8 Kelebihan Homeschool, Yang Tidak Boleh Didapati Di Tadika Atau Sekolah

Hello, everyone!
Assalamualaikum dan selamat hari raya!
Maaflah sibuk sangat tolong orang kampung sembelih lembu, sampai hari raya keenam baru sempat nak wish.
*acah-acah berjiwa rakyat seperti rosmah*
;D

Hari ni saya nak share sesuatu tentang HOME SCHOOL.
Atau bila di-direct-translation-kan, ia bermaksud SEKOLAH RUMAH.
Kalau guna kamus tinggi sikit, ia bermaksud BERSEKOLAH DI RUMAH.
Haa.


Bila sebut tentang homeschool,
rata-rata parents di Malaysia agak unfamiliar dan skeptikal dengan budaya ini sebab ia bukan sesuatu yang common di negara kita.

Cuba korang testing berbual dengan jiran sebelah,
"Kiah, aku plan nak homeschool anak aku lah. Jimat tak payah beli baju sekolah." 

Mesti Kiah dengan pantas menjawab,
"Euwwhh.. Mesti anak kau nanti anti-sosial berfikir sempit terbantut ibarat katak di bawah tempurung sebab tak tengok dunia luar. Hari-hari mengadap muka kau, pasu bunga kau, dan peti sejuk kau. Euwwhh seramnya."

Terus korang terasa hati lalu rejam kiah sampai mati.
;D

Ok gurau.
But the reality is there.
Mentaliti masyarakat Malaysia masih belum terbuka dan belum faham apa itu homeschool sebenarnya.
Budaya asing, memang kita ragu-ragu.
Tapi jika kita kaji lebih dalam, ia sebenarnya mendatangkan banyak kelebihan untuk perkembangan minda anak-anak.
So apa salahnya?

Dan sebenarnya SUDAH ADA ibu bapa di negara kita ni yang mula memilih homeschool sebagai platform utama pembelajaran anak-anak mereka.
Tapi adakah budaya homeschool ni "legal" dan diikhtiraf oleh Kementerian Pendidikan?

Tentang persoalan ke-legal-an dan pengikhtirafan itu, nanti kita dengar penjelasan daripada childhood expert kesayangan semua, Dr Putri Afzan Maria dalam Seminar Homeschool beliau pada Ahad ni (details di hujung entry).

Apa yang lebih menarik, saya dapat tahu, lebih daripada 100,000 murid telah "hilang" dari sistem pendidikan persekolahan biasa.
How is that possibru?!

Mungkin ibu bapa dah mula ada awareness dan knowledge tentang method pendidikan yang lebih berkesan berbanding sistem persekolahan conventional?
Atau mungkin ada lacking somewhere dalam sistem pendidikan sekolah yang perlu dibuat pembaharuan dan ditambah baik?
MUNGKIN.

Apa yang saya perhatikan, KEBANYAKAN sistem persekolahan di malaysia ni mempunyai target yang terlalu tinggi dalam bidang akademik, namun tidak tertumpu kepada kebolehan dan potensi pelajar-pelajar secara individual.
Setuju?

Lepas tu wujud pulak pelbagai label, seperti LINUS dan sebagainya.
Ia seolah-olah menyekat dan mengehadkan potensi pelajar tersebut,
serta memaksa pelajar itu menguasai sesuatu yang BUKAN potensi dirinya.
Kalau saya berada di tempat pelajar tersebut, perghh mental torture wei!
Rela kahwin awal sebelum habis sekolah. ;D

Bukankah kita sepatutnya menyediakan sebuah sistem yang beri lebih banyak pendedahan, peluang, dan pilihan kepada anak-anak, supaya setiap satu daripada mereka dapat menonjolkan kekuatan masing-masing?

Mungkin sebab tu lah kot ramai ibu bapa dah mula mengubah haluan budaya pendidikan anak masing-masing.
Bukan di sekolah lagi, tapi di tempat lain. Dan mungkin juga di rumah.
Sebab mereka taknak kebolehan luar biasa yang ada pada setiap anak-anak mereka mati terkubur kerana TERPAKSA mengejar gred A dalam bidang yang bukan "intelligence" mereka.
KOT, kan?

Ini adalah sesuatu yang kita patut renungkan bersama.
Dan membuat perubahan bersama.
Jangan tuding sesiapa. Kita sama-sama baiki.
Kita sama-sama bergabung.
Malaysia can have a wayyy better education system,
kalau kita semua buka mata dan mahukan masa depan yang terbaik untuk negara.
 
Ada beberapa WORKING PARENTS yang saya kenal, mereka hantar anak-anak ke sekolah (sementara mereka bekerja) cuma untuk bagi anak-anak peluang bersosial dan berinteraksi sesama peers.
Dan mereka tak tekankan sangat pelajaran anak-anak di sekolah.
Kenapa?
Sebab lepas balik dari kerja, WORKING PARENTS ni tadi yang akan homeschool sendiri anak-anak mereka!
Dan menurut apa yang diceritakan, mereka sangat enjoy dengan cara itu.
Dan anak-anak mereka masih menunjukkan improvement dari segi akademik walaupun tak melalui sistem pembelajaran yang formal!

Masa mula-mula dengar tu, saya skeptikal.
Biar betik lah semua ni??
Apa yang bagus sangat dengan homeschooling?
Dan apa kelebihannya berbanding hantar anak ke tadika atau sekolah?
Apa salahnya bagi cikgu je yang ajar budak-budak tu?
Apa paranoid sangat, please lah!
;D

Tapi lepas saya buat sedikit bacaan, dan berbual dengan beberapa ECE practitioners,
rupanya homeschooling dapat beri terlalu banyak kelebihan kepada anak-anak.
Tiba-tiba saya pun rasa nak homeschool Haikal,
walaupun saya dah mula hantar Haikal ke chinese playschool untuk beri dia peluang bergaul dengan multi-racial kids yang sebaya dan bantu dia bina interpersonal intelligence yang baik.
:)

Ok berikut ialah 8 kelebihan yang anak-anak dapat melalui homeschool, tapi tidak di tadika/sekolah:


1) Educational, physical and emotional freedom

Menurut kajian, hampir kesemua ibu bapa dan anak-anak yang mengamalkan homeschool,
sebulat suara bersetuju bahawa hanya dengan kaedah ini mereka mendapat kebebasan yang sebenar-benar kebebasan.
Tak perlu terikat dengan sebarang jadual waktu, cuti persekolahan, lesson plan yang membebankan, dan sebagainya.
Mereka bebas memilih bila nak belajar, bila nak rehat, bila nak pergi bercuti,
dan 100% bergantung kepada pilihan dan keadaan optimum emosi dan fizikal mereka.

Macam yang kita tahu, our physical and emotional state takkan sama setiap hari.
Sebab kita kan manusia, bukan robot. -..-
Ada hari-hari yang kita lebih cergas pada waktu pagi,
dan ada hari-hari lain pula kita lebih produktif pada waktu petang, malam, dan sebagainya.
So homeschool membenarkan ibu bapa dan anak-anak pilih untuk belajar pada waktu-waktu yang mereka rasakan paling seronok dan berkesan untuk belajar.

Best kan?

