Tips melatih diri dan keluarga amalkan doa-doa harian sebagai rutin.

To be honest, saya ni takde la alim mana.
Berjubah dan bertudung labuh bukan bermakna sempurna iman. Kan?
Masih banyak benda yang perlu diperbaiki.

Sebagai seorang ibu kepada amanah Allah yang bernama Ashraf Haikal tu pun,
saya masih belum sempurna dalam menerapkan amalan sunnah dalam jiwa anak.
Kadang-kadang makan pun lupa nak baca doa.
Pastu kena sound dengan Haikal.
Hmm.
I know.
My bad.
-_____-
 
Tapi I always find ways to be a better me,
 to be a better "home-maker" yang mengamalkan sunnah dalam kehidupan seharian.
Saya juga macam ibu-ibu lain yang sentiasa nak jadi contoh terbaik kepada anak-anak.
 =)

So sebelum layak untuk jadi contoh yang baik, kita sendiri dulu kena jadi baik.
Diri sendiri dulu kena baiki.
Baru lah layak dilihat oleh anak sebagai teladan dan contoh yang baik.
Kan?

So sekarang ni, saya cuba mulakan dengan peringkat yang paling mudah.
Iaitu mengamalkan doa-doa harian dalam setiap rutin harian.
Mula-mula memang merangkak la.
Sebab kadang-kadang lupa. Kadang-kadang malas.
-____-

Tapi orang kata, slowly.
But surely.
Kan?

So nak tahu apa yang saya buat?
Saya print semua doa-doa harian, dan tampalkan di tempat-tempat yang sepatutnya kita recite doa tersebut.


Doa naik kenderaan, tampal dalam kereta.
Sebelum tekan pedal minyak, baca doa dulu.


 Doa pakai baju dan buka baju, tampal kat almari baju.
Sambil-sambil suami katup butang baju kerja tu,
 boleh baca doa pakai baju.
Pagi-pagi dah dapat pahala sunnah.
:)

 
 Doa masuk/keluar tandas, tampal kat entrance toilet.


 Doa tengok cermin, tampal kat cermin la. 
Takkan kat tayar basikal pulak kan.
Heheh.

Ok tak kelakar.


 Doa tidur dan bangun tidur, tampal kat kepala katil.


 Doa sebelum/selepas makan, tampal kat tudung saji.
Hahaha.


 Doa lembutkan hati (anak dan suami), tampal kat tempat buat air.
Supaya nanti sambil bancuh kopi boleh jampi hembus-hembus fuh kanan fuh kiri fuh jangan la ada pompuan lain cium kolar baju laki aku fuh fuh.
;D


Doa keluar /  masuk rumah, tampal kat pintu utama rumah.
Kang senang laki balik kerja je, selak pintu selak langsir terus nampak doa dan baca.
Baru lah melangkah masuk dan peluk anak bini.
Bini peluk lama sikit please.
;D


Banyak lagi doa-doa lain yang boleh diamalkan sebenarnya.
Tapi untuk permulaan ni cukup lah ini dulu.
InsyaAllah bila dah jadi amalan nanti, dah hafal, dah boleh amalkan spontaneously tanpa tengok teks,
boleh la tambah doa-doa lain pula.

Best tau.
Bila setiap benda nak buat kena baca doa dulu.
Baca sama-sama dengan anak.
Kadang-kadang sampai nak berlumba-lumba siapa yang baca dulu.

Saya pernah kena sound dengan Haikal sebab lupa baca doa keluar tandas.
Ye la bila dah lega tu semua benda lupa kan kahkah.

So tetiba Haikal datang siap bercekak pinggang,
"Mama belum baca doa keluar tandas lagi. Baca cepat. Nanti syaitan bergayut kat bontot."

Amboi.
Makcik-makcik sangat perangai kau kan.
Maka saya pun baca dengan nada seperti didenda.
;D

Korang pun try la.
Cara yang seronok untuk sama-sama amalkan sunnah dalam rumahtangga.
Ustaz kata, rumah pun akan tenang je bila selalu amalkan sunnah.
Takde la hantu banyak sangat dalam rumah tu kang. :P

Mana saya dapatkan semua doa-doa ni?
Search je kat Google Images "doa-doa harian".
Berlambak keluar.

Tapi jangan main ambik dan print je.
Kena tengok dulu source nya sahih ke tak.
Okay?
:)

Salam Jumaat,
Dan semoga bermanfaat.

Eh rhyme pula.
:D

Seminar Keibubapaan - "Cabaran Mendidik Anak-Anak Alaf Baru."



InsyaAllah seminar ini bakal memberikan sedikit panduan, perkongsian dan soal jawab tentang
cabaran-cabaran yang perlu dihadapi ibu bapa masakini dalam mendidik anak-anak.

Antaranya ialah:

1) Cabaran menghadapi zaman berlumba-lumba
2) Cabaran menghadapi kos pendidikan awal kanak-kanak yang semakin meningkat, selari dengan
peningkatan kos sara hidup
3) Cabaran menghadapi zaman hiburan tanpa batasan
4) Cabaran menghadapi zaman"gadget addiction"
5) Cabaran menghadapi dunia media sosial tanpa sempadan
6) Cabaran menghadapi gelombang jenayah yang menggugat keselamatan anak-anak
7) Cabaran menghadapi fitnah akhir zaman - ajaran agama kian terpesong.
8) Cabaran menghadapi abnormalities pada mental kanak-kanak yang semakin kerap berlaku


Our invited speakers akan sedaya upaya menghurai, membincangkan dan
menjawab persoalan tentang cabaran-cabaran ini,
agar kita ibu bapa dan para pendidik akan sentiasa terbuka minda dan sentiasa bersedia untuk lakukan apa sahaja yang terbaik buat masa depan anak-anak dalam dunia serba mencabar ini.

InsyaAllah.


Berikut adalah peta lokasi seminar, untuk gambaran yang lebih jelas:




Agenda Seminar pula adalah seperti berikut:


 

Siapa yang digalakkan hadir ke seminar ini?
1) Young & senior parents.
2) Expecting parents.
3) Newly-weds.
4) Guru-guru taska/tadika atau early childhood practitioners.

5) Sesiapa sahaja yang berminat untuk mendalami ilmu keibubapaan.
 


Yuran pendaftaran:
RM130/seorang
RM240/pasangan atau berdua



Nursery Room untuk kanak-kanak:

Kami menyediakan air-conditioned nursery room yang lengkap dengan pelbagai aktiviti
dan beberapa orang penjaga yang juga terdiri dari kalangan ECE practitioners.

1) Bayaran RM30 bagi seorang kanak-kanak akan dikenakan. 
Makanan, minuman dan pelbagai aktiviti untuk kanak-kanak juga disediakan.  
Dan untuk pengetahuan, kedudukan dewan seminar dan nursery room adalah sangat berdekatan.

2) Keadaan anak-anak di nursery room akan sentiasa di-update kepada ibu bapa oleh crew penjaga kami melalui whatsapp.

3) Bayi yang menyusu badan boleh dibawa masuk ke dalam dewan seminar, 
dan perlu berada di bawah jagaan ibu / bapa sepanjang tempoh seminar.
 "Breastfeeding Area" yang selesa juga turut disediakan secara PERCUMA 
bagi tujuan menyusukan bayi dan mententeramkan bayi yang menangis.


Cara mendaftar:

PENDAFTARAN TELAH DITUTUP.

Untuk sebarang pertanyaan,
Email: haikal_opg@yahoo.com

Hubungi: 016-2173349 / 012-6324320


Semoga kita sama-sama mendapat manfaat daripada seminar ini nanti, insyaAllah.
Jumpa anda semua di sana ye! 

p/s: Do spread the words. Thank you.

