How to make DIY Game Books for kids, and make them forget the ipad/phone games FOREVER!

Assalamualaikum, everyone!
Hari ni hujan lebat, alhamdulillah.
Hopefully jerebu berambus dengan segera dan tidak kembali lagi. -___-

Ok back to our topic,
 pernah tak korang rasa situasi-situasi seperti berikut:

1) Pergi makan luar dengan family kat restoran, anak tak duduk diam, berlari dan buat bising sampai semua pelanggan dan tokey kedai tu melemparkan pandangan sinis, last-last sebab dah malu, bagi je smartphone kat anak, yang di dalamnya dah standby 50 juta jenis games. Supaya keadaan kembali tenang dalam sekelip mata

2) Pergi kenduri kawen, baru nak layan nasi minyak dua suap, tetiba anak tantrums sebab orang terlalu ramai, rimas dan panas. Again, kita lebih percayakan "the power of ipad" untuk menyelesaikan semua masalah, untuk menenangkan anak dan keadaan. -..-

3) Pergi klinik, kena tunggu giliran kemain lama, maklumlah klinik kerajaan, yuran daftar pun sehinggit je so kau expect apa maka redha je lah. Namun, keadaan semakin haru bila anak start cranky sebab bosan kena menunggu terlalu lama. Dan as usual, the best solution is smartphone and ipad. Silakan lah main sampai lebam, asalkan anak behave.

4) Pergi masjid nak dengar ceramah atau nak solat jemaah atau nak solat terawih, konon-konon nak biasakan anak pergi masjid, tapi end up anak bosan, buat bising, berlari-lari berguling-guling keliling masjid dan mengganggu jemaah lain. Last-last parents serik nak bawa anak pergi masjid lagi.

5) Naik long-distance flight, end up anak bosan dan tantrums dalam flight sampai semua passengers lain pandang dengan mata berapi membara-bara. Movies dan games dalam flight entertainment masih tak mencukupi. Maka jadilah ia one of the most terrible journey in your life. -..-
 Sama juga bila travel naik kereta, lepas berejam dalam kereta, anak-anak mula buat perangai lalu mak bapak pun stress lalu terkandas di playground RNR sampai subuh esoknya. ;D

6) Pergi Giant nak beli groceries, tapi sorang anak ke sana, sorang lagi ke sini, dua-dua taknak duduk diam dalam troli, end up satu haprak pun tak dapat beli sebab sibuk mengejar anak, mujurlah sempat sambar sepaket nugget, cukuplah untuk juadah selama seminggu. -..-

7) Ajak anak-anak jiran datang rumah, tapi end up diorang bawa tab/smartphone masing-masing dan sibuk main game instead of bermain dan berinteraksi sesama mereka. Last-last korang geram lalu merotan mereka. ;D


Antara 7 situasi di atas, yang mana korang pernah lalui?
Setiap manusia yang bergelar ibu bapa mesti boleh relate dengan beberapa situasi kan?
Kalau tak tiga situasi, mesti tujuh. ;D

Dan bila berhadapan dengan situasi haru biru macam ni mesti ada sekelumit perasaan bertandang di lubuk hati kita,
"Kenapa lah aku tak pakai kondom di suatu ketika dahulu."
;D

Ok gurau.

Bukan nak menambahkan penyesalan di lubuk hati korang,
cuma hari ni saya nak share satu cara penyelesaian yang saya sendiri dah guna sejak beberapa bulan lepas.
Sebenarnya dah lama nak share ni.
Tapi tu lah. Tak tahu kenapa raya haji kali ni lama pulak rasanya. -____-
So!
Ni dia.


Buku aktviti dalam bentuk game!
GAME BOOKS!
Sounds boring eh?

Not until you see a HUGE SMILE on your kids' face, when you hand them these books!
Diorang akan jatuh cinta dan minta lagi dan lagi dan lagi.
Sebab ini bukan ordinary activity books yang membosankan itu.