Anak-anak homeschool juga bebas memilih nak belajar apa, bila nak belajar sesuatu subjek dan berapa lama nak belajar subjek tersebut.
They can choose to learn the subject they like dengan lebih intense dan lebih lama,
berbanding subjek-subjek lain.
So bila anak-anak belajar mengikut minat dan kemahuan mereka sendiri, potensi dan kekuatan mereka akan lebih diberi penekanan, maka secara tak langsung kecemerlangan akan datang dengan sendiri tanpa perlu dipaksa-paksa untuk ikut kecemerlangan orang lain.

Contohnya, anak yang verbal-linguistic smart, akan diberi kebebasan untuk belajar bidang bahasa, sastera, komunikasi dengan lebih mendalam berbanding subjek-subjek lain.
Matematik, sejarah, geografi, etc cuma belajar yang basic sahaja.
Umangai syorgaaa sangat.
:D



2) Smaller group or one to one approach

Sebab homeschool dibuat di rumah, obviously lah kuantiti pelajar juga takkan ramai.
So bila tak ramai, maka senang nak approach one to one, memenuhi every child's needs dan tackle multiple intelligence anak-anak secara individual.

Contohnya, pelajar A lebih pandai menulis dan kurang mahir bercakap,
pelajar B pula lebih pandai bercakap dan kurang mahir menulis.
So A dan B perlukan two different learning styles dan patut diberi kebebasan dari segi cara meluahkan buah fikiran masing-masing supaya potensi kedua-dua mereka dapat digunakan secara optimum.

Camane boleh nampak double chin pulak ni. Ciss.  -____-



3) Anak-anak belajar untuk ILMU, bukan untuk kejar Gred A

Ini sangat bagus.
Disebabkan anak-anak bebas pilih apa yang mereka minat untuk belajar dengan lebih dalam,
mengikut kekuatan dan potensi diri mereka sendiri,
automatically they tend to belajar sebab INGIN TAHU tentang sesuatu ilmu,
dan bukan sebab nak dapat A semata-mata.

Pernah tak kita masa sekolah dulu, PMR dapat straight As, SPM dapat straight As,
tapi bila kita cuba recall balik ilmu-ilmu yang kita score dulu,
satu hapak pun kita tak ingat.

Kenapa?

Sebab kita belajar hanya untuk dapatkan A sahaja.
Banyak hafal buku teks je. Banyak hafal handouts semata-mata.
Habis duit mak bapak buat fotostat handouts. -___-

Pastu dapat pulak cikgu yang jenis bagi soalan bocor, siap bagitahu topik apa, muka surat berapa.
So kita pun hafal je la sejibik sejibon.
Esok-esok keluar result, cemerlang with FLYING COLOURS.
Tapi jadah hape yang dicemerlangkan tu, kita pun tak tahu.

Ruginya kita.
Rugi masa, rugi tenaga, rugi umur, rugi duit fotostat, rugi minyak van sekolah.
Hmm.

Hari ni, baru kita buka mata.
Kita taknak dah learning style macam tu untuk waris-waris kita.
Kita nak hasilkan anak-anak yang berkualiti di atas potensi diri mereka sendiri.
Kan?




4) Kids tend to think more independently

Berdasarkan kajian, anak-anak homeschool lebih cenderung untuk berfikir secara individu berbanding terikut-ikut dengan fikiran orang lain.

Contohnya, bila berada dalam group, mereka adalah orang yang menyumbang idea,
bukan sekadar mendengar dan ambik idea orang lain.
Mereka dikatakan tidak mudah menerima pendapat orang lain, selagi belum menyuarakan pendapat sendiri.
Pendek cerita, anak-anak ini lebih matang bila berfikir, bersikap terbuka, dan mengambil kira pendapat semua orang sebelum membuat keputusan secara adil.

Beginilah ciri-ciri perdana menteri yang kita mahukan.
Eh tiba-tiba.
;D


 
5) Tidak membosankan dan tiada tekanan

Since homeschooling adalah bergantung kepada kekuatan, potensi dan minat anak-anak,
of course diorang akan lebih seronok untuk belajar dan lebih mudah untuk mengekalkan momentum serta effort untuk mendalami sesuatu ilmu.

In fact, anak-anak ini tak perlu buang masa mempelajari sesuatu yang mereka dah pandai,
dan tak rasa bosan untuk belajar sesuatu yang mereka kurang minat.

Kalau kat sekolah, anak-anak perlu ikut keperluan pelajar majoriti dan terikat dengan subjek-subjek tertentu.
So kalau minat, minatlah. Kalau tak minat, mereka akan bosan.
Kalau jenis cepat pick up, dapat pick up lah. Kalau yang lambat pick up, bye bye.
Tahun depan pindah kelas hujung.
-______-




6) Safe learning environment

Homeschool dikatakan selamat dan anak-anak kurang terdedah dengan budaya buli, jenayah juvana, atau negatif peer pressure seperti diejek atau dilabel kerana kekurangan fizikal dan sebagainya.
Banyak kajian menunjukkan, self-esteem anak-anak mula drop mendadak bila masuk alam persekolahan kerana wujudnya perbandingan, label negatif dan ejekan sesama mereka.

Atau lebih teruk lagi, anak-anak mungkin terdedah dengan bad behaviours dari guru-guru di sekolah.
Bukan nak menghentam para pendidik, tetapi ini berlaku.
Because we are all human with flaws kan?
Walaupun profile picture kat FB sangat flawless, tak bermakna kita dah sempurna.
Muka flawless, dagu dua pun tak guna. -..-

Tapi!!
Persekitaran di rumah sendiri pun kena kawal.
Banyak jugak sumber negatif yang boleh didapati di rumah.
Selain pe'el buruk ibu bapa itu sendiri, penggunaan internet, tv, phone dan sebagainya juga perlu dipantau.
Kadang-kadang benda-benda macam ni lebih banyak access kepada perkara-perkara negatif.
Na'uzubillah!

Tapi ada kajian menunjukkan, anak-anak homeschool biasanya lebih bijak dalam memilih kawan.
Mereka lebih cenderung dengan orang-orang yang positif berbanding orang-orang negatif.
Ini kerana foundation yang baik diimplementasikan ketika homeschool,
membentuk personaliti positif mereka.

Bab memilih kawan ni bukan perkara main-main.
Macam sabda Rasulullah dalam sebuah hadis,
"Dengan siapa kita berkawan akan menentukan siapa diri kita."
Kalau kawan kita penjual minyak wangi, kita pun akan wangi sekali.

Tapi jangan pula kau pergi kedai perfume dia hari-hari sebab nak perabih perfume tester tu.
Sebotol tester tu habis kat kau sorang je. Memang boleh bawa gaduh aa gitu, bro.
Silap hari bulan, kawan kau pergi letak asid dalam botol perfume tu.
Haa menggelepur lah dirimu wahai sahabat.
;D


7) Parent-Child relationship lebih kuat

Homeschool yang betul akan membenarkan komunikasi yang baik antara parents dengan anak-anak,
dalam keadaan yang menyeronokkan, intimate serta penuh kasih sayang.

Of course hubungan kekeluargaan akan lebih erat dengan wujudnya budaya sebegini.
Ibu bapa dapat mengenali anak-anak dengan lebih baik,
lebih banyak masa bersama keluarga,
boleh spend family vacation pada bila-bila masa tanpa perlu tunggu musim cuti sekolah yang harga tiket kapal terbang harga hotel semua naik 8 kali ganda pfft!

