Macam mana nak capai Quality Play ketika bermain bersama anak?

Assalamualaikum!
Korang okay?
Anak-anak korang okay?
Poket korang okay?
Eh sorry sorry soalan sensitif. ;D

Hari ni saya nak share pasal satu isu yang nampak remeh, tapi sebenarnya sangat penting dan mampu menjadikan parenting lebihhhhh fun kalau kita ambik tahu.
Tentang BERMAIN BERSAMA ANAK.
Ramai antara kita yang sebenarnya KURANG tahu cara yang betul untuk bermain dengan anak.
Acah-acah tahu, tapi sebenarnya tak tahu.
Dari budak tu lahir, sampai dah umur 18 tahun,
dukkk la main aucak aucak je.
Maka membesarlah anak itu dengan penuh kemurungan. -___-

Ada parents yang menulis kepada saya,
"Jiji, anak saya suka main bola, so saya belikan dia banyakkkk bola. Dan kitorang main bola je hari-hari."
"Saya surirumah, jaga anak sendiri. Saya selalu buntu fikir nak main apa dengan anak."
"Anak-anak jiran suka datang rumah saya, tapi tak tahu nak layan macam mana. So saya longgok je la mainan depan diorang."
"Jiji, quality play tu camane? Adakah dengan meng-expose anak saya kat playground hari-hari dah dikira bermain secara berkualiti?

Haa..nampak kan?
Ramai je yang ada persoalan dalam bab bermain ni sebenarnya. 
To be honest, saya dulu pun blur-blur ubi jugak bila hari-hari menghadap Haikal,
sampai bosan main benda yang sama dan buntu fikir nak main apa.
Dan saya juga pernah beranggapan bahawa kalau nak buat banyak aktiviti dengan anak,
kena beli mainan banyak-banyak.
Hmm membazir satu hal. Dungu pun satu hal. -___-

TAPI!

Sejak saya berkawan dengan ramai Early Childhood Education practitioners,
saya mula terdedah dengan pengatahuan tentang types of quality play.
Ataupun, jenis-jenis bermain yang berkualiti.

Sejak itu, saya dah tak payah fikir teruk sangat bila nak buat aktiviti dengan Haikal.
Sebab types of play ni dah jadi macam guideline saya yeayy!
So seperti yang dijanjikan, hari ni saya akan share dengan korang.

 Bulan oktober 2015 bejanji, bulan mac 2016 baru nak tunaikan.
Memang tak boleh jadi perdana menteri sangat ni. -____-


Jom tengok satu per satu jenis-jenis play yang bagus dan boleh didedahkan kepada anak-anak.
Bagi saya, penting untuk kita faham setiap jenis play ini supaya,
Satu, anak dapat experience banyak aktiviti, tak mudah bosan, dan perkembangan mental fizikal mereka diransang dengan baik.
Dua, mak bapak pun tak buntu nak fikir aktiviti apa. Balik-balik main lukis-lukis rumah kampung, bukit, matahari dan sungai.
Dan oh, sawah padi petak-petak juga. ;D

So by knowing these 16 types of play,
korang dah boleh fikir aktiviti apa nak main dengan anak semudah petik jari je.
Gicu.
Walaupun agak panjang dan banyak, saya harap korang boleh baca slowly, fahamkan dan bezakan setiap satu daripadanya.
Tengok sekali lalu dulu, kalau tak paham jugak, tengok lapan belas kali lalu. Beheh.



 1) Symbolic Play



Symbolic play ni adalah yang paling natural dan sesuai untuk semua peringkat umur anak.
Dan kadang-kadang, memang anak-anak akan naturally main symbolic play ni dengan sendirinya.
Contoh, ambik sikat dan jadikan sebagai microphone.
Atau ambik pisang dan jadikan sebagai telefon.
Ambil daun dan jadikan sebagai penyapu.
Dan sebagainya.

Symbolic play membenarkan anak-anak explore persekitaran mereka secara perlahan-lahan dan meningkatkan pemahaman mereka tentang dunia sekeliling tanpa terdedah dengan risiko yang terlalu bahaya.



2) Rough and Tumble Play


Rough and tumble play adalah sejenis play yang banyak melibatkan aktiviti fizikal.
Contohnya main lawan-lawan, main perang-perang, main golek-golek, main geletek-geletek, main gusti-gusti, etc.
Ini paling sesuai untuk father-son activity.
Sebab anak lelaki memang suka aktiviti berguling bergolek berlanggar meletop kebabom camni.
Macam suami saya, dia kalau main dengan Haikal atau anak-anak buah lelaki atau anak-anak jiran lelaki, dia memang akan mulakan dengan rough and tumble play.
Sampai budak-budak beraturrrr nak tunggu turn untuk dikerjakan oleh suami saya. ;D

Anak perempuan pun boleh jugak, apa salahnya.
Cuma kebanyakan anak-anak perempuan lebih sukakan aktiviti setempat.
Tapi kalau yang jenis lasak macam saya dulu, bagi je dia panjat tiang bendera tu sampai puncak.
Saya kecik-kecik dulu spiderman, dah besar terus jadi megan fox.
Ehh?! ;D



3) Socio-dramatic Play



Socio-dramatic play selalunya melibatkan suasana atau persekitaran yang lebih nyata.
Contoh macam, pergi shopping barang dapur dengan anak.
Pergi mancing.
Pergi berkhemah.
Pergi gortong royong bersihkan rumah.
Anak sental lantai tandas, bapak cuci mangkuk jamban, mak cuci rambut kat salon.
Ehh?! ;D

Socio-dramatic play boleh membantu anak-anak explore potensi dan kemahiran diri mereka sendiri, disamping membantu ibu bapa memastikan tandas sentiasa bersih. Bahah.