Tips latih anak ikut peraturan, tanpa guna kekerasan.

Tips hari ni mungkin agak lame sikit.
-____-

Sebab sebenarnya zaman tok nenek kita dulu pun diorang dah guna teknik ni. 
But saya nak share jugak kat sini in case ada yang terlupa keberkesanan teknik ni.
Sebab sepanjang saya amalkan, it really works wonders for Haikal. 
And for myself too.
:)

It's a reward system using stickers, gaisss!

Itu je.
-..-

Masa saya kecik-kecik dulu, 
my parents latih kitorang adik beradik supaya ikut peraturan such as tak kencing malam,
cakap elok-elok dengan semua orang, jaga solat 5 waktu,
atau pun nak suruh hafal sifir atau khatam qur'an ke,
diorang guna sistem ni lah.

Tapi zaman tu guna kalendar tabung haji dengan stiker gores dan menang bentuk bintang-bintang tu je la.
Bila satu hari tak kencing malam, dapat gores satu bintang kecil kat kalendar.
Bila genap seminggu tak kencing malam, dapat bintang besar!
Itu pun dah happy gila tahap bila pergi tadika riuh kat kawan sekelas,
"Weh wehh aku dapat bintang besar sebab seminggu tak kencing malam wehhh!!"

Pergi cerita kat kawan lelaki pulak tu.
-_____-

Bila saya flashback balik, it makes me realized,
sebenarnya senang je nak disiplinkan anak-anak kalau kena dengan cara.

Nak latih supaya anak ikut peraturan, motivate them, bukan hukum atau paksa.
Make them happy, and never forget to give positive reinforcements.
They will love to follow the rules bila mereka didorong dengan cara yang seronok,
dan dalam keadaan yang mereka suka.



Benda kecik macam tampal stiker ni je pun actually dah boleh buat mereka bangga dengan pencapaian diri,
and keeping them motivated untuk kekalkan prestasi baik dalam diri.

Checklist of ground rules macam yang saya buat untuk Haikal ni berubah-ubah mengikut perkembangan umur dia.
Buat la apa-apa ground rules yang kita mahu anak ikut,
yang sesuai dengan umurnya.

Jangan terlalu optimistik bagi ground rules yang susah-susah sampai anak susah nak capai.
Bila susah nak capai, diorang cepat putus asa.
Takkan anak umur 3 tahun, kau nak letak rule
"Baca Qur'an 3 juzuk sehari."

Rule camtu bagi kat atok dia pun belum tentu lepas.
-______-

Macam Haikal, dia ni selalu liat nak mandi.
So salah satu rule yang saya letak ialah
"Mandi twice a day."

So kalau dia mandi sekali atau tak mandi langsung, no sticker.
Nak sticker, wajib mandi 2 kali sehari.
I explained to him that way.
Dan sekarang ni it becomes easier and easier to ajak Haikal mandi.
Kadang-kadang belum ajak pun dia dah request dulu.
=)

Macam point no.2 dalam checklist kat atas tadi, "tak kencing malam",
saya highlight sebab Haikal dah consistently tak kencing malam dan diapers-free
pada waktu malam selama 3 bulan berturut-turut.
So itu dah kira macam pencapaian besar la bagi dia,
So boleh la reward dengan something special macam belikan hadiah ke,
masakkan makanan kegemaran dia ke apa nanti.
Dan sebab he's consistently dah follow that rule, "tak kencing malam" dah tak payah letak dalam checklist dah lepas ni.
Dan boleh tukar kepada rule lain yang kita nak dia capai pada peringkat seterusnya.
Camtu.

Apa yang saya perasan dengan menggunakan teknik ni,
kita dah tak perlu marah-marah, memukul atau menghukum,
atau nak kena suruh berkali-kali.
Because they already know what to do,
because they wanna get more stickers on their chart.

Bila Haikal buat satu-satu kesalahan contohnya, tak kemas mainan.
Saya akan warning dia,
"Kalau tak kemas mainan, u won't get any sticker. Nanti jadual rongak tak cantik sebab stickers tak complete."

Mesti Haikal akan cecepat kemas in no time heheh.
Sebab finally he realized, kedegilan dia akan memburukkan jadual stikernya sendiri.
Kehkeh.

Dan untuk mewujudkan suasana adil dan saksama dalam rumahtangga.
We parents, should have our ground rules checklist too.

And yes, have our kids to check on us.
Hahaha.

Kalau ada rule yang kita tak follow pada hari tersebut, admit it.
Mengaku depan anak, contohnya 

"Haikal, hari ni mama tak solat jemaah dengan papa. Papa busy. Mama minta maaf.
Lain kali mama dan papa akan cuba untuk jaga solat berjemaah."

Percayalah, pengakuan macam ni takkan menjatuhkan darjat kita sebagai ibu bapa.
Ia sebenarnya mendidik anak supaya tak malu untuk mengaku kesalahan, tak malu untuk meminta maaf,
dan tak malu untuk berjanji untuk tak mengulangi kesalahan yang sama.

Tahukah anda, anak-anak akan sorokkan kesalahan dan sanggup menipu untuk menutupi  kesalahan mereka,
apabila kita selalu guna kekerasan dan hukuman?
So bila terlalu kerap kena pukul atau marah,
they will slowly develop some "kelepet skills".
Iaitu skill menipu untuk meloloskan diri daripada dipukul.

Dan lama-kelamaan, parents sendiri dah tak kenal dengan anak sendiri.
Sebab anak terlalu banyak menipu dan berpura-pura di depan ibu bapa.
Make sense, kan?

Of course kita taknak jadi sampai macam tu.

So we parents have to set a good example first.
It's ok to let your kids check on you sometimes.
And admit your mistakes and say sorry for your faults.

It's beautiful apa.
We check on them, they check on us.
Saling ingat mengingati.
Harmoni, kan?

So begitulah rutin kami setiap malam.
We will flashback apa yang telah dilakukan sepanjang hari.
Menepati atau tidak goals/rules yang tersenarai dalam jadual.
Lebih baik dari semalam atau sama atau lebih teruk?

Kitorang akan sama-sama duduk depan jadual,
muhasabah diri.
:D

Selamat mencuba!

8 Cara Kawal Anak Daripada Ketagih Tab atau Ipad.


Ini bukan kali pertama orang tanya saya soalan macam ni.
So saya rasa ada bagus jugak kalau saya jawab kat sini supaya..
supaya orang takkan tanya dah? ;D

Ok tak tak.
Supaya sama-sama boleh dapat manfaat, insyaAllah.
Wah gitu ayat pencetus ummah.
:D


Ok so basically soalannya,

Adakah Jiji ada dedahkan Haikal dengan tab atau ipad?
Yes, of course ada. Inikan zaman mereka.
Kenapa pula nak sekat pendedahannya?

Adakah Haikal addicted dengan ipad?
Tak.

Sebab?
Saya kawal.

Kenapa kawal?
Haikal baru 3 tahun.
Kencing berak dia pun masih perlu dikawal.
Makan minum dia pun masih perlu dikawal.
Badan diri sendiri pun, dia masih tak mampu mengawal sendiri,
inikan pula saya nak bagi dia 100% kebebesan ipad tanpa sebarang kawalan?
Common sense kot, kan?

Perlu ke kawal?
Bagi saya, perlu.
SANGAT PERLU.

Kalau tak kawal?
Jadi la macam anak si penanya di atas.
Heheh.

Macam mana saya kawal?
Ok jom saya share.

Tapi sebelum tu saya nak beritahu, apa yang bakal saya share ni adalah cara saya.
Tak semestinya korang perlu setuju semuanya.
Ok?

So berikut,
adalah cara saya kawal Haikal daripada ipad addiction.
Bukan ipad je la, semua gajet pun saya buat macam ni.