Maka dengan homeschool, jadilah keluarga kita sebuah keluarga yang sakinah mawaddah warahmah wabarakah.
MashaAllah ustazah rajiah. Bila sampai?
;D

Allah pun dah janji, bila kita berkasih sayang sesama manusia,
Allah pun akan bertambah-tambah kasih dan sayang kepada kita.
InsyaAllah.

Kasih sayang Allah dan manusia ni adalah ibarat penggerak dalam hidup kita.
Kerana wujudnya kasih sayang, hidup kita lebih bermakna dan lebih maju. Kan?
Sekian semanis kurma.
Maniskan iman, maniskan senyuman.
;D




8) Pembelajaran agama lebih mudah dipraktikkan secara menyeluruh dan berterusan

Ini paling best.
Ibu bapa yang homeschool anak-anak lebih berpeluang dan lebih banyak masa untuk mengamalkan agama dan menanamkan kepercayaan masing-masing dalam kehidupan harian anak-anak mereka.
Mereka boleh sama-sama amalkan dan belajar agama, SETIAP HARI SETIAP MASA.
Ini penting untuk menanam foundation agama yang kuat dalam diri anak-anak supaya tidak mudah tepengaruh dan mampu berfikir dengan matang bila berhadapan dengan fahaman agama-agama lain kelak.




Ok habis 8 kelebihan yang boleh diperoleh daripada budaya homeschooling.
Menarik dan tertarik, kan?
Tapi saya pasti ada banyak persoalan yang timbul dalam kepala korang sekarang.

Macam mana nak mula homeschool? Umur berapa kena start?
Jadual homeschool macam mana? Main bantai je ke atau boleh download dari google?
Ada modul atau syllabus tertentu yang perlu diikuti ke?
Ibu bapa bekerja macam mana nak homeschool? Balik rumah dah penat kot!
Adakah anak akan jadi manja dan anti-sosial bila homeschool?
Persekitaran rumah yang macam mana sesuai untuk homeschool? 
 Anak tak bosan ke hadap muka mak ayah je hari-hari?
Macam mana kalau ada subjek yang saya tak boleh ajar? Saya dulu pun sekolah selalu failed. :D 
Layak ke anak saya nak ambik peperiksaan-peperiksaan penting kalau dia tak bersekolah?
Macam mana dia nak apply universiti atau nak apply kerja nanti?
 Eh bercelaru la saya memikirkannya!

Amboi amboi sikit-sikit nak bercelaru. ;D
Nah saya ada berita baik untuk merawat kecelaruan anda itu.
Kesemua persoalan yang bermain di benak fikiran anda bakal terjawab pada hari Ahad ini!

 

Yes! Finally Dr Afzan akan kupas tajuk yang paling ditunggu-tunggu ini!
Here's the detail: 

Do you want to know more about homeschool?
How do we start homeschooling?
I'm a working mom, how do I homeschool my kids?

 Join us for our monthly parenting talk with Dr Putri Afzan Maria to get to know more about homeschooling!

Date: 4th Oct 2015 (Sun)
Time: 9.30am to 12.30 pm
Venue: Seminar Room, Selangor Library (PPAS), Section13, Shah Alam.


We have special invites during the talk too! Surprise surprise!
Register your seat now and grab 10-15% off when you register with spouse & friends.

Price: RM 120 per pax.

We also provide creche to handle your kids.

Enroll them with Haikal's Outdoor Playgroup Team for fun Kids Activities.
Only RM 40 per child.

Kindly visit this link for e-ticket purchase:
http://www.earlylearningshop.my/product-1400615.html

If you have any enquiry, email us
 
bloomingyearsacademy@gmail.com 



Dan sekali lagi, Haikal's Outdoor Playgroup akan berkolaborasi dengan Blooming Years Academy dalam menjayakan majlis ilmu ini. Kami HaikalOPG crew bersedia melayan anak-anak anda dengan pelbagai aktiviti menarik supaya anda boleh mendengar talk Dr Afzan dengan tenang!


Dan disebabkan ramai yang keliru dan rindukan HaikalOPG kami yang dulu,
ada beberapa perkara yang saya perlu explain di sini:

1) HaikalOPG kali ni is a bit different berbanding season sebelum ni. This is a collaboration between HaikalOPG dan Blooming Years (the main organizer). So bila dah nama kolaborasi, kami mengutamakan penyertaan HaikalOPG kepada anak-anak yang ibu bapa mereka mendaftar untuk parenting talk SAHAJA. Maksudnya, anda PERLU register parenting talk, untuk melayakkan anak anda mendaftar HaikalOPG. Sorry jika timbul salah faham sebelum ni.
Sekali lagi, ini adalah sebuah kolaborasi. Mohon fahamkan.

2) Jangan risau tentang jerebu, sebab semua aktiviti playgroup kami kali ni adalah indoor, iaitu di dalam kids room di PPAS (Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor), Shah Alam. Walaupun nama kami ialah Haikal's Outdoor Playgroup, kami tetap mementingkan kesihatan anak-anak anda berbanding jenama kami sendiri. Ahgitchu. :D

3) Daftar awal, dan kalau boleh elakkan walk in. Ini untuk memudahkan urusan semua pihak kerana penyertaan yang dibuka adalah SANGAT TERHAD. Kami perlu letakkan limit penyertaan kerana ini adalah aktiviti kanak-kanak yang memerlukan pengawasan rapi, dan bukan perhimpunan BERSIH 4.0 yang boleh main serbu je beramai-ramai. Lecak ketiak kami nanti.

4) Hashtag #HaikalOPGforBYA bakal digunakan untuk HaikalOPG musim ini, dan bukan hashtag #HaikalOPG seperti sebelum ni. Motif pemberitahuan ini supaya korang gunakan hashtag yang betul bila nak share gambar masing-masing nanti. Heheh.

 5) Walaupun banyak perubahan yang dilakukan pada OPG musim ini, kami masih HaikalOPG team yang sama, yang havoc, yang riuh, yang akan meninggalkan memori indah buat anak-anak anda.
InsyaAllah.
:D


Dan last sekali,
ada sesiapa berminat nak jadi crew HaikalOPG?


Haa sebab makin lama makin banyak permintaan yang nak join jadi crew kami,
so now we are ready to open for new members!

 Apa kelebihan jadi crew kami?
Anda akan dapat elaun, dapat makan, dapat release stress sebab bergelumang dengan budak-budak memang sejenis stress-reliever aitellyuh, dan dapat pahala sebab ikhlas menggembirakan anak-anak syurga.
Wah ayat pancing sangat. ;D

So jika berminat, boleh whatsapp kami
019 - 473 1403

 Syarat untuk jadi crew, skop tugasan crew, tempoh bertugas dan sebagainya akan diberitahu lepas korang whatsapp nanti. 
Tapi sila sedia maklum bahawa tak semua yang apply akan diterima sebagai crew.
Ye la. Takkan budak 30 orang, crew 80 orang kan. -..-

Kami akan meletakkan beberapa syarat dan menapis sesiapa yang layak untuk menyertai crew kami.
Jangan risau, syarat kelayakan kami tak tengok CGPA 3.75 ke atas ke apa.
So whatsapp je lah, usah gentar.
Oh lagi satu, itu bukan nombor telepon saya harap maklum. ;D

Okay itu saje untuk hari ni.
Terima kasih sudi baca sampai habis.