Dan mengikut pengalaman saya dengan anak sendiri dan anak-anak jiran,
disebabkan Game Books ni, they actually start to love books more and learn faster!
Diorang sendiri yang akan minta nak buat aktiviti dalam game books ni.
Sebab macam saya cakap tadi,
 ini bukan ordinary books yang macam buku teks sekolah yang boring tu, yang tengok cover je pun dah menguap.
;D

Some of you might say,
"Alamak, jiji. Tapi anak saya dah besar. Dah terlambat ke?"

Dont worry! 
Game books ni sesuai untuk anak-anak umur 2 tahun sampai 9 tahun.
Mengikut development dan multiple intelligences masing-masing.

And dont worry sebab saya tak jual buku ni,
tapi I'm going to share with you the steps to DIY these game books!

Yes, buat sendiri. 
Lebih murah dan lebih berimpak sebab air tangan ibu.
Gitchu.

Orang kata,
susah-susah dahulu, senang-senang kemudian.
Tapi Jiji kata,
susah sekali je, senang banyak kali sampai ke sudah asalkan perkembangan anak tak terbantut. ;D

Ok so,
berikut adalah langkah-langkahnya.



Step 1: Search, download and print.

Search "printable kids activities" kat Google, Pinterest, or Facebook. 
Ada banyak bersepahhh kat dalam internet.
Yang free ada, yang berbayar pun ada.
Kalau korang can afford, boleh ambik yang berbayar.
Some of them tak mahal pun. Dalam RM10-15 dah boleh dapat. 

But remember to search aktiviti yang mengikut kemampuan dan kebolehan anak. 
Baca balik entry Multiple Intelligences yang saya share dulu, untuk kenali potensi anak,
sebelum tentukan aktiviti macam mana yang sesuai untuk mereka, then baru kumpulkan dalam bentuk Game Books ni.

Bila dah download semua printable activities yang sesuai,
compile them dalam satu folder in computer,
 because later u have to categorize atau break down the topics mengikut tema dan tahap difficulty.
Itu pun KALAU RAJIN.

Then, print them out.
Saya buat saiz A5. Sebab A4 terlalu besar, tak kids friendly dan tak travel friendly.
Kita nak buku ni kecik, ringan, dan mudah diusung kemana-mana.
Kan?

Kalau korang mampu buat sekecil tapak tangan, buatlah.
Tapi jangan lupa sertakan sekali kanta pembesar untuk anak-anak.
;D 

Again,
pastikan pilih aktiviti mengikut potensi anak, bukan mengikut kehendak mak bapak.
(Baca 100 kali) 

-_____-



Step 2: Laminate

Kenapa kena laminate?

Satu, supaya tahan lama.
Dua, supaya boleh guna washable markers, boleh padam, boleh guna berulang kali, dan boleh share sesama adik beradik atau kawan-kawan. 
Empat, supaya kalis air, dan boleh wipe guna tisu lembap, bila terkena kotoran atau markers stain.


Laminator dan laminating films ni boleh beli kat kedai stationary.
Laminator dalam RM100 camtu dah boleh dapat. 
Kalau jenis mak yang suka buat buku aktiviti sendiri untuk anak-anak, 
laminator is a good investment.

Laminating films pulak, pilih yang 100 micron ke atas.
Agak mahal sikit, tapi lebih berkualiti. 
Korang nak guna game books ni bertahun-tahun, bukan sehari dua. 
So kualiti penting.



Step 3: Potong.

Lepas laminate, of course kena potong.
Potong ikut saiz.
Kalau korang print tadi saiz A5, maka potong lah saiz A5.
Kalau print tadi sekecil tapak tangan, maka nyiru saya tadahkan.
Ehh takde kena mengena.


Saya potong guna paper cutter.
Cepat sikit, sebab boleh potong sekali banyak helai.
Kalau nak guna gunting pun ok je, cuma perlu bertabah sikit la. Heheh.

Paper cutter pun boleh beli kat kedai stationary.
Ada banyak jenis.
Yang jenis tahi hidung masin, boleh beli yang paling canggih macam saya punya ni.
Sekali potong, satu kampung boleh dengar. Dah macam potong manusia je bunyi dia.
;D



Step 4: Tumpulkan bucu.