1) Jangan charge 100% full battery.

Saya tak pernah charge ipad sehingga full battery.
Paling banyak pun sampai 15-20% sahaja.

Kenapa?

Sebab ia secara tak langsung dapat limitkan penggunaan ipad tu sendiri.
Habis bateri, habis la tempoh penggunaannya.
Dan kalau bateri full, selagi tak habis, selagi tu lah anak taknak lepaskan.
Kan?

So basically itu cara saya latih Haikal supaya guna ipad dalam tempoh masa yang dibenarkan sahaja.
Maximum battery 15-20% sahaja untuk sekali pakai.

Dulu saya pernah ditegur oleh seseorang. Kalau buat macam tu, nanti ipad cepat rosak.
Sebab terlalu kerap charge dan ipad asyik turn off sendiri.
Well, jawapan saya senang je.
Better lah ipad rosak, daripada anak rosak. Kan?
Dan kalau sayang ipad, tak payah la bagi anak pinjam langsung aduinyapun.
;D



2) Jangan ajar anak unlock atau key in passcode.

Tips ni saya belajar dari salah seorang mentor saya.
Dia pesan,

"Apa sahaja yang mudah melalaikan macam TV, radio, smartphone, tab, ipad, computer, laptop, games, 
JANGAN SESEKALI AJARKAN ANAK TURN ON / UNLOCK SENDIRI."

Kenapa?
Kerana kebinasaan otak, pemikiran dan behaviour anak selalunya bermula dari situ.
Haa tegak bulu roma kan?
;D

Saya pernah dengar somewhere,
"Manusia akan rosak kalau diberi dua perkara. Duit dan kuasa."

So in this case, we're talking about KUASA.
Bila kita bagi anak sesuatu gajet dan mereka dapat 100% kebebasan untuk turn on / unlock dan
sewenang-wenangnya boleh menggunakan gajet tersebut pada bila-bila masa,
itu bermaksud kita dah bagi mereka KUASA.

So bila anak mula ada kuasa untuk turn on,
of course automatically dia juga ada kuasa untuk turn off pada bila-bila masa dia mahu.
Maka makin lama makin payah la nak suruh anak stop.

Bermula dari saat kita bagi diorang kuasa itu lah,
diorang takkan dengar cakap kita lagi bila kita suruh berhenti.
Dan bermula saat itu juga, diorang akan pandai-pandai sendiri ambil dan turn on,
bila-bila dia mahu.

Maksudnya?
InsyaAllah rosaklah anak itu.
 -_____-

Ini bukan mendoakan. Ini fakta.
Kita yang dah 40 tahun akhil baligh ni pun masih tak mampu nak lawan nafsu main smartphone,
inikan pulak nak bagi budak belum mumayyiz main henpon, pastu expect budak tu reti stop sendiri.
Are you kidding meh?

So again.
Apa-apa pun jenis hiburan yang nak diberi,
pastikan kita (ibu bapa), yang berkuasa untuk memulakan dan memberhentikannya.
Kerana kita yang sepatutnya berkuasa ke atas anak-anak, dan bukan sebaliknya. Kan?

Do it right, parents!



3) Pastikan anak faham, tab/ipad itu kepunyaan ibu bapa, 
BUKAN DIA.

Never say something like,
"Kakak, tolong ambilkan ipad kakak tu. Ibu nak pinjam sekejap."
"Adik, ibu dah download baaanyak game untuk adik dalam tab ni. Nanti adik bosan boleh la main."

NO.

Jangan sesekali katakan bahawa ipad itu milik anak.
Macam point kat atas tadi, ia seolah-olah bagi anak KUASA.
"Ipad kakak" atau "tab adik" itu bermaksud ipad dan tab tersebut adalah kepunyaan mereka.
So kalau dah kepunyaan anak, maksudnya apa?

Ibu bapa akan hilang kuasa.

Anak-anak ni, dia pedulik apa ipad tu beli pakai duit siapa.
Yang dia tahu, ipad tu dia punya.
Sebab mak bapak sendiri yang cakap begitu.

So nanti sampai satu tahap, bila kita perasan anak dah mula ketagih,
baru la terhegeh-hegeh nak beritahu diorang,
"Kakak, ipad tu mama yang beli tau. Kena ikut cakap mama. Bagi balik ipad tu!"

Halahh pedulik apa dia. -..-

So sentiasa tegaskan dari awal, dan make your kids aware,
yang ipad dan tab itu ialah kepunyaan ibu bapa.
Mereka hanya PINJAM.
So bila pinjam, maksudnya kena pulangkan semula bila-bila masa ibu bapa minta.

Semudah itu je sebenarnya.
=)



4) Gunakan ipad / tab sebagai positive reinforcement.

Macam yang saya pernah tulis dalam ENTRY INI,
positive reinforcement adalah ganjaran.
Ini yang saya selalu buat kat Haikal.
Guna ipad hanya sebagai ganjaran bila dia achieve sesuatu.

Buat something good dulu, baru dapat ipad.
Encourage anak untuk achieve something more, to get more entertainment time.
Contoh kalau saya homeschool Haikal, dan dia macam cranky atau tak fokus,
saya akan "guna" ipad untuk encourage dia,

"If you finish this puzzle, you will get ipad for 15 mins."
"If you read two pages iqra' today, you will get to play one game on ipad."
"If you follow mama solat properly, we will sing some songs on yotube."

 Itu contoh.

So Haikal jadi motivated balik untuk fokus apa yang saya suruh.
But not allll positive reinforcement should be ipad la.
Semua benda pun nak ipad payah la kan. Haha.
10 kali anak kau buat benda yang kau suruh, 10 kali tu la kau bagi ipad.
Baik bagi terus.
-_____-

Tukar-tukar la jugak, positive reinforcement can be anything yang anak suka.
So kalau boleh, (kalau boleh la) biarlah ipad tu jadi your last option.



5) Try to divert their attention first, before offering the ipad.

Especially kalau anak dah tahap addicted macam yang berlaku kat si penanya di atas tadi.
Kalau boleh everytime anak minta ipad, try divert attention dia ke arah benda lain.
Ajak main puzzle ke.
Ajak main conteng-conteng ke.
Ajak masak-masak ke.
Ajak buat art and craft ke.

Selagi boleh divert, divert.
Selagi boleh buat anak lupa ipad, buat.

 This is to minimize the addiction.
Kalau berjaya buat benda ni secara konsisten,
lama-lama anak akan develop hobby lain dan semakin kurang addicted dengan ipad.
Kalau parents KONSISTEN lah tapi.

This might not work or hard at first, tapi jangan putus asa.
Of course parents kena kental.
Ipad addiction is clearly has more harm than good.
So semestinya kita taknak addiction tu rosakkan hidup anak kita lebih lama.
Kan?

So buatlah apa saje, to minimize the addiction.
Slowly.
But surely.



6) TEAMWORK is important.

Ibu dan bapa kena ada ground rules yang sama.
Kalau ibu kata tak boleh, tapi bapa kata boleh,
it won't work.

Takkan anak umur 2-3 tahun boleh decide, nak ikut ibu atau bapa?
Kan?

So you BOTH have to have the same ground rules.
Dalam bab gajet ni, parents kena sepakat.

Katakan korang nak bagi anak guna ipad for at most 30 mins at a time,
dua-dua kena setuju dengan rule itu.
Jangan kang mak suruh turn off ipad, si bapak pulak back up anak,
"Takpe la, bagi la dia tengok lagi 4-5 jam."

-______-

Kan Dr. Aw pernah pesan dulu, dalam ENTRY INI,
"Kids can lose respect towards either one of their parents, when the parents have no teamwork/congenial."

So dalam bab anak,
parents always have to be sepakat dan sehaluan.
Buat la ground rules bersama, yang baik untuk anak.