Dah tunggu apa lagi tu?
Pergi lah register seminar dan playgroup sekarang!

Register here:
http://www.earlylearningshop.my/product-1400615.html

5 Tips Membina Komunikasi Yang Baik Dengan Anak-Anak.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wahai ahli-ahli syurga sekalian..
Wah gitu intro dia pada hari Jumaat yang mulia ini.
:D

Hello parents!

Siapa kat sini ada masalah-masalah seperti berikut;
anak lambat bercakap,
dan bila anak dah start bercakap, mereka cakap bahasa yang tak elok pulak,
atau anak terlalu banyak bercakap tetapi bercakap perkara yang tak berfaedah,
atau anak terlalu banyak berahsia sampai kita semakin tidak kenal anak sendiri,
atau anak lebih selesa ceritakan hal peribadi kepada orang lain selain mak bapak sendiri,
atau anak suka bercakap sorang-sorang seolah-olah ada "imaginary friend",
atau anak sentiasa melawan cakap, berbohong dan memberontak?

Ada?
Biasa dengar kan masalah-masalah macam ni?

Semuaaaaa contoh-contoh yang saya berikan tadi sebenarnya ada kaitan dengan--
KOMUNIKASI.

Komunikasi, adalah pencetus sesebuah hubungan.
Komunikasi, adalah ibarat tali yang menghubungkan sesama manusia.
Tiada komunikasi bermaksud tiada hubungan dan tiada pertalian!

So boleh bayangkan tak macam mana jika tiada komunikasi antara ibu bapa dan anak-anak?
Haa!

Pernah tak dulu-dulu masa zaman sekolah,
kita consider orang yang kita kerap berbual sahaja sebagai kawan kita.
Kalau ada orang yang kurang berbual dengan kita atau tak pernah menegur kita,
pastu tetiba dia nak pinjam homework kita, 
atau tetiba nak masuk group kita bila nak buat projek buku skrap sejarah.
Mesti kita macam, 

"Hek eleh. Dulu taknak bercakap ngan aku. Taknak tegur aku. Tetiba nak berkawan ngan aku. Memang tak lah! Pui!"

Wah terus menggelegak api amarah mu itu. ;D

So begitu jugak lah dengan tanggapan anak-anak terhadap kita ibu bapa.
Ibu bapa yang kurang membina komunikasi atau kurang bercakap dengan anak, 
akan kurang dikasihi oleh anak-anak.
Ini fakta!

Sesebuah hubungan bukan bersandarkan kepada hubungan fizikal sahaja.
Bukan setakat darah DNA sama, 
bukan setakat peluk cium hari-hari,
bukan setakat belikan mainan baru hari-hari.

Ia juga melibatkan pembinaan hubungan rohani.
Sentiasa lah berkomunikasi dengan anak-anak supaya mereka akan sentiasa rasa ada connection dengan kita,
sentiasa ada tali yang menghubungkan antara kita dan mereka,
 dan tali itulah yang akan mengikat agar kita tidak menjauh antara satu sama lain.

Itu lah pentingnya KOMUNIKASI.
Communication is key to a good relationship, remember?


Tapi macam mana nak memulakan dan mengekalkan komunikasi yang baik antara ibu bapa dan anak-anak?
Berikut adalah 5 langkah asas.
Jom tengok satu per satu.



1) Be available for your child. ALWAYS.

Perhatikan waktu-waktu yang anak anda kerap bercakap atau kerap ingin berbual.
Bila?

Waktu makan?
Waktu lepas solat?
Waktu lepas balik sekolah?
Waktu nak tidur?
Waktu dalam kereta?
Bila?

Perhatikan.
Dan BE AVAILABLE pada waktu-waktu tersebut.

Jika tak pernah ada komunikasi atau masa berbual yang intimate sebelum ini,
cuba mula wujudkan.
Cari masa berdua bersama setiap anak dan start a conversation with him/her.
Ceritakan bagaimana hari anda, dan tanyakan pula bagaimana hari mereka.
Mulakan conversation dengan cerita, bukan terus kepada soalan.

And don't expect and push them too much.
Slowwwwly.
Anggap macam korang tengah tackle crush korang.
Tak boleh nak push sangat kan. Kang dia hilang minat. Rilek rilek santai santai je.
Terima apa saje respon yang diberi dan cuba tackle hari -hari.
Boleh juga bawa anak pergi somewhere dan buatlah aktiviti berdua sahaja.
Main ice-skating ke, tengok wayang ke, main basikal kat taman ke, pergi library ke.
Buat betul-betul macam tengah tackle crush. ;D



2) Bila mereka bercakap, DENGAR.

Listening is the key to a healthy communication, 
hence key to a healthy relationship.

Ini bukan dengan anak je.
Dengan sesiapa pun. 

Cuba kalau kita keluar makan dengan kawan.
Kita tengah bercakap, tapi kawan kita tu sibuk tengok phone.
Tak ke rasa macam nak hempuk pasu kat muka dia? -___-
Memang tak la aku nak keluar makan dengan lu lagi lepas ni bro!

So macam tu lah jugak perasaan anak-anak bila kita tak dengar apa yang mereka sedang cakapkan.
Atau lebih teruk, kita hanya PURA-PURA mendengar.
Mulut cakap "oh ye ke, hmm hmm, iye mama tengah dengar ni."
tapi mata khusyuk tengok tulang rusuk Shah Rukh Khan kat TV.

Itu lagi sakit hati. 
Tak payah hempuk pasu dah, hempuk tong gas terus. ;D

So bila anak-anak bercakap, 
dengar, fahamkan dan respon dengan baik.
Hargai dan hormati hak mereka untuk bersuara.
Jangan sampai anak dah bayangkan tong gas melekat di kepala anda.
Jangan marah dia jika perkara itu benar-benar berlaku.
Sebab anda yang minta.
;D



3) Mind your language. Because they IMITATE.

Speech / Communication adalah salah satu aktiviti yang melibatkan imitation skill.
 Anak-anak bercakap SEPERTI ANDA BERCAKAP.
They imitate how you speak.
They imitate the language you use, the words you use.
Baik atau tidak sesuatu percakapan itu, 
anak akan imitate every single word yang keluar dari mulut ibu bapa.
Bila anak cakap "bodoh", sebelum marah anak, tepuk dada sendiri dulu.

Sebab tu kena sentiasa jaga percakapan kita.
Jaga percakapan orang-orang di persekitaran anak-anak.
Jaga percakapan kawan-kawan anak kita.
Jika negatif, jauhkan anak-anak daripada mereka SEGERA.

Speech yang baik adalah SANGAT PENTING.
Sebab setiap butir kata yang keluar dari mulut kita itu--
DOA.

Tapi it started with us, parents.
So biasakan diri bercakap yang baik-baik, sopan dan berhemah. 
Ini pesanan untuk diri saya sendiri juga.
Maklumlah mulut macam jantan. -____-

Pengaruh TV, movie, ipad, smartphones, pun sama.
Hadkan dan kawal. 