Ini penting, kalau anak korang jenis yang belum pandai berhati-hati.
Bucu laminating films adalah sangat tajam ye tuan puan.
Kalau tercucuk pipi memang boleh terkorek menjadi lesung pipit dalam sekelip mata.
Mungkin juga boleh terkorek sampai tembus ke pipi sebelah.
-_____-

So please potong bucu dia.
Saya guna corner rounder.
Pun beli kat kedai stationary




Step 5: Punch dan letak ring.

I use heavy duty puncher.
Supaya boleh punch sekali 10-15 helai.
Laju la sikit.


Dan kenapa saya guna ring, dan bukan binding atau selotape?

Satu, supaya boleh pilih satu atau dua page kegemaran, dan boleh ceraikan daripada buku.
Contoh nak pergi kenduri, takkan nak bawa buku setebal kamus dewan kat dalam beg, kan?
So pilih beberapa page yang anak suka, ceraikan sekejap daripada buku, dan bawa pergi kenduri.
Balik dari kenduri, combine semula.

Dua, supaya satu buku boleh share dengan ramai orang.
Budak A boleh buat page 1-5, budak B boleh pilih page 10-15, budak C suka buat page 20-25,
dari buku yang sama.
So boleh ceraikan dan satu buku boleh share dengan ramai orang dalam satu masa.

Saya memang suka sharing.
Baru semalam share sebungkus kecil biskut Munchy's dengan 11 orang anak-anak jiran yang datang ke rumah saya.
Sebab masa tu fridge kosong, sebab belum sempat pergi Tesco.
Seronok tengok diorang happy sharing benda yang sikit.
Sharing is wealth, kan?
:)



Step 6: Touch up mana yang patut, dan SIAP!

Kalau rajin,
boleh tambah cover,
dan tambah sub-cover untuk category mengikut tema, difficulty level dan jenis game tersebut.


Sebab orang selalu panggil saya "rajiah-rajin" :D ,
so this is how i did it.
Ada cover dan susun ikut kategori.


Dan ada label timbul untuk setiap kategori macam ni.
Supaya senang nak cari game kegemaran anak-anak.
Sebab most of the time kita akan guna Game Books ni di saat-saat genting untuk mensenyapkan dan membusykan mereka serta-merta.
So kita perlukan Game Books yang praktikal pada setiap detik dan keadaan.



Step 7: Washable Markers dan Velvet Eraser.

Dua benda ni yang korang perlu ada untuk guna Game Books ni.



Kenapa washable markers?
Sebab murah, dan senang padam atas laminating films.

Kenapa kena guna velvet eraser dan bukan sponge eraser?
Sebab velvet eraser lagi senang padam marker stain berbanding sponge eraser.
Tapi kalau takde, guna tisu je pun ok.
Washable markers dan velvet eraser ni boleh cari kat kedai stationary.
Dalam RM7 camtu dah boleh dapat dua-dua.



Ok dah siap.
Let me share beberapa contoh printable games yang best, yang anak saya dan anak-anak jiran suka main.
Yang penting, susun ikut kategori dan difficulty level.
 Dan tak perlu marah jika anak tak suka, tak minat atau tak reti buat sesuatu game.
Ikut minat anak dulu, because that is how they start to love and develop minat terhadap perkara-perkara lain yang lebih mencabar minda mereka.

No pressure in learning.
Itu yang penting.
:)


1) Maze




2) Pre-writing & Pre-drawing Practice

Untuk latih pincer grasp dan fine motor skills anak, aktiviti ni sangat bagus.



3) Learning & practicing alphabets.




4) Spot the Hidden Things



5) Logical Thinking

Shadow Matching

Front half - back half matching


6) Classify & Categorize



7) Simple counting, comparing and time




8) Joining Dots.




9) Simple colouring according to numbers.



10) Simple read and match


Ni untuk kids yang dah boleh baca.
Yang jenis word smart, memang sesuai.

Kalau yang belum boleh baca, mungkin boleh introduce SLOWLY. 
Guna teknik pengecaman dan phonics, and start with 2 or 3 letter words dulu.


11) Simple opposites




12) Word search



Haa amacam?
Games semua old-school kan? Kehkeh.