Yang kaum bapa pun. Tolong la mainkan peranan.
Amboi.. anak mengamuk, kau pun nak ngamuk kan.
Malam jumaat dua tahun lepas tak pernah terfikir pulak pasal ni kan?
-______-


7) Sentiasa BERINTERAKSI ketika anak layan tab / ipad.

Ini yang saya rasa paling membantu saya dengan Haikal.
I never let him use or watch the ipad alone.
I always join him.

Kalau Haikal request for ipad, saya pasti akan menyibuk sekali sebelah dia.
I always keep the interaction between me and him.
Berbual la apa saje.
Apa saje yang tengah ditonton kat ipad tu la kan.
Takkan tengah tengok upin ipin tetiba nak borak pasal kejadian bulan dan matahari pulak kan.
Memang la anak kau bagi kaki kalau dapat mak yang annoying camtu.
;D

Kalau Haikal nak main game pun, saya akan sentiasa sibuk nak join main jugak.
I JOIN HIM walau apa pun aktiviti yang dia buat dengan ipad.

Dan sekarang,
 he appreciates my presence more instead of ipad.
Sampaikan kalau saya takde, dia takkan tengok ipad. Nak tunggu saya juga.
So it's becoming more easy for me to pantau and kawal penggunaan ipad tu bila Haikal sendiri yang taknak ipad tanpa kehadiran saya.
=)



8) Bak kata orang tua-tua, "kepimpinan melalui teladan".

Rasulullah pun pernah pesan,
"Sebaik-baik kepimpinan, adalah menjadi contoh yang baik."

So we parents,
baiki diri sendiri dulu sebelum expect macam-macam daripada anak.
Tunjuk mereka contoh yang baik.

Termasuk la bab ketagihan gajet ni.
Mengadu anak ketagih gajet, tapi kita sendiri handphone tak pernah lekang dari tangan.
Mengadu anak tidur lewat sebab layan ipad, tapi kita sendiri layan internet sampai terlelap.

So kepimpinan macam mana yang kita tunjuk pada anak-anak?
Tepuk dada.

Nak anak baik, ibu bapa kena baik dulu.
Nak anak alim, ibu bapa kena alim dulu.
Nak anak jadi al-hafiz, nak anak jadi ustaz, nak anak jadi imam masjid,
tengok cermin dan tanya pada diri,
"Macam ni ke ciri-ciri ibu bapa seorang hafiz, ustaz dan imam masjid?"

Macam mana acuannya, macam tu la hasilnya.
Monkey see, monkey do.
Kan?



Ok sekian perkongsian untuk hari ni.
Semoga bermanfaat.
=)

Hearing and Myself

Mungkin bagi sesetangah orang, telinga atau deria pendengaran ni bukan perkara yang perlu diambilberat sangat.
Sebab telinga tak lah sepenting mata yang membolehkan kita melihat dunia.
Tapi bagi saya, yang mengalami hearing impairment sejak kecil ni,
i would say, telinga juga penting.
Untuk mendengar dunia.

Melihat dan mendengar.
Sama saje. Sama penting.
Malah semua deria yang tuhan kurniakan kepada kita ni semua penting.
Kan?

 Dan bagi saya,
pendengaran adalah salah satu faktor utama yang mendorong kebahagiaan dan kecemerlangan seseorang.

Kenapa?

Ramai ibu bapa yang datang kat saya dan tanya,
kenapa anak saya lambat bercakap?
kenapa anak saya tak alert dan fokus bila buat aktiviti?
kenapa anak saya buat tak tahu bila namanya dipanggil?
kenapa anak saya suka tengok TV dengan volume yang kuat?

Ibu-ibu bapa-bapa sekalian,
tahukah anda bahawa itu adalah antara isyarat bahawa anak anda MUNGKIN mengalami masalah pendengaran?
Tahukah anda bahawa percakapan dan komunikasi boleh berkembang dengan baik hanya jika mereka boleh mendengar dengan baik?
Tahukah anda bahawa penguasaan bahasa yang baik juga didorong oleh pendengaran yang baik?
Tahukah anda bahawa masalah pendengaran pada kanak-kanak, jika tidak dirawat boleh menjejaskan self-esteem mereka?

 Bila saya tanya semula kepada ibu bapa tersebut,
"Dah bawa anak pergi buat hearing assessment?"

Kebanyakannya menjawab,
"Buat apa nak buat hearing assessment? Saya dan isteri takde keturunan pekak."

Wah.
Betapa tiadanya awareness di kalangan segelintir parents kat malaysia ni kan.
Semua benda pun nak libatkan keturunan.
Jangan nanti anak dapat result teruk, pun pergi salahkan nenek moyang.
-_____-

Telinga sama la macam mata.
Tak semestinya rabun dan buta itu disebabkan keturunan.
Kan?
Accident, batang gear masuk dalam mata pun boleh buta.
Selalu layan porno dalam jamban, pun boleh rabun. -..-
Tak payah salahkan keturunan pun.

Macam saya cakap tadi, saya sendiri mengalami hearing impairment sejak kecil.
So i've been there.
It is not easy bagi seorang anak kecil yang ada hearing impairment,
jika masalah yang dihadapinya tidak diendah oleh masyarakat sekeliling,
terutama keluarga yang sentiasa bersikap in-denial dan lack of awareness.

To be honest, zaman sekolah rendah saya is not as good as others.
Saya pernah dikatakan sebagai budak kurang ajar, biadap, sombong, tak dengar kata, etc.
Sebabnya?

Saya selalu buat tak tahu bila orang panggil.
Saya hanya buat bodoh bila cikgu kat depan tengah tanya saya soalan.
Cikgu tanya lain, saya jawab lain.
Cikgu bagi arahan, saya buat bodoh.
Cikgu bagi homework, saya tak buat.
Di mata kasar masyarakat, of course itu kurang ajar.
Kan?

Tapi hakikat sebenarnya,
SAYA TAK DENGAR.
Paling pedih, bila hakikat itu saya seorang sahaja yang tahu.

Can you imagine?
A small girl, struggling to hear the world, while nobody is hearing her in return.

Itulah saya yang dulu.
Tapi sekarang alhamdulillah, saya "dah sama" macam orang lain.
Sebab saya ada ibu bapa yang prihatin, peka dengan perkembangan anak dan tak bersikap in-denial.
Saya sempat diselamatkan pada peringkat awal.
Walaupun pada masa tu, hearing awareness ni masih terlalu kurang.
Saya bertuah sebab didedahkan dengan pelbagai rawatan awal untuk pendengaran saya.
=)

Tapi of course lah kalau diteliti,
saya masih banyak kekurangan berbanding orang lain yang mempunyai pendengaran sempurna.
Penguasaan bahasa saya mungkin tak sehebat orang lain.
Kemahiran komunikasi saya mungkin jauh kebelakang berbanding umur saya.
Keyakinan diri saya mungkin tak sehebat orang lain.
Tapi disebabkan keluarga yang terlalu sayangkan saya
yang selalu dapatkan rawatan terbaik untuk stimulate pendengaran saya,
yang tak pernah jemu "menjadi telinga saya" dalam apa jua keadaan,
alhamdulillah saya mampu berdiri di mana saya berdiri sekarang.