Dah banyak dah kajian menunjukkan too much screen exposure menyebakan anak lemah penguasaan bahasa,
suka bercakap perkara bukan-bukan, mencarut dianggap biasa, dan ada juga anak-anak yang jadi lambat bercakap.
Some of them cepat bercakap, tapi they don't really know what they are talking about.
Main taram je cakap. Tapi tak tahu maksud. 

Saya pernah jumpa seorang kanak-kanak ni. Umur dalam 4 tahun.
Mak dia bangga beritahu saya yang anak dia cepat bercakap sebab banyak tengok cerita upin ipin dan boboiboy sejak lahir.
Tapi bila saya cuba berbual dengan budak tu, dia memang petah bercakap dan tak pelat,
tapi dia sebenarnya langsung tak tahu apa yang dia cakapkan. 
Macam mana saya tahu?
Sebab dia hanya meniru dialog dalam cerita tersebut,
dan bila saya twist sikit dialog atau tanyakan sesuatu mengenai dialog itu,
dia tak tahu nak jawab.
Kalau jawab pun, MERAPU.

Sayang.
Kan?

Ini banyak berlaku bila anak-anak kerap ditinggalkan di depan TV terlalu lama tanpa sebarang interaksi dengan dunia sekeliling.
Means, tiada ibu ayah atau orang lain yang menonton bersama.

So please kawal pendedahan screen time anak-anak.
Screen time memang boleh membantu perkembangan anak-anak, 
tapi ia juga boleh MEMBANTUT perkembangan mereka.

So awas.

 

4) TALK. Don't lecture, criticize, threaten or say hurtful things.

Elakkan guna ayat-ayat seperti berikut:

"Tu lah. Siapa suruh panjat kerusi tu! Kan dah jatuh!" 

"Kalau awak taknak berenti menangis, ayah kurung dalam bilik air!"

"Adik kecik lagi. Jangan menyibuk bila ayah dan mama bercakap!"

"Adik pendek. Tak payah la tolong mama basuh pinggan. Kang basah baju, tambah lagi kerja mama." 

"Kenapa berbohong?? Meh sini ayah rotan!"

"Kenapa conteng dinding? Kamu ada duit ke nak beli cat? Boleh bayar? Ada duit??"

"Haa kan dah benjol dah dahi tu. Lain kali buat lagi. Biar pecah satu kepala."

Ini semua ayat menyindir, mengugut, mengkritik secara kasar yang patut dielakkan oleh ibu bapa.
Ia bukan sahaja mengguris perasaan anak-anak, 
tapi ia juga membuatkan anak-anak semakin menjauhkan diri dari ibu bapa.

Dalam apa jua situasi, keep calm dan encourage anak untuk bercakap dan menceritakan the whole story.
Dan pastikan anda mendengar keseluruhan cerita sebelum menilai dan memberikan respon.
React as if you are in their shoes.
Jangan tergesa-gesa dan asyik nampak kesalahan anak-anak sahaja.

Engko tu pun bukannya baik sangat.
Solat lima waktu pun selalu tak complete.
Wudhu' pun buat yang wajib je. Cih. 
Sembang kencang depan anak-anak je la mampu.
;D 



5) Don't deny their emotions, IMITATE their emotions.

Ini related dengan point No.4 tadi.

Jangan menidakkan emosi mereka, tapi tiru emosi mereka. Dalami perasaan mereka.
Ini kesilapan tipikal yang selalu dilakukan ibu bapa.
Termasuk diri saya sendiri.
-_____-

Selalu sangat bila anak tengah sedih atau menangis,
laju je mulut cakap,
"Dah dah. Jangan nangis. Buruk benor muka bila nangis tuh. Malu orang tengok."

Bila anak terjatuh dan menangis,
"Alahhh sikit je tu. Tak sakit punnn. Dah dah. Strong boy strong boy!"
*tetiba strong boy* ;D

Bila anak marah-marah,
"Apa perangai macam ni? Asyik nak marahhhh je. Tak baik ikut perangai syaitan."

Wah mulut kita lajuuu betul kan?
Macam lah kita ni pro sangat bab mengawal emosi sendiri.
Padahal mereka jadi begitu pun, ikut perangai kita. 
Kan?

Parents, lets train ourselves.
Lets be more concern dan perihatin terhadap perasaan dan emosi anak-anak.
Jangan lagi menidakkan perasaan mereka, tapi dalami setiap perasaan mereka.
Bila anak sedih, kita cuba berasa sedih juga.
Kalau anak marah, kita cuba fahami punca kemarahan itu juga.

Contoh, bila anak menangis,
"Mama tahu Haikal sedih. Kalau berlaku kat Mama pun Mama akan sedih. 
Come, let me hug you. It's ok to cry. I am here with you."

Let him/her cry for awhile sebelum slowly tackle dia dengan sesuatu yang boleh menggembirakannya semula.
Macam tu.

Tak perlu mendesak anak untuk switch emosi immediately.
Kita pun tak suka kalau orang menidakkan apa yang kita rasa, kan? 
Kalau kita baru lepas putus cinta, tengah sedih,
tetiba mak kita cakap,
"Dah dah la tu. Tok imam surau depan tu single lagi. Esok mak suruh dia masuk meminang."

Confirm kita terus membayangkan tong gas melekat kat kepala mak kita kan?
;D 

Soal emosi dan perasaan ni memang take time untuk heal.
Dan perlukan motivasi yang kuat untuk bangkit dan sentiasa positif.
So siapa lagi yang nak bantu anak-anak belajar mengawal emosi, kalau bukan kita?
Saya pernah kongsi banyak contoh cara-cara bantu anak kawal emosi dalam pelbagai situasi.
Boleh tengok ENTRY INI.



Ok itu baru saya kongsi 5 tips basic untuk meransang komunikasi yang baik antara ibu bapa dan anak-anak.
Tapi sebenarnya ada berpuluh lagi cara, tips dan strategi yang perlu kita pelajari. 
Dan macam mana pula cara Rasulullah berkomunikasi dengan anak-anak Baginda?
In fact dalam Qur'an juga ada menerangkan tentang komunikasi yang bijaksana dan berkesan.
Pernah ke kita kaji?
Dan macammana kita nak kekal bersabar dalam berkomunikasi dengan anak-anak yang lantang dan rebellious?