Itu baru 12 contoh games.
Saya ada 26 games dalam koleksi sebab anak-anak saya memang tak pernah cukup kalau 12 je.
:D
Walaupun old-school, percayalah, your kids will love them.
Ingat balik macam mana kita seronok dan leka main game-game macam ni masa kecik-kecik dulu.

So cuba lah introduce kat anak-anak kita pulak.
Diorang pun deserve childhood yang enjoy macam kita dulu.
Dan saya gerenti diorang akan jatuh cinta sekelip mata.
Ipad tak charge seminggu pun diorang dah tak hairan dah.


Saya selalu guna game books ni bila anak-anak jiran datang rumah.
Siapa follow Instagram saya tahu lah betapa rumah saya memang pusat anak-anak jiran berkumpul setiap hari.
:D

Tapi sometimes, bila saya rasa malas nak kemas rumah, 
saya akan bagi game books ni kat diorang, so that diorang akan leka dan lupa nak sepahkan mainan.
Muahaha.

Tapi banyak kali juga diorang datang rumah, dan MINTA SENDIRI untuk buat Game Books ni.
I told you, budak-budak confirm akan jatuh cinta.


Kita pun seronok bila tengok budak-budak seronok belajar di atas keinginan sendiri,
dan bukan atas dasar paksaan.
:)



Macam yang saya cakap awal tadi,
make it travel friendly.
Supaya boleh masuk handbag dan usung kehulu-kehilir.
Game books ni ibarat first-aid kit yang akan membantu anak korang dalam kesusahan.
Eh macam wonderpets pulak.


Trust me, anak-anak akan leka seleka lekanya dan kalau kat restoran,
parents siap boleh layan 3 dulang nasi arab dengan tenang tanpa henti.
Siap order lagi 13 set banana split sebagai pencuci mulut.
:D



Dan boleh jugak dibawa ke surau atau masjid ye. :)

 Selalunya parents akan bagi alasan susah nak ke masjid untuk ceramah/terawikh/berjemaah sebab ada anak kecik.
Takut anak bosan la, takut anak tantrums la, takut anak ganggu jemaah lain la.

Tapi dengan adanya game books ni, korang boleh bermastautin terus kat masjid tu.
:D


Look at him. :')

Alhamdulillah lepas saya start guna game books ni,
saya tak ingat dah bila last Haikal minta ipad dan bila last Haikal tantrums everytime kitorang pergi family outing.
:')

Always bring something to keep them busy, that is the key.
Always.

Ok kebiasaannya kalau saya update pasal DIY kids activities camni,
mesti ada yang akan tanya,
"Jiji, boleh tak Jiji tolong buatkan untuk anak-anak saya sekali? Sebab saya dan suami bekerja. Tak banyak masa."

Ok sukacitanya dimaklumkan, kali ni saya berbesar hati untuk tolong.
Sebab saya sangat faham ibu bapa bekerja juga nak yang terbaik untuk anak-anak,
walaupun masa bersama anak sangat limited.
Kan?

Tapi of course buat sendiri lebih baik, sebab air tangan ibu/bapa.
But i understand some of you yang betul-betul takde masa.
Sebab frankly, buat Game Books ni agak makan masa jugak sebenarnya.
Nak search printables, download, categorize, print, laminate, potong, tumpulkan setiap bucu, etc.
Memang, it takes time.
So if you are ok with air tangan acik jiji (heheh),
i'm willing to help.
:)
 
Since saya memang dah ada printable activities dalam organized folder untuk Game Books ni,
dan dah ada all the tools needed,
plus saya memang dah biasa buat buku aktiviti untuk budak-budak ni,
so it won't take much time untuk saya tolong korang produce game books yang sejibik sejibon macam saya punya.

Dont worry, i'm not doing this as business since printables tu semua bukan hak saya.
Because I downloaded it from the internet.
I know it is not legal for me to sell, and that's why saya taknak jual,
dan saya sarankan korang DIY sendiri.

Tapi dalam kes tolong-menolong ni, I'm not looking for any profit sebab you only have to pay me exactly the harga kos sahaja
(A4 paper, laminating films, rings, etc).
Kalau harga kos dia ialah RM93.67 (contoh), itu je lah yang korang perlu bayar.
I won't put any harga upah, harga air tangan jiji or what so ever.
Don't worry.
Ini memang dasar nak tolong semata.
Ok?

