendiri. tidak akan ada sesiapa akan memikul bg pihaknya.

kalau dah puas ayah @ suami menasihati dan mendidik tentang hukum wajib menutup aurat, tetapi isteri @anak masih berdegil.dosa itu pergi kepada ayah @ suami juga?

Hanie(SHMA) said...

menutup aurat diluar sudah lama. tetapi x da kesedaran pasal menutup aurat didalam rumah juga bersama dgn adik dan abg ipar. dah tersedar mengenai aurat sepenuhnya,pada permulaan mmg rasa malu tetiba nk pakai tudung dirumah.. kene kuat juga sebab fikir mana nak tanggung. azab malu didunia atau azab diakhirat..

Cik Ecah said...

jiji tq for sharing.... :'(
kekadang kita memang yg jaga (aurat) ye ye,,,tp org lain x membantu...Allah...xpe semua berlaku bersebab kan...semoga kita semua dapat jaga aurat kita same2 dgn sebaik mungkin...
u inspired me...

mujahidah itu pahit,,,kerana syurga itu manis....
kalau x mampu buat semua...jgn tinggal semua..

Pudgy Daddy said...
This comment has been removed by the author.
Pudgy Daddy said...

Assalamualaikum. Thanks for sharing. Memang susah nak jaga aurat bila berkumpul di rumah keluarga di kampung tp ketetapan syariat perlu dijaga. I have deleted the private picture. I am sorry for any inconvenience caused. Thanks.

suhaila Johar said...

tq sharing..mmg aurat sgt2 penting nk kene jaga tp paling payah nak jaga..tak boleh ambil mudah

Ainniah Zulkefli said...

best!
banyak kita lebih terikut dengan budaya, instead of agama.
sy pun dulu tak berilmu pasal ni, ikut ja orang2 tua.
sekarang dah tua bangka, kitalah plak yg kena educate anak2. :)

khairiah hameed said...

Alhamdulillah, dah faham hal ni dari sebelum berkahwin lagi. bila biras2 tanya, kita senyum je mulanya. sebab macam nak cakap tapi macam malu2 lagi awalnya. lama2 mungkin diorang faham dan dapat ilmu juga, diorang pun dah start tutup aurat bila balik kg mertua.

airin salleh said...

assalamualaikum.. hye..salam kenal yea.. betul tu rajiah.. dimana2 pun kita perempuan kene pandai jaga aurat.. kadang kalau nak keluar diperkarangan rumah pun kene ttup aurat jugak...

hamizah che mat said...

great info..
JOM FOLLOW SAYA

zai zamree said...

sy sblm kwen lg dh baca2 bab aurat di rumah mertua ni.ms knduri blh suami tdo sana sy pkai tdung sntiasa dlm rumah smpai mertua & k.ipar tgur 'x panas ka pkai tdung smpai mlm ni'.

Jwpn sy 'dh biasa'.Ms tu x brani nk ckp bab aurat lg.Kita masih br kan kt umah mertua.Bila lama2 & slalu sgt di tanya br sy ckp bab aurat.Br la k.ipar sgala x tsentap bl kita ckp bab2 tu

budak_pisang1983 said...

ni semua atas penerimaan masing2 la.... tanpa menafikan keperluan tutup aurat, mmg saya akui saya agak lemah serba serbi. mmg bila di kampung mertua n family sendri, bab aurat ni sll jd isu. bagus la utk yang jaga aurat ni... dan bagus juga utk yg x bersalam sesama muhrim ni... tapi bagi org yg dah biasa mcm saya n wife, xde mslh sgt... wife pun sejak dr dulu mmg jnis pakai seksi2 ni... so kat mana2 pun bila di rumah mertua pun just pakai tube n boxshorts je... bagi kami yg dah biasa takde msalah. cuma yg tak boleh terima tu no comment la... mmg biasa dah mcm tu pakai tube n boxshorts di rumah even kalau di halaman pun... time sapu laman ke, sidai baju ke, rehat2 di beranda ke mmg xde mslh pakai mcm tu,... so kalau rmh mertua pun, kami xde msalah mcm ni... masing2 dah faham... tpulang pada masing2 la