Haa jom sama-sama belajar teknik komunikasi dari A sampai Z di seminar ini:


Saya pernah menghadiri parenting seminar dengan Pn Noor Hayati (pengasas NLI),
dan MashaAllah beliau adalah sangat sangat admirable.
Sememangnya ibu yang hebat!
Beliau ada 7 orang anak tak silap, dan semuanya berjaya bukan dari segi akademik je,
tapi dalam semua aspek.
Sahsiah diri, agama, cara berkominikasi, cara membawa diri dan keluarga, semua- semua lah.
Haih.
She's one of my idol now.
Love you Pn. Hayati!! Rinduuuuu!
:D


Ok dah. Berikut adalah details seminar:
"Communication For Successful Parent-Child Relationship"
(Komunikasi Untuk Kejayaan Hubungan Ibu Bapa Dan Anak)
 

1. Mengetahui 10 Bahasa Cinta & 10 Bahasa Dosa
2. Memahami Cara gaya komunikasi dalam mendidik anak
3. Mendalami apa itu Trust or Not to Trust?
4. Mengetahui bolehkah atau patutkah anak saya melompat,
memanjat, berlari-lari?
5. Mengetahui bagaimana Mengawasi Bahasa Tersurat &
Tersirat Anda!
6. Memahami tunggak utama dalam komunikasi dan cabaran
Komunikasi untuk pelbagai tujuan
7. Membina Silaturrahim Ala Nabi Muhammad S.A.W
8.Konsep Kreativiti & Kebijaksanaan dalam al-Quran

Speaker:
1. Pn Noor Hayati Binti Abdul Hamid , Principal Consultant NLI
Education Sdn Bhd,
2. Pn Hjh Azlina Roszy Mohamad Ghaffar, Consultant Clinical Psychology An-Nur Specialist Hospital
-------------------------------------------------------------
Hari: 16 September 2015
Masa: 9.00 A.M - 5.00 P.M
Tempat: Aras 9, UNITAR International University , Kelana Jaya

--------------------------------------------------------------------
Harga Biasa : RM 160
Pakej Suami & Isteri : RM 300

*Pakej Berkumpul
Seorang = RM160
2 orang = RM300
3 orang = RM145 x 3 (RM435)
5 orang = RM135 x 5 (RM675)
10 orang = RM120 x 10 (RM1200)

Promosi sempena Hari Malaysia!
RM140 seorang (Jimat RM20)
RM265 2 orang (jimat RM35)

*Aktiviti Kanak-kanak : 1 tahun & keatas RM40
Sila hubungi Cik Nadhrah untuk sebarang pertanyaan
019 691 6559
------------------------------------------------
Daftar Online sekarang untuk dapatkan tempat! 


Jom lah register beramai-ramai!
16/9/2015 tu dah la cuti, hari rabu pulak tu.
Dari duk membongkang di rumah, baik pergi menuntut ilmu dan kasi anak-anak korang buat kids activities anjuran NLI ni.

Dannnnnn saya juga ada satu berita baik untuk yang telah mendaftar atau bakal mendaftar!
Pihak penganjur seminar berbesar hati nak bagi 2 FREE tickets kepada pembaca setia blog ni!
Wiwiwiwiw~

So here goes, 
Blog Acik Jiji's GIVEAWAY!
;D
 
Hadiah: 
2 x FREE TICKETS ke Seminar "Communication For Successful Parent-Child Relationship"

Cara nak menang alahai senang sangat:
1) Share entry ini di Facebook atau Instagram anda, dan nyatakan kenapa anda nakkk sangat hadir ke Seminar "Communication For Successful Parent-Child Relationship".
2) Lepas tu jangan lupa tag saya di dalam post tersebut supaya saya tahu korang dah share. 

DONE!

Saya sendiri yang akan pilih pemenang dan contact pemenang bertuah itu!
Dan pemenang akan dapat 2 tiket percuma yeay!
So go go go! 
Anda ada 3 hari dari sekarang!
Good Luck!

Dan jangan lupa galakkan komunikasi bersama anak-anak ok!
:D

Do you REALLY KNOW your kids? And why we SHOULD NOT compare our kids?

Hello I'm back!
Setelah berkurun lamanya berhibernasi di dalam gua dan meng-isolate-kan diri dari alam maya,
kini tempoh hibernasi sudah tamat,
dan masa untuk mencari sesuap nasi.
;D

Rindunya lahaiii nak menulis kat sini.
Rasa nak menangis teresah-esah tatkala melihat paparan blog di depan muka.
*kau dah kenapa esah*
-_____-

Ok dah.
Sepanjang tempoh hibernasi saya, selain berjaya mengumpul lebih banyak lemak di dalam badan,
saya juga terima banyakkkkkk email daripada readers.

Ada tu soalan dia pendek je,
"Bila nak update blog?" 

Dan saya jawab dalam hati,
"Kalau rosmah letak jawatan, sekarang jugak aku update."
;D

Oh sorry sorry takde kena mengena heheh.
Dan sorry juga sebab most of the emails saya tak sempat jawab.
Sebab ye lah.
Sedang berhibernasi kan heheh.

Tapi rata-rata email yang saya terima bertanyakan soalan yang hampir sama.
Contohnya,

"Jiji, anak saya dah 4 tahun tapi langsung belum kenal ABC. Dah ajar pun asyik lupa!"

"Jiji, anak saya ni jenis tak reti duduk diam. Terlampau lasak. Kalau tak bagi dia bergerak, dia akan mengamuk! Padahal dia perempuan. Jiji rasa di autistic ke? Atau hyperactive?" 

"Jiji, anak saya ni agak pelik. Dia suka kumpul bunga. Mana-mana dia pergi mesti nak kutip bunga. Penuh beg sekolah dia dengan bunga. Padahal dia lelaki. Jiji rasa normal ke tu?"

"Jiji, anak saya suka sangat dengar muzik dan berjoget. Orang tua-tua kata jangan biasakan. Takut nanti lalai dengar muzik banyak sangat. Tapi saya tengok dia happy bila dengar muzik. Apa pendapat Jiji?"

"Jiji, anak saya suka sangat melukis. Tapi bila disuruh menulis, dia malas. Dia asyik nak lukisssssss je. Macam mana saya nak start ajar dia ABC?"


Haaa!
Semua soalan pun tentang anak saya.
Cuba la sekali sekala tanya soalan tentang nenek saya ke kucing saya ke. -..-

Kepada yang tanya soalan-soalan di atas tadi,
saya nak tanya anda balik,

"Have you heard about Multiple Intelligences? Atau Kepintaran Pelbagai?"


Adakah anda tahu,
bahawa ABC 123 itu cuma salah satu cabang intelligence yang kalau takde yang tu, 
anak anda mungkin ada 8 intelligences yang lain, 
yang juga boleh menjadikan anak anda unik, istimewa dan cemerlang berbanding yang lain?

Fikirkan.

Anak jiran dah pandai ABC, anak kita belum.
Tapi anak jiran itu tak hebat melukis seperti anak kita.
Anak jiran dah pandai ABC, anak kita belum.
Tapi anak jiran tu fizikalnya tak sekuat dan seaktif anak kita.
Anak jiran dah pandai ABC, anak kita belum.
Tapi anak jiran tak mempunyai social skills yang hebat seperti anak kita.

So now,
apa lah sangat ABC tu?

Anak anda lambat kenal ABC (hanya kurang 1 intelligence),
tapi anak anda cekap dalam 8 intelligences yang lain.
8 lawan 1,
8 lah menang.
:D

According to Theory of Multiple Intelligences by Howard Gardner,
setiap manusia mempunyai 9 (atau lebih) multiple intelligences.
Cuma yang membezakan kita adalah, intelligence yang mana lebih, dan yang mana kurang.
Itu saje.

Korang boleh read more tentang perkara ni kat Google Scholar.

Tapi sebelum tu, izinkan saya explain sikit kat sini tentang Multiple Intelligences dalam bahasa pasar tani supaya korang semua boleh faham the basic of multiple intelligences dan
kenapa kita TAK SEPATUTNYA membandingkan anak kita dengan anak orang lain.
Sebaliknya KENALI potensi setiap anak dan raise them to be a good person dengan potensi yang Allah dah beri kepada dia.