And please note that i don't have ready stocks haha.
Dah kata bukan nak buat bisnes kan.
So if you need my help, please give me some time to complete it.
Dalam seminggu dua camtu?
Boleh?

Sila tengok senarai gamebooks dan harga yang ada, di LINK INI,
atau di timeline FB saya (Adlil Rajiah) dan boleh order by whatsapp. :)



Latest update:
Please don't ask me about the saved links atau minta saya email the softcopy. Sebab untuk pengetahuan, saya tak pernah save apa-apa links, sebab most of the time saya search Google atau Pinterest secara random, dan terus download & save dalam komputer. Takde main parking-parking links kat timeline ke apa -____-. 
So sorry.

Dan folder softcopy yang saya ada pula agak besar, dan agak impossibru untuk saya email guna dropbox apa semua tu. Ye la, 3 tahun lebih punya koleksi kot. Kau ingat apa. Sebab ada yang siap nak poslaju thumbdrive apa semua. Please ye. Saya bukan taknak tolong. Tapi itu dah di luar tahap "kemampuan" yang saya boleh tolong. Apa yang saya boleh tolong, of course saya akan tolong. Kalau tak, takkan saya buat entry cara buat Game Books tu step-by-step untuk guide korang supaya boleh CUBA buat sendiri. Tapi jika anda demand lebih daripada itu, saya minta maaf. Saya pun cuma ada 24 jam je sehari. 

Mohon faham dan salam sayang. :D

62 comments:

Amal Salleh said...

nk buat jugak ! thanks bg idea :)

Riya Lis said...

terima kasih byk share bende ni..sy ada bbrapa siri buku yg boleh padam n re-do. yang sy nmpak keburukan nya..anak sy susah nak menulis pkai pensel berbangding marker. Anyways..thanks 4 dis brilliant idea.Smoga Allah murahkan rezki. Amin

mummy_ayu said...

good idea..tq for sharing!!

Ibu Dilah said...

good job jiji!! thanks for sharing.. memang bagus sangat game book ni.. nampak lebih praktikal.. boleh guna pakai banyak kali..

::abu iman:: said...

Assalamualaikum puan jiji,
sy dah whatsapp. looking forward for your positive reply huhu

Fiza Rahman said...

Wow...brilliant idea. Thanks for sharing sis.

Suzlin Azreena Nordin said...

Benci tau you ni. Bijak sangat. Now I end up beli laminate machine and start with what you suggest.

Alhamdulillah.

Thank you. This helps me a lot!

Semoga u and ur family mendapat kebahagiaan dunia akhirat.

nurul husna said...

best sgt idea ni.. tapi kena fikir juga apa yang sesuai utk anak sy. anak sy ni petah bercakap, aktif dan cepat mengikut pergerakkan orang.

thank you

Nursaila Norman said...

biasanya terfikir untuk buat to do list guna laminate (senang padam lepas tu tulis lain utk next list) nmpaknya kena kembangkan idea utk anak pulak! thanks Jiji! baru tau ada corner rounder..sebelum ni nak laminate flash card utk anak (umur 1 tahun) tapi risau laminate bucu dia tajam. thank you againnnnnnn!

Anna redz said...

Ohsem lah jiji. Sambil membaca tu, dlm kepala saya dah berpikir nak kena beli mesin laminate, cutter, corner cutter,, and ofcourse kena beli printer,, nak print kat luar mmg lah mahal. Saya dah oernah buay,, black & white jer. Saya tempah dgn awak lah jiji, for now,,

Norhafisah Dalimun said...

Tgk fb ada artikel ni. Sgt2 brilliant la idea tu. Confirm pas ni mmg follow blog awk. Mcm nak tempah juga, mcm best sgt. Nnt sy wassap k.

Mr. H said...

Wau so interesting..nak buat utk anak la.tq u for ur great ideas

Mr. H said...

Wau so interesting..nak buat utk anak la.tq u for ur great ideas

YieN said...