Dan siapa sangka budak perempuan yang dituduh biadap dan kurang ajar masa sekolah rendah dulu,
boleh dapat Master of Science in Environmental Technology and Management pada usia 22 tahun.
:')


Dan umur 22 juga saya berkahwin, dapat anak, dan jadi surirumah.
Itu lah bahana dapat suami yang terlalu sayangkan isteri. Hahaha.
Ok itu takde kena mengena dengan tajuk hari ni. ;D

Tapi bila flashback balik perjalanan hidup saya, macam nak nangis pun ada.
Macam nak sujud syukur 40 hari 40 malam pun ada.
Benar sungguh, takkan ada satu pun yang allah jadikan itu--
 tak baik.
Takkan ada.
Semuanya PASTI BERHIKMAH.
=)

Sebab tu saya harapppp sangat dengan semua ibu bapa,
peka lah dengan setiap perkembangan anak-anak (termasuk pendengaran).
Kalau takde masalah, alhamdulillah.
Tapi kalau "macam ada", do what you should do.
Have your kids' hearing tested.

Maybe korang tertanya-tanya kenapa tetiba saya bangkitkan isu ni hari ni?
Simply because i feel like i have to. Sebab saya melaluinya.
Dan mengenangkan parents awareness terhadap pendengaran anak-anak masih kurang,
so i guess it's about time,
to spread the hearing awareness and the importance of having your hearing tested from time to time.
Sebagai seorang yang mengharungi hidup dalam keadaan kekurangan deria dengar,
saya rasa saya perlu berkongsi benda ni supaya ramai anak-anak yang MUNGKIN senasib dengan saya mendapat rawatan dan layanan yang sepatutnya.
Dan tak perlu melalui fasa "biadap kurang ajar" seperti saya.

Dan of course dalam isu macam ni, lupakan saje faktor keturunan.
Nowadays, macam-macam boleh jadi tanpa melibatkan keturunan pun.

Macam kes saya sendiri,
i have a hearing impairment disebabkan oleh kecederaan kecil yang pernah saya alami masa kecik dulu.
Yang kalau diingat balik macam,
"Alahhh cedera sikit je tu, takde apa lah, kejap lagi kang elok la."

Tapi tengok.
The impact can last a lifetime.
Kita ni kan typical parents, kalau anak injured sikit ke apa terus ignore je sambil cakap,
"Anak mama kuat! Strong boy!"

But in the end.....
-____-

Dan satu lagi yang saya hairan dengan mentaliti sesetengah orang.
Kalau suruh check mata, lajuuuu je pergi.
Kalau suruh check telinga, tak nak, malu.
Bila rabun, kena pakai spek mata, takde masalah. Siap beli spek yang paling stylo.
Tapi bila kurang dengar, taknak pakai hearing aids, malu.
Bila mata rabun, boleh bercerita dengan semua orang.
Tapi bila telinga kurang dengar, pendam sorang-sorang, malu.

Derrr....?

Kenapa perlu mentaliti macam ni.
Mata dan telinga. Dua-dua deria penting yang tuhan bagi.
Dua-dua berhak dapat jagaan yang sebaiknya.
Kan?

Tepi ye lah.
Mentaliti.
Yang memang kadang-kadang tak boleh nak ubah dah.
Itu yang sedih tu.
Saya dulu pun ada je orang-orang bongok yang sindir saya sebab pakai hearing aids.
Padahal si penyindir tu sendiri pakai spek mata tebal sebab rabun.
Takde pulak saya pergi sindir dia "Selalu tengok porno ke pakcik?".

-_______-

Tapi tu lah--
mentaliti.

So lantakkan semua itu.
Biarkan mentaliti mereka.
 Don't complicate things.
Accept our impairments and be happy.
Tak perlu malu dengan apa adanya pada diri kita.
Allah buat semua benda, dah memang sebaik-baik kejadian.
Yakin saje.
=)


Baru-baru ni,
saya dijemput oleh Dr Nur Shasa 'Ain,
CEO and Principle Audiologist Eartistic Hearing and Balance Centre untuk hadir ke majlis pelancaran audiology centre mereka di TTDI Plaza, Kuala Lumpur.
 Saya sangat sangat sangat teruja sebab dah lama kot saya nak "berkawan" dengan pakar audiologi untuk tahu lebih mendalam tentang pendengaran saya and to help spread the hearing awareness dalam masyarakat kita.
Dan alhamdulillah Allah bagi saya peluang.

 
 
Anddd....
this is our CEO Dr. Nur Shasa 'Ain.
Muda lagi dah CEO hamagaaa..

 Ya Allah pertama kali jumpa Dr. Shasa ni memang tak percaya.
Tak percaya orangnya muda, sempoi dan selamber badak je.
Borak pun macam dah lama kenal stok nak ajak lepak uptown malam-malam sambil shisha.
;D

I simply love her personality.
Sangat humble dan buat orang lain selesa dengan dia.

Such a good event management sebab ada kids corner yeayyy!
So the kids boleh mem-busy-kan diri buat colouring, etc.


The event was officiated by Dato' Seri Dr. Hilmi, timbalan menteri kesihatan malaysia.
Bak kata Dato' Seri, dalam Malaysia ni ada 200 pakar audiologist,
dan Dr. Shasa is one of them.
So proud of her!

Amazing and inspiring lady giving her inspiring speech.
*tepukan gemuruh*


Ok sebelum saya share kat mana Eartistic Hearing and Balance Centre ni,
dan macam mana korang nak buat hearing assessment dengan Dr Shasa,
dan apa perkhidmatan yang ditawarkan,
dan seawal umur berapa korang boleh bawak anak pergi buat hearing assessment,
saya nak share dulu some symptoms, causes, and effects of hearing impairments.

Young parents, please take note.

Simptom-simptom awal masalah pendengaran:

1) Delayed speech.
Kalau anak lambat bercakap, pergi la buat hearing assessment.
Mungkin ada sesuatu.
MUNGKIN.
Because speech starts with hearing.

2) Tidak boleh membezakan bunyi huruf konsonan.
Contohnya, orang sebut "susu", dia dengar "cucu".
Orang sebut "betul", dia dengar "ketul".
Orang sebut "tiga", dia dengar "tujuh".
Haa tu dah kronik la tu. ;D

3) Tak mampu membezakan suara-suara yang berlainan.
Semua suara dia dengar sama je.
Tak boleh beza mana satu suara bapa, mana satu suara atok, mana satu suara abang, mana satu suara zamani slam.
Amboi.

4) Tak mampu membezakan bunyi berdasarkan jarak dan tak tahu punca bunyi.
Katakan ada orang jerit "hoii", dia tak tahu nak pandang kiri ke kanan ke atas ke bawah.
Dia macam tak mampu kesan dari arah mana datangnya bunyi tu.
So itu salah satu tanda.
Maka bawa la pergi check.

5) Tak beri tumpuan bila orang bercakap dengannya.
Bila bercakap dengan dia, rasa macam tengah bercakap dengan peti ais.
Itu kemungkinan dia tak dengar atau tak perasan pun ada orang sedang bercakap dengannya.
Ampunkanlah dia. ;D

6) Suka tengok TV atau  dengar radio kuat-kuat.
Orang lain dah macam nak pekak dah, tapi dia boleh rilekkk je layan lagu sambil mata stim.

7) Selalu minta ulang percakapan bila berbual.
Contohnya,
"Tadi awak makan apa?"
"Haaa??"
"Tadi makan apa?"
"Haaa??"
"Makan apa?"
"Oooo.. tadi makan lamb chop je."
"Lamb chop masak ke beli?"
"Apa diaa??"
"Masak ke beli?"
"Haaa??"

-_______-

8) Orang suruh lain, dia buat lain.
 Contoh,
"Adik, tolong ambikkan jam tangan ayah kat tepi TV tu."
"Ok."

*Adik pergi on TV*
-_____-



So kalau ada nampak tanda-tanda macam saya senaraikan di atas,
cepat-cepat pergi buat hearing assessment.
Berikut adalah kesan jangka masa panjang, jika masalah pendengaran tak dapat rawatan lanjut:

1) Penguasaan bahasa yang lemah.
2) Kemahiran berkomunikasi yang lemah.
3) Kurang bersosial dan tidak mempunyai ramai kawan.
4) Kurang keyakinan diri dan lebih suka menyendiri.
5) Hanya bercakap dengan orang yang rapat dan faham tentang masalah pendengaran mereka 


Apa sebenarnya yang boleh menyebabkan hearing problem ni?
Dan how to prevent?