Lain anak lain potensi dan intelligence mereka.
Even adik beradik pun lain-lain.
Even kembar pun lain-lain.
Suami isteri, lagi lah lain.

Macam suami saya, dia logical, intrapersonal, and visual-spatial smart. Jenis yang suka buat kira-kira, suka berbincang, suka melukis, suka benda-benda kompleks, pandai kawal emosi dan dia sangat matang bila berhadapan dengan sebarang situasi.
Sebab tu dia end up kerja buat highway dan kawen dengan orang yang paling badut dalam dunia,
iaitu SAYA.
-____-

Berbeza dengan suami, saya pula jenis money smart.
Wah tetiba money smart termasuk dalam carta kahkah.
Money smart bermaksud, hebat dalam bidang menghabiskan wang sendiri dan wang orang lain.
;D

Whatever it is, setiap manusia ini diciptakan unik.
Setiapnya berbeza dan tiada satu pun yang serupa.

Maka sebab itu lah terbentuknya Theory of Multiple Intelligences yang dikaji oleh Howard Gardner.
Tapi siapakah Howard Gardner ni?
Encik Gardner penjaga garden ke?
Mentang-mentang nama dia Gardner terus kata dia jaga garden. ;D

Howard Gardner merupakan seorang psychologist yang banyak mengkaji tentang kognitif dan perkembangan manusia.
Haa suka hati je cakap dia jaga garden tadi kan.
Dia adalah researcher terkemuka ok!
Malah seluruh dunia mengimplimentasikan teori Encik Gardner ni.
Haa.

Tapi mungkin juga sambil dia buat research tu sambil dia jaga garden.
Buat part time nak dapat duit lebih buat belanja anak-anak sekolah ke kan.
Mana la tahu kan. ;D

Pada asalnya, Howard Gardner kata Multiple Intelligences (Kepintaran Pelbagai) ni ada enam je.
Tapi makin lama, makin banyak penemuan beliau,
so yang paling terkini ialah beliau mengatakan manusia mempunyai 9 multiple intelligences.
Dan beliau kata, tak mustahil lepas-lepas ni akan bertambah jadi 10 ke 11 ke 12 ke 88 ke.
Sebab manusia ni memang Allah jadikan terlalu unik, istimewa, kompleks dan terlalu banyak kelebihan berbanding ciptaan-ciptaanNya yang lain.

So kalau jumpa orang yang acah-acah semua benda dia tahu,
yang kalau dalam facebook tu dia la yang sembang paling kencang,
anggap je la mungkin Allah bagi dia 88juta multiple intelligences.
So abaikan orang tersebut dan unfriend je. ;D

Berikut adalah carta Multiple Intelligences atau kepintaran pelbagai yang ada pada manusia yang telah dikaji oleh Howard Gardner.

Dalam chart ni ada 8 je, walaupun sebenarnya ada 9.
Nanti dalam seminar, Dr Afzan akan explain kenapa tetiba boleh jadi 9.
Dan yang kesembilan ni sebenarnya special untuk orang-orang yang beragama. :)

9 Multiple intelligences ini la yang sepatutnya membentuk personaliti, minat dan kepakaran seseorang,
supaya seseorang itu boleh mengoptimumkan potensi dalam dirinya.
Gitu.

Tapi kenapa Allah perlu jadikan setiap manusia mempunyai kepintaran yang berbeza-beza pada tahap yang berbeza-beza?
Sebab setiap dari kita mempunyai peranan yang berbeza di atas muka bumi ni. Kan?
Ada yang sesuai jadi imam masjid, ada yang tidak.
Ada yang sesuai jadi engineer, ada yang tidak.
Ada yang sesuai jadi perdana menteri, ada yang tidak. ;)

Betapa hebat dan adilnya Allah,
Dia tak jadikan kita semua serupa tapi masing-masing mempunyai kepintaran dan kehebatan masing-masing untuk menjadikan kita semua khalifah yang bermanfaat di muka bumi.
Dah kenapa tetiba rasa macam rancangan tanyalah ustazah pulak ni.
Ya allah ya ampun ya allah.
:D

Ok jom kita tengok serba ringkas apakah 9 Multiple Intelligences dalam carta tadi,
dan saya akan explain dalam bahasa pasar tani supaya makcik jual pucuk paku pun boleh baca dan fahamkan.
Rajin makcik baca blog saya petang-petang ni.
Brim dah masuk ke makcik? Senyum-senyum je tu. :D



1) Verbal / Linguistic Intelligence

 Anak-anak yang mempunyai intelligence ini lebih cepat bercakap dan mudah tangkap vocabs/ words baru. Mereka lebih minat perkara-perkara yang melibatkan perkataan, bahasa, komunikasi dan seumpamanya.
Dan kanak-kanak ini selalunya dikatakan petah dan matang dalam percakapan.

Tapi kalau tak dikawal, tak mustahil dia akan menjadi Joyah dengan mulut tidak terkawal pada masa akan datang. ;D

So kita ibu bapa sepatutnya kawal setiap percakapan kita sebab ada yang memerhati dan mencontohi kita.
Escpecially anak-anak linguistik macam ni.

Jaga jaga ada yang meghatii! -kiah propa-



2) Logical / Mathematical Intelligence

Haa yang ni paling rare.
Ingat tak masa kita belajar add maths dulu?
Dalam 40 pelajar dalam kelas, 38 orang failed, 2 orang je lulus.
Dan alhamdulillah saya tergolong dalam 38 orang tu. ;D

Ini bermaksud 2 orang yang lulus tu mempunyai kepintaran logikal/matematikal yang sangat luar biasa.
Manakala 38 orang lagi dianggap hampeh. -..-

Jadi untuk tidak membezakan anak-anak,
sila lah mansuhkan subjek add maths tu sekarang. Behehehehe.

Anak-anak yang mempunyai kepintaran logikal/matematikal ini mempunyai logical thinking skills yang sangat tinggi.
Mereka mudah faham pattern, scientific experiments/facts, mathematical calculations, dan perkara-perkara kompleks yang seumpamanya.

Dan mereka ni dikatakan lebih matang dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
Maka jika terjumpa mereka, kahwinilah mereka.
;D


3) Visual / Spatial Intelligence

Pernah tak kita tengok kawan kita ambik gambar pemandangan cantik sangat.
Tapi bila kita ambik gambar pemandangan yang sama, guna phone yang sama,
tak secantik yang dia ambik.

Haa sebab tu orang tua-tua selalu pesan, jadilah diri sendiri.
Tak perlu tiru orang lain. :D

Ini kerana, kawan kita tadi mempunyai kepakaran menggunakan ruang dan visual.
Mereka ni selalunya mempunyai tahap imaginasi yang sangat tinggi.
Kan kita pernah tengok orang-orang buta yang boleh melukis dengan sangat cantik.
Orang-orang istimewa yang boleh melukis portrait/ pemandangan yang sekali pandang nampak macam real.
Haa orang-orang ni lah.
 They are visual-spatial smart.