Wahhh.. Seriously menarik.. Rajin dgn tak je nak buat benda ni kan

careno said...

wow.. good idea.. disebabkan entry ni hanya fokus kpd air tangan ibu... maka sy akan propose benda ni kat wife utk buatkan... hahaha...

yanie yusuf said...

Menarik...

mrs kayrul said...

Bagusnya...selama nie beli kat kedai jenis boleh tulis2 tue..selalu x tahan dia punya buku tue..mudah koyak la....satu hari nak cuba buat juga

Cik Puan Eka said...

Good idea kak. Tak sabo tggu bby beso. Bole buat hihi

Mimie Azrin said...

Salam kak jiji.boleh tak emelkan yg format utk huruf jawi tu? Msmiey@gmail.com

MummyGojez said...

Good idea! Bb 8 mths..mybe boleh start compile dr skg..so bila da besar boleh pakai dah. Tq!

Yaati Nor said...

anak saya zahra pon suka maze..tp biasa la ibu dia bijak cr buku maze kat tesco..xsampai hati nak print byk2 kat opis..heheh tp nak tiru juga ni nnt..

@>--ummi zahra--<@ said...

wah.. nak try lah..tp nk tempah boleh..mcm x cukup perkakasan je nk buat sendiri..hihihi..

Lasayra Shop said...

terbaik sis... 👍👍👍👍

Mirmo Mira said...

Teringin nak buat jugak..boleh share folder game books ni x?coz saya xberapa cekap komputer ni..

Yaati Nor said...

acik jiji..kat mn nak beli marker non toxin tu?

annisak said...

nak buat jgk la..boleh share tak printable items tu? tq sgt2..

Bb Firdaus said...

Tq Ms Jiji bagi idea..plus kita serupa.. Carik, downlod, print,laminate...mmg hobi sgt2. . Cuma nk tau, webpages utk semua tu... Nanti blh download n prin utk anak2..

Muhammad Muzzammil said...

Salam, thanks for the wonderful idea. Having 3 kids, it's hard to manage them, but with this, InsyaAllah it'll be easier, and it'll also be a fun activity for the kids.

Asma said...

Wahh terbaik. Thank you for sharing

Irdina Roslan said...

Mmg terbaik...☺besar pahala share ilmu ni.

mamaleesya said...

Assalamualaikum..

Thanks Acik Jiji for sharing..:)

maz said...

Assalamualaikum,

Idea yang HEBAT, puan!
Mohon share pengkategorian (subtopic) setiap buku. sy failed bab2 filing ni :(

Husna Za said...

Salam.tq for d sharing. sy dah mula collect bahan dah.hehe. jumpa satu web ni nak share. agak bagus.banyak bahan jugak sy ambil dari sini.


http://www.busylittlebugs.com.au/


:)

saidatul maria said...

thanks jiji for the idea... rasa2nya kalau beli buku activity kat kedai buku and ceraikan laminate then bukukan semula pun aci je kan hahahhaa...

yoorin melacolea said...

huhu..tertinggal pulak..sobss

Siti Rohaida Yusof said...

dah buat untuk anak saudara,tapi saya tak pulak laminate macam tu...kalau tak boleh tahan lama buku tu kan..isk...

Ayuhazwani Azizan said...

Assalam. Boleh puan email softcopy kt saya?email saya ayuz30@yahoo.com. Nk ty..puan guna kertas A4 ke tuk print?

innocentgurl said...

As'salam.. Sis..sy pn nk softcopy boleh? Email sy elyza8885@yahoo.com, sy dh Cuba cari mmg jumpa tp bila nk print dia pergi page lain..Pastu xjmpa yg macam sis punya tu. Klau sis boleh tolong buat kan syukur alhamdulillah utk twins sy. Klau tk pn dpt soft copy pn sy dh bersyukur sgt. Maaf sis byk sgt permintaan sy ni.

~Mrs.KeCik~ said...

Kepada mereka yg mncari softcopy, try tgk di page fb Autism Teaching Aids (Malaysia). Tgk di tab files. ada nmpak softcopy certain books jiji buat kt sini. Harap membantu :) Jiji busy tu, sy tlg jwbkan :)

Amir renovation said...