1) Terdedah dengan bunyi bising terlalu kerap atau lama. 
Tahukah korang kalau korang berdiri depan speaker dekat konsert tu,
pendengaran korang boleh rosak dalam masa 7 minit sahaja? Yes.
Kerana bunyi yang terlalu kuat boleh mengoyakkan rerambut dan saraf pada koklea yang fungsinya menghantar signal bunyi kepada otak.
So kalau koklea dah tak function, means tiada signal yang akan dihantar ke otak means kau akan jadi kurang dengar dan lama-kelamaan pekak. 
So yang suka pakai headphones sebesar helmet angkasawan tu, make sure the volume is not too loud. Ok?

Dan peringatan juga kepada abang-abang engineer aummm haha,
 atau apa sahaja pekerjaan yang sentiasa terdedah kepada bunyi bising,
always wear your earplugs. 
Walaupun rasa macam takde apa-apa.
Tapi sebenarnya it does affect your hearing slowly BUT SURELY.
Kang makin lama pendengaran makin kurang,
dah tak dapat nak dengar suara manja bini pada malam jumaat.
Kan dah rugi.
;D

2) Jarang servis telinga. 
Servis telinga yakni korek telinga heheh.
Terlalu banyak earwax (atau tahi telinga hish pengotornya bunyi haha) akan mengurangkan gelombang bunyi yang melalui corong telinga.
So bila gelombang bunyi tak sampai maka kita pun tak dengar.
Plus, earwax yang berlebihan juga boleh menyebabkan infection pada telinga seterusnya memberi kesan pada pendengaran.
So sebab tu kena regularly korek telinga,
sebab telinga kita ni sebenarnya akan sentiasaaaaa secrete earwax.

3) Korek telinga terlalu kerap. 
Haa kau. Confuse tak?
Tadi suruh korek telinga, sekarang tak bagi korek telinga terlalu kerap pulak.
Kemaslahatan apakah ini?
Ye, mengorek telinga terlalu dalam dan kerap (maklumlah sedap kan haha) akan menipiskan lapisan pada gegendang telinga, seterusnya merosakkan pendengaran seseorang.
So nak korek, biar beradab. Jangan layan sangat sedap tu.
;D

4) Medications.
Terlalu kerap ambil ubat macam antibiotik, ubat tahan sakit, panadol, aspirin etc,
akan affect your inner ear.
Jadi kalau boleh, jangan cepat sangat bergantung harap pada ubat-ubatan.
Amalkan healthy diet, makan banyak buah dan sayur sebagai natural healing bila sakit.
Amboi pandai aku cakap, sendiri pun payah nak buat kahkah.

5) Injuries.
Kecederaan pada kepala selalunya akan memberi kesan kepada hearing.
Sebab tu orang tua-tua selalu pesan bila ada baby atau anak kecil, jaga kepalanya.
Jangan terhentak, jangan jatuh kepala dulu, jangan hayun kepala, jangan ajar dia head-banging, etc.
Heheh.


Ok itu semua symptoms, causes and prevention methods untuk hearing impairments.
So kalau kita rasa macam ada something wrong dengan hearing kita,
kat mana the best place untuk dapatkan consultation dan buat hearing assessment?
Sini.

 The Malaysia's very first non-hospital full-fledge audiology centre,
Eartistic Hearing and Balance Centre


Ini details nya:

Eartistic Hearing and Balance Centre,
Lot B-1-1, TTDI Plaza, Jalan Wan Kadir 3,
Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur.
 Website: http://www.eartistic.co
Tel: +603 - 7733 8575
Email: drshasa@eartistic.co

Kenapa saya kata this is the BEST place?
Sebab complete,
diorang boleh buat hearing assessment untuk semua peringkat umur TERMASUK BAYI.

Yes, hearing assessment for babies pun ada ye.
Newborn baby pun boleh!
Datang je dengan tali-tali pusat sekali. ;D

Babies akan guna Otoacoustic Emissions Test dan Auditory Brainstem Response.
Apa benda tu? Silakan google. Haha.
But it's basically hearing test methods for babies la.
Baby kan tak boleh bagitahu lagi diorang boleh dengar ke tidak kan.
Sebab tu diorang kena ada teknologi tersendiri for babies.
Kang kalau tetiba baby tu boleh cakap "Saya dengar bunyi tersebut!"
Tak ke biru satu badan mak dia.
 ;D


Selain hearing impairment,
diorang ada therapy untuk masalah balance jugak, macam tinnitus dan dizziness.
Perfect! Lepas ni boleh bawak laki aku yang selalu mengadu sakit kepala itu.

Macam mana nak tahu sama ada korang menghidap tinnitus/dizziness?
1) Selalu dengar bunyi "ringing" dalam telinga.
2) Pening-pening.
3) Susah nak tidur malam.

Biasanya tanda-tanda macam ni must be something to do with your inner ears.
Sebab inner ear kita ni ada body balance system.
So kalau korang rasa korang ada tinnitus atau dizsiness, go see Dr Shasa untuk terapi ok!

:)


Amacam? Best kan?
Kejap, ada benda yang lebih best daripada tu.

Sebagai bestfriend tersohor Dr Shasa (lantik sendiri haha),
Dr. Shasa akan bagi FREE hearing assesment dan FREE audiological consultation,
for EVERY AGE!
FROM BABIES TO ADULTS.
Semua FREE OF CHARGE!!!

Freee!!!
Freee!!!
Freee!!!
Frrrr..
*gema dah habis*

Selain semua assessment dan consultation free,
korang jugak boleh dapatkan hearing aids dengan harga promosi!


Haa i guess this is the perfect time to buy new hearing aids or to replace the old hearing aids yang korang beli pada zaman perang dunia kedua dulu. Haha.
Kamon la hearing aids sekarang dah ada bluetooth, boleh main mp3 apa semua ok. *libas shawl*

Tapi malangnya.
Semua promosi ini hanya valid untuk pembaca blog ini SAHAJA.
Eh eh malangnya sesiapa yang tak baca blog ni. ;D

So bawa la orang-orang tersayang (termasuk diri anda sendiri) ke  
Eartistic Hearing And Balance Centre ni dan mention, 
"Saya pembaca blog Adlil Rajiah!" 

nescaya korang akan dapat semua assessment dan consultation FREE OF CHARGE seperti yang diberitahu kat atas tadi.
Ini serius tak tipu.
Dr. Shasa sendiri yang suruh. :D
Dan offer ni hanya valid until JUNE 2015 SAHAJA.
Okay? So cepat.
Guna kata kunci "saya pembaca blog adlil rajiah" itu selagi boleh!

So kalau korang nak bawa nenek ke pergi buat asessment,
ajar nenek supaya pura-pura jadi pembaca blog Jiji supaya dia takpayah bayar apa-apa supaya nenek boleh save duit bayar astro untuk tengok gegar vaganza.
;D


Anyyyyyy inquiries, boleh tengok website Eartistic:
 atau call je: +603 - 7733 8575 
atau email kalau segan sebab loghat kelantan pekat: drshasa@eartistic.co
atau nak stalk diorang: #eartistichearingandbalancecentre or #utantic

 Kat mana?

Eartistic Hearing and Balance Centre,
Lot B-1-1, TTDI Plaza, Jalan Wan Kadir 3,
Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur.

Operation hour:
Isnin - Jumaat: 10am-6pm
Sabtu & Ahad: By appoinments.

Haa see! Nak datang weekend pun boleh.
Call je untuk set appoinment. Senang.