Sebab tu bila tengok anak suka melukis, suka tangkap gambar,
jangan halang.
GALAKKAN.
Tapi of course, kawal.
:)



4) Bodily / Kinesthetic Intelligence

Haa anak-anak yang bodily-kinesthetic smart ni la yang selalunya dikatakan
LASAK, HYPERACTIVE, TAK RETI DUDUK DIAM.

Pernah tak korang tengok anak-anak yang jatuh beribu kali pun tak nangis dan tak serik?
Pastu terus jauh di sudut hati korang rasa bangga,
 sebab korang rasa anak korang ada genetik incredible hulk. -____-

Anak-anak yang very physicial macam ni, memang mempunyai daya ketahanan badan yang tinggi, body balance yang tinggi dan body-eye coordination yang tinggi.
Haa hebat ke hebat?

Anak macam ni memang perlu diberi ruang dan aktiviti fizikal untuk membantu perkembangan optimum mereka.
Kalau bagi skateboard ke apa, patah tangan dua kali, dah boleh jadi professional skateboarder yang tahap meluncur terbang-terbang tu.
 Kalau bagi raket squash, tak lama lepas tu mesti Nicole David bersara.
Sebab dah ada pengganti.
:D



5) Musical / Rythmic Intelligence

Anak-anak yang musical-rythmic intelligent pula adalah mereka yang mempunyai daya pendengaran yang tinggi.
Mereka boleh kenalpasti setiap note dan ritma bunyi dalam music yang didengari.
Dan mereka ni hebat mentafsir perhubungan antara bunyi dan perasaan.

Diorang ni bukanlah bila besar nanti kena jadi penyanyi ke apa.
Malah ada je penyanyi yang hanya tahu menyanyi tapi tak tahu mencipta music. Kan?
Kira anak-anak rythmic smart ni lebih hebat dari penyanyi!
Gittew..

Kan ada kajian baru-baru ni mengatakan bermain alat music seperti violine, piano, dan gitar boleh meningkatkan tahap kepintaran dan menyebabkan seseorang itu lebih pandai mengawal emosi.

Haa. So music tak semestinya haram ye.
Allah ciptakan manusia ni memang sukakan music dan bunyi-bunyi yang indah.
Tak salah pun nak hantar anak ke kelas music ke apa.
Yang penting, kawal dan put a limit.
Tak perlu sekat minat anak. :)



6) Intrapersonal Intelligence (self awareness)

Anak-anak yang mempunyai intrapersonal intelligence ni memang power.
Mereka ni sangat mudah mengenali diri sendiri, memahami pemikiran sendiri dan mengenali emosi dalam diri.
Diorang punya emotional control skills sangatlah hebat.
Budak-budak lain dah nangis-nangis, dia boleh rilekkk je menghayati pemandangan sambil korek hidung. ;D

Dan selalunya anak-anak intrapersonal smart ini mudah disenangi dan didekati orang lain.
Malah ada pakar mengatakan, orang-orang yang berjaya selalunya mempunyai intrapersonal intelligence yang bagus sehinggakan mereka tidak perlukan orang lain untuk memotivasikan diri sendiri setiap hari.
Ewah hebat benor awak ye. :D



7) Interpersonal Intelligence (between people)

Yang ni lebih kurang macam social skills la.
Orang-orang yang ada interpersonal intelligence ni mudah faham orang lain.
Dia tahu cara jaga perasaan orang, tahu cara nak tackle orang, tahu cara nak ambil hati orang, tahu cara nak berkomunikasi dengan baik, tahu cara nak baca behaviour orang, tahu cara kenal emosi orang, etc.

Biasanya orang-orang ni mempunyai ramai kawan dan mampu mengekalkan hubungan baik sesama manusia dalam jangka masa yang panjang.

Kat rumah yang kitorang baru duduk ni, ada sorang anak jiran ni.
Dia sangat sangat peramah.
Kalau nampak sesiapa mesti dia tegur,

"Makcik, nak ke mana tu? Ambik anak dari sekolah ke?"
Atau
"Makcik tak berniaga ke hari ni?"
Atau
"Cantiknya makcik. Nak jumpa orang tersayang ke?"

:D

And he is only 5 year old! Haa kau!
Kau mampu tegur semua orang camtu?
Jeling jiran sebelah pun tak berani.
;D



8) Naturalist Intelligence

Anak-anak yang naturalist ni pulak sukakan alam semula jadi.
Diorang suka kutip batu, kutip daun kering, kutip bunga, etc.
Dan diorang ni sebenarnya bukan kutip untuk buat pekasam ye.
They actually observe and learn the pattern of nature.
Diorang suka tengok pattern pada daun, pokok, batu, kayu, etc.

Dan anak-anak macam ni selalu interested dengan perubahan atau fenomena alam semula jadi di sekeliling mereka.
Contohnya, macammana terjadi hujan, kenapa matahari panas, kenapa lembu makan rumput, kenapa bunga ros ada duri, kenapa pokok semalu malu-malu, kenapa muka mama berjerawat, dan sebagainya.
Jerawat pun salah satu khazanah alam semula jadi dengan tidak semena-mena.
;D

So kalau korang ada anak yang naturalist camni,
bawak lah dia masuk hutan, pergi bercuti kat beach, etc.
Jangan reti bawa pergi pavillion je.
Kang alam semulajadi lain yang diperhatikkannya. Kehkeh.



9) Spiritual / Existentional Intelligence

Last but no least, spiritual intelligence.
Ini patut ada pada setiap manusia, tapi tak semua manusia mempunyai intelligence ini ketika kecil.
Ada anak yang cepat alert dan aware yang setiap benda bernyawa adalah ciptaan Allah.
Setiap langit biru, bulan bintang, laut sungai adalah ciptaan Allah.
Dan anak-anak ini cepat menyebut subhanallah/alhamdulillah dan tahu masa yang sesuai untuk menyebutnya dan memahami maksudnya.

Syukurlah kalau korang ada anak yang cepat kenal Allah.
Dan sememangnya Allah memberi kita zuriat supaya kita juga boleh belajar dari mereka dan memperbaiki diri.
Kan?
:)


So itulah dia serba sedikit tentang 9 Multiple Intelligences atau Kepintaran Pelbagai yang boleh ada pada kita manusia yang kita boleh gunakan untuk lebih mengenali anak-anak kita.
Seterusnya mencorakkan mereka sepertimana yang sepatutnya mereka jadi.
Bukan seperti yang kita mahu mereka jadi.
Gittew.

Kita taknak lagi persepsi dan tanggapan salah dalam minda kita ibu bapa terhadap anak-anak.
Semua parents nak yang terbaik, tapi tak semua parents tahu apa yang terbaik yang sepatutnya dilakukan untuk anak-anak mereka.
Cukuplah budaya dan pemikiran lama yang mengatakan hanya anak-anak straight As sahaja yang bijak dan berjaya.
Ah pedulikkan huruf A yang seketul itu.
Kita ada 25 lagi abjad lain. Dan Allah beri kita kelebihan yang sama rata.

Semoga dengan effort kita datang seminar Ahad ni dan dapatkan ilmu yang betul,
kita akan dapat bentuk anak-anak yang jauhhhh lebih cemerlang dan berjaya bukan sekadar straight As atau 4 flat semata-mata.



p/s: Please share entry ni sampai viral ke seluruh galaksi bima sakti!
Because every child in the universe neeeeed knowledgeable parents!