Assalam tuan/puan.sy membuat keje2 ubah suai rumah dan pejabat.jenis pekerjaan sy adalah sambung rumah ,pasang tile,plaster siling,wayaring,plumbing,table top dan kabinet porch,vinyl floor,wallpaper,auto gate dan pagar,grill dan keje2 civil lainnya.terbuka untuk kawasan bangi,kajang,serdang,putrajaya,bukit mahkota,nilai,sepang,cheras,puchong,ampang dan kl.hubungi sy (amir) 0192945175 atau wssp sy 01129110298.terimakasih

Amir renovation said...

Assalam tuan/puan.sy membuat keje2 ubah suai rumah dan pejabat.jenis pekerjaan sy adalah sambung rumah ,pasang tile,plaster siling,wayaring,plumbing,table top dan kabinet porch,vinyl floor,wallpaper,auto gate dan pagar,grill dan keje2 civil lainnya.terbuka untuk kawasan bangi,kajang,serdang,putrajaya,bukit mahkota,nilai,sepang,cheras,puchong,ampang dan kl.hubungi sy (amir) 0192945175 atau wssp sy 01129110298.terimakasih

stitch said...

Sgt menarik games book ni..lg 14 contoh games ape ye 😊?

I@Me said...

thanks a lot jiji... terus berkobar2 nak buat kat my kids. sebelum ni saya bawak buku kosong and pen je.. so ni nak try buat mcm ni pulak.. :)

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Rozita Che Noh said...

Terbaiklah....nak soft copy boleh? boleh Email kat saya tak? rozitachenoh@gmail.com

Health Bites Online said...

This is such an excellent idea - thanks so much!! For those who are busy, you can buy activity books and laminate them.

Hartini Zulaikha said...

Tq jiji for the idea..mmg tgh cari sesuatu untuk ilangkan tantrum ank2 dgn ipad ni..
Tq jiji..

Duniaku Duniamu jua said...

Tqvm...

bintang_zue said...

Wow... Good ideas... Nanti boleh try nak buat utk anak2.. Thanks atas perkongsian ni sis...

mama arif said...

tq for sharing =)

karipapsayur said...

Good idea tp anak akak main marker washable ke unwashable ke, dia p conteng ke karpet2 dan kain2 pulak. Udah acaner??

shamila irdina said...

Jual ke

shamila irdina said...

Nak tanya mana nk download gambar2 tu ye

shamila irdina said...

Sis cari kat mana softbcopy ye

faizudin zainudin said...

Bgus la.. X nk buat dan jual ke?

Hafizah Ibrahim said...

teringin sangat nak buat. thanks for sharing. :)

Faziati Rasid said...

boleh dapatkan semua tu dlm pdf, di fb : autism teaching aids

Yani Rose said...

menarik... x sabar nak buat untuk anak-anak... ilmu yg bermanfaat sis...

catherine- said...

Asalamualaikum n hai jiji. Allaaahhhh.... bc blog u ni buat ai teruja nk buat DIY utk cucu2 yg baru lahir ni n bakal anak2 sendiri. hahahahahaa....

x pasal2 ai follow blog u. ok maceehhh byk2 atas semua info n i'll share with u if my DIY project dh siap nnt. mb tahun depan. haha. k wasalam.

catherine- said...

lagi satu jiji, mohon halalkan ai copy n paste info blog u ni dlm blog ai. utk reference ai sndiri. moga Allah merahmati usaha u. amiinn..

Norul said...

Washable marker tu beli kat mana

Fahimah Malik said...

salam. semangat berkobar2 bl bc entry ni. terus cari bahan2 utk print tp search google kenapa tak colorful mcm u punyer..huhu...
sy mmg perlu DIY buku ni jgk sbb ank2 lasak sgt dlm kereta n di restoran. Sy pening memikirkn hjg thn ni nk naik flight lg..haruuu nnt..so kne standby buku ni.
Boleh tak if sy mntk emailkn bhn2 tersebut utk sy print sndr? Jika tidak keberatan n menyusahkan..
email di fahimah_malik@yahoo.com / fahimah@mediaselangor.com

Terima kasih.