Bawalah orang-orang tersayang untuk check hearing mereka.
Pergi check saje-saje pun takpe.
Macam kita pergi check power mata kat kedai spek dalam shopping kompleks tu.
Rilek je kan.
Takde rasa awkward pun kan?
So it should be the same way.
Tak perlu malu untuk pergi check hearing.
And if ada problem, accept and be happy.
Setiap apa pun dalam dunia ni, berhikmah.

Sama macam mata, power boleh naik boleh turun.
So telinga pun begitu. Kejap boleh dengar, kejap mungkin kurang dengar.
Itu biasa.
So you got to check it regularly.
Takde dosa dan takde siapa marah pun. =)

 

Thank you, Eartistic.
And thank you Dr Sha sebab thought of me. =)

Dada terasa lapang bila menyedari kekurangan pada diri kita itu sebenarnya yang mengangkat kita dan jadi penyebab untuk kita lebih ke hadapan.
Kan?

Benarlah.
Setiap apa yang Allah beri itu,
walaupun buruk dan cacat di mata manusia,
namun itu lah yang terbaik.

Alhamdulillah.

To Dr. Shasa,
congratulations and all the best!
Kita mungkin tak pernah kenal sebelum ni.
But now i just want u to know how much u have inspire me and motivate me with your stories and success.
U are my idol now.
I will be your permanent stalker from now on.
Heheh.

Sebelum saya tutup cerita, saya nak share satu personal tips.
Whenever you feel hard to hear,
baca lah Ya Sami' Ya Sami' Ya Sami' (Yang Maha Mendengar) berulang-ulang kali.
Allah ada dan Allah dengar.

Dalam apa jua keadaan, i always believe in asma ulhusna.
Tak pernah sekali pun bila saya baca, Allah tak tolong.
DIA PASTI TOLONG.

Bukan nak poyo,
tapi itu lah kekuatan saya selama 27 tahun lebih saya hidup dengan hearing impairment. 
=)


Akhir kata,
sayangi pendengaran kita,
kerana tak semua orang dikurniakan nikmat tersebut.
Dan kalau ada celanya di mana-mana,
yakinlah itu sebenarnya hadiah dari Allah.

Fadhli & Hafzan's Surprise Baby Shower

Kalau ikutkan memang taknak update pasal ni kat sini.
Sebab dah kata SURPRISE kan.
Tak syok la nanti si mangsa baca, terus kantoi segala perancangan aku untuk suprise kan dia tempoh hari.
Kebangangan apakah kau cerita balik setiap detik preparation apa semua kan.
-_____-

Tapi sebab ada beberapa tetamu jemputan yang tak dapat hadir pada hari kejadian, request aku share kat sini supaya diorang pun dapat tengok macam mana majlis tu berjalan etc.
Plus, yang menjayakan suprise ni not me alone, tapi ramai yang terlibat.
So aku rasa kena feature jugak cerita ni dalam blog sebagai penghargaan untuk setiap seorang yang terlibat.
#muahciked



Sebenarnya plan nak buat surprise baby shower untuk Fadhli (Pali) & Hafzan (Ateh) ni dah lama.
Since bulan doblas tahun lepas lagi dah plan kahkah.
Aku kalau bab plan surprise ni memang lama. Kena peratiiii dulu mangsa tu kan. ;D

Pastu plan asal sebenarnya nak buat double baby shower, sekali dengan bini Along.
Tapi sebab tetiba dia dah terberanak dulu.
So.. tak dapek den nak nolong.
Maafkan saya dan sila reproduce lagi. Hehehe.

Jadi pikior punya pikior, kita buat Februari je la sebab Ateh ni pun February baby.
So dah alang-alang, baby shower merangkap birthday dia la.
Double selebresyon gitcu.

Tak susah pun sebenarnya nak plan suprise untuk Ateh ni.
Satu, sebab dia tak serumah dengan aku. Ye la susah kot nak suprisekan orang duk serumah.
Senang kantoi. Nak tulis greeting card pun kena buat dalam bilik air. -..-
Dua, sebab dia keluarga mertua. Biasa kalau buat untuk keluarga sendiri, diorang macam dah boleh expect.
Sebab aku ni memang jenis yang suka buat surprise. Diorang dah masak sangat dah haha. Tapi kalau family mertua, belum kenal budi pekerti lagi maka yes senang nak surprise sampai menangis padan muka muahaha.
Dan ini sebenarnya first time aku plan surprise yang melibatkan keluarga mertua. Memula rasa segan-segan tenuk jugak.
Tapi bila semua bagi kerjasama, alhamdulillah. 
Tiga, laki ateh (Pali) sangat ohsem. Senang nak kawteam. Sebab dia rilek, pandai buat muka seposen dan banyak duit.
;D



Decorations apa semua buat sendiri je.
Google je "free baby shower printables" atau " free birthday printables".
Bersepah.
Cakap je nak tema apa.
Tema misai? Tema superheroes? Tema pwincess esah? Tema barisan nasional?
Semua ada.
Banners, cake toppers, invitation card, photobooth props, pembalut air mineral, semua ada.
Print je atas kertas keras atau sticker paper, gunting, tampal-tampal, dah settle.

Tapi kena gigih sikit la.
Sebab yang kena menggunting dan menampal tu tangan kau la kan.
Takkan guna apps pulak. -___-


Ini sesi buat perangai sambil tunggu mangsa sampai.
Everything dah standby, tinggal nak cakap "surpriseee!" je lagi.
So marilah kita buat perangai dulu sebelum mangsa conquer keadaan. ;D

Kitorang semua pakai baju #HaikalOPG sebab pagi tu ada playgroup dulu.
Habis je playgroup, terus masing-masing kena kerah untuk baby shower Ateh pulak.
So dengan ketiak berlecak aroma terapi itu lah kitorang suprise Ateh.
Pasti Ateh terkenang-kenang keharuman ketiak kami sepanjang majlis itu berlangsung. ;D


 
Kebosanan menunggu mangsa, maka inilah hasilnya.
Misai sudah menjadi kening.
;D



Terima kasih keluarga mertua dan kawan Ateh, Cik Pah yang sudi datang on-time.
Masing-masing excited nak surprisekan Ateh.
Tapi malangnya, sejam jugak la kitorang melangut kelaparan sebab si mangsa lambat sampai kahkah.
Ateh, kot ye pun tak jumpa spenda, takkan sampai sejam mencari.
Kamon la. Nak jadi mak dah kot.
;D


 "Hello Makteh. Haikal ada spenda lebih kalau nak pinjam. 
Nanti pulangkan balik lepas 7 kali basuhan termasuk air tanah k."
;D


Ini bila laki aku suruh pura-pura jadi Ateh sebab nak setting camera kat pintu masuk.
Muka pura-pura terkejut tu paling rasa nak bagi kaki kan?
Hahaha. 


Lepas sejam kitorang melangut, mangsa sebenar pun tiba.
Surpriseeeee!!!

 

:')

Masa ni aku dapat mengesan beberapa titisan air mata kat mata Ateh.
Mungkin ada beberapa titisan lagi dia sempat sedut balik ke dalam mata. Kahkah.

The ultimate reason why aku suka surprisekan orang,
ialah kerana ada sejenis perasaan yang timbul bila kita dapat buat orang lain happy sampai keluar air mata.
Puas.

Happiness yang paling pure adalah happiness yang kita langsung tak expect sampai mengalirkan air mata.
Kan?

So untuk Ateh, mission accomplished!
:)



Ni Ateh tengah membebel kat laki dia sebab buat muka seposen sepanjang masa sampai dia tak dapat hidu plan kitorang walau sekelumit pun.
Good job, Pali.
Muka seposen anda paling saya hargai. ;D


 
 


Lepas Ateh dah boleh bernafas sikit, heart rate pun dah tak laju macam tadi heheh,
kitorang pun start majlis dengan bacaan doa.


As usual, doa dibacakan oleh adikku, Adan.
Sebab suara dia macam Rahmat Mega sikit. :D

Teks doa, aku ambil dari website Kementerian Hal Ehwal Ugama Brunei Darussalam. (KLIK SINI)
Doa dia memang sesuai untuk event birthday atau apa-apa majlis untuk meraikan seseorang.
Walaupun panjang berjela, tapi memang terbaik doa dia. Maksud pun padu.

Sesiapa ada kawan yang birthday esok, tepat jam 12 malam ni,
pergi rumah dia pakai telekung, panjat tingkap bilik dia,
baca doa ni pelan-pelan sambil letak torchlight kat bawah dagu.
Sambil sorang lagi buat suara latar,
"Cu.. buka la tingkap ni cu.. Nenek tahu cu tak tidur lagi.."

;D


Lepas dah baca doa, dah nyanyi-nyanyi, 
apa lagi?
Makan la.
 
Tengok yang tudung biru tu.
Ekspresi muka paling priceless. 
Betul-betul muka kelaparan yang kalau tak dapat sebutir nasi memang boleh mati dalam kiraan 0.05 nano saat.
Hahaha.


"Apa tengok-tengok? Nak kena makan jugak ke?"
;D


Ini ibu mertuaku.
Mak comel gila masa aku memula nak bagitahu pasal baby shower ateh ni.

"Mak, sabtu ni kitorang nak buat surprise baby shower untuk ateh."
"Eh ateh lambat lagi beranak la, yang."
"Err.. baby shower memang orang buat sebelum beranak, mak."
"Nak shower apa kalau belum beranak?"
"Err..."
*buntu nak jawab camane hahaha*

"Ye lah. Nanti mak bagitahu ateh ye. Takut dia tak free pulak sabtu ni."
"Ehhh tak tak. Ini surprise. Ateh tak boleh tahu."
"Abih kalau dia tak tahu, camane dia nak datang?"
"Err.. Pali tahu."
"Oo ok. Nanti mak datang dengan Angah."

Fuh.
Berjaya bersubahat dengan mak mertua walaupun berpeluh-peluh nak jawab soalan.
;D


 
Ini Angah.
Thank you angah sebab sudi kawteam jugak.
Heheh.


Ini Cik Pah.
Satu-satunya kawan ateh yang dapat attend. -..-
Sebab last minute sangat aku menggelabah dapatkan contacts kengkawan ateh, 
so ramai yang dah ada komitmen lain.
Tapi semua pun terkilan sebab tak dapat attend. Huhu.
Takpe takpe lepas ni kita suruh Ateh pregnant lagi. Apa susah.
;D


Teacher Namie ni kalau korang nak tahu,
dia takde la waras sangat sebenarnya.
Kengkadang wayar putus jugak.
Hahahah.


Paliiiii!!!
Thank youuuuu kerana mengheret bini anda dengan jayanya. ;D

Masa aku deal dengan Pali pasal baby shower ni, Pali tengah outstation kat Bintulu.
So senang la sebab bini dia takde di celah ketiaknya sewaktu sedang berbalas mesej dengan aku miahaha. 
Lancarrrr saje perbincangan kami.

At first, kitorang plan nak tong-tong bayar untuk event ni.
Tapi last-last Pali nak bayar semua.
Amboi berlagak kau kan.
Mentang-mentang balik kerja naik aeroplane. Hahahah.

So alhamdulliah. 
Pali memudahkan urusan kitorang yeayyy!


Ini Nodie.
Perempuan yang tak pernah tak busy.
Ada je kerja dia.
Pagi join playgroup, tengahari baby shower ateh, petang pergi launching Hospital Beyond Boundaries,
malam event apa tah aku tak ingat.
Kau ni nak jadi YB ke apa, Nodie?  
Cakap terus terang je la. Kitorang boleh calonkan.
Tapi undi tak janji la.
;D



Untuk Pali dan Ateh,
all the best in your future undertakings and welcome to parenthood very soon!
Ateh kena garang sikit please. Awak tu dah la sama tinggi dengan anak nanti. Hahahah.

Stay cute, loving and happy as ever ok!
I know you will be the best and awesome parents for your son, Kamarudin (bukan nama sebenar bahah).
And I pray hard for your safe and easy peasy delivery. InsyaAllah.
Jangan nervous-nervous sangat. 
Beranak memang sakit dan kesakitan itu pasti akan tiba.
MUAHAHAHA. *gelak jahat*

Tapi believe me, the pain will fade away as soon as you hear the baby cries for the first time.
Hadiah dari syurga kan.
Sepenuh hati terjatuh cinta sampai sakit pun hilang, insyaAllah.
:)

Selamat menjadi ibu dan bapa for both of you
 and Happy Belated Birthday for Ateh.
I love you both to the moon and halfway back.
;D


Last but not least, I wanna thank everyone yang mengkecimpungkan diri dalam pembikinan surprise baby shower and birthday Ateh ini.
Terima kasihhhh banyak-banyak kepada:

Mama & Daddy, sebab terus setuju tanpa banyak soal bila saya cakap nak buat baby shower kat rumah mereka.
Suami saya, sebab tak pernah tak sokong benda-benda remeh yang bini dia buat. Suruh punggah meja dari flat seksyen 7 bawak ke seksyen 13 pun dia sanggup. :')
Along & Kaklong, sebab sudi datang memeriahkan majlis walaupun Kaklong masih dalam pantang. Macam yang saya pernah cakap sebelum ni, apa-apa event pun akan rasa awkward kalau takde Along sekeluarga.
Rizwan, sebab memula dia yang offer diri nak masak lunch buffet untuk event ni. Tapi last minute cancel sebab dia kena attend kursus. It's ok, dik. I still appreciate your willingness to cook for us.
Tapi terkilan jugak la tak dapat makan masakan kau. Cis! Haha.
Raidah, sebab paling gagah tolong itu ini. Sanggup tidur pukul 3-4 pagi tolong saya buat deco, vacuum rumah, set up barang apa semua. Esoknya pulak masa semua orang sibuk playgroup,
dia sengsorang pergi ambik belon, ambik kek, apa semua. Aahhh love you, sister!
Adan & Jahan, sebab banyak tolong jugak. Jahan siap fly dari asrama sebab nak join kitorang kahkah.
Semua crew #HaikalOPG, sebab sanggup bekerjasama dalam apa keadaan sekalipun,
termasuk dalam keadaan ketiak berlemuih. ;D
 Family mertua dan kawan-kawan ateh yang datang ataupun tidak, terima kasih sudi bagi kerjasama.


 Itu saje.
Aku harap event macam ni dapat mengeratkan lagi ukhuwah antara kita,
terutama antara family aku dan family mertua.
InsyaAllah.
=)





***************************************************************************************************************
Sebelum korang banyak tanya,
baik aku jawab siap-siap.

Kek yang simple tapi sedap nak mamp ini dari mana lagi kalau bukan dari Choc Hut.
Semua event pun mostly aku akan order cake Choc Hut.
Sampai ada orang cakap, 
"Jiji, nanti nak buat event lagi jemput aku tau. Sebab nak makan kek Choc Hut."
;D

Whatsapp: 017-9743857 (Puan Sarah)


Lain-lain:
Catering Lunch Buffet dari Facebook: Aisq Catering
Crown and sash "mom-to-be" dari Instagram: @yourlovebirds
Foil Balloons dan Cupcake Stand dari Facebook: Paper Lantern N' Boxes
Decorations (banner, cake toppers, topper misai, photobooth props) semua print sendiri. Free printables download dari internet.


Sekian terima kasih.