4) Social Play


Social play adalah sejenis play yang melibatkan interaksi dan perhubungan.
Melalui social play, anak-anak akan belajar cara bergaul, cara bertolak ansur dan cara mengawal emosi diri dan menjaga emosi rakan-rakan.

Tak kisah la main apa pun.
Asalkan ianya aktiviti berkumpulan dan terpaksa dilakukan bersama, itu ialah social play.
Untuk yang anak satu atau anak sikit, social play ni bagus untuk develop social skills anak-anak dan slowly reduce "overly-attachment" atau tahap kemanjaan atau tahap ke-bossy-an mereka.

Ibu bapa yang anak satu macam saya pasti faham apa yang saya maksudkan.
-_____-




5) Creative Play



Creative play pula melibatkan kreativiti dalam pemikiran dan tindak balas anak-anak.
Melalui creative play, anak-anak akan mula belajar menghubungkan elemen-elemen di sekeliling mengikut kreativiti, dan menceritakan atau menterjemahkan apa yang mereka fikir atau lakukan.

Contohnya, melukis gambar, buat scrapbook, memotong dan menampal kertas, merekacipta sesuatu dan sebagainya.



6) Communication Play



Commucation play adalah apa sahaja aktiviti yang melibatkan komunikasi, ekspressi wajah, dan pergerakan badan.
Contohnya, main nyanyi-nyayi, menari mengikut music, berlakon, berdebat dan sebagainya.



7) Dramatic Play



Dramatic play adalah common.
Especially yang ada anak yang obses dengan watak-watak superheroes atau princess.
Kalau anak lelaki, balik-balik jadi spiderman. Kalau tak spiderman, mesti ironman. Kalau tak ironman, mesti superman. Takpun ultraman. Takde pun yang nak jadi pak pandir ke si luncai ke. ;D
Kalau anak perempuan pulak, mesti elsa. Takpun barbie. Paling ganas pun, robocar poli.
-____-

Pastu kalau parents pun main sekali, mak-mak sibuk nak jadi kajol,
bapak-bapak sibuk nak jadi aaron aziz.
Halaaaahaiiii.



8) Deep Play


Deep play pula melibatkan sedikit risiko bahaya, memberikan anak-anak pengalaman baru, membantu mereka untuk mengatasi fear dan meningkatkan self-esteem.

Aktiviti-aktiviti first time, contohnya first time naik basikal, first memanjat tangga, first time main roller blade, juga dianggap sebagai deep play.
Selain tu, apa sahaja aktiviti yang melibatkan panjat memanjat atau mengimbang badan, juga adalah deep play dan perlukan pemantauan orang dewasa.



9) Exploratory Play



Exploratory play boleh membantu ibu bapa untuk mengenalpasti manipulative behaviour anak-anak melalui cara mereka memberi reaksi terhadap sesuatu alat atau persekitaran, contohnya membaling barang, menggigit, menyentuh, menjauhi, mengetuk, dan sebagainya.

Exploratory play boleh dilakukan dengan mendedahkan anak-anak dengan sesuatu alat atau benda, dan perhatikan cara anak menggunakan atau memberi reaksi kepada benda tersebut.



10) Fantasy Play



Apa sahaja aktiviti yang membenarkan anak-anak untuk berfantasi dalam dunia mereka sendiri,
adalah dianggap fantasy play.

Contohnya, berfantasi sebagai astronaut yang berada di bulan.
Atau, pilot yang sedang mengelilingi dunia.
Atau pahlawan yang sedang menentang gergasi.
Atau jutawan yang memandu lamborghini aventador.
Ehh itu fantasi apaknya. ;D



11) Imaginative Play



Dalam imaginative play, tiada batasan atau peraturan untuk anak berimaginasi dalam menghasilkan atau melakonkan sesuatu.
Aktiviti imaginative play adalah sangat luas.
Boleh jadi dalam bentuk lukisan, rekacipta, lakonan atau apa sahaja.

Contohnya, melukis sambil mendengar music yang dipasang.
Atau, berimaginasi sebagai seekor kucing atau ikan di lautan.
Atau, berimaginasi sedang berada di negara bersalji.



12) Loco-motor Play


Loco-motor adalah apa sahaja aktiviti yang melibatkan pergerakan badan.
Contohnya, main sorok-sorok, treasure hunt, main kejar-kejar, main panjat-panjat, dan sebagainya.



13) Mastery Play



Mastery play pulak menguji keupayaan anak-anak dalam melalukan sesuatu aktiviti secara intense dan bersungguh-sungguh sehingga selesai.
Mastery play selalunya ada target atau matlamat yang hendak dicapai.

Contohnya, mencipta istana pasir, menanam pokok, membuat kolam kecil, mencipta robot menggunakan kotak, etc.



14) Object Play



Object play adalah sejenis play yang melibatkan objek untuk meransang hand-eye coordination anak-anak.
Contohnya, menyusun dominos, memasang lego, dan sebagainya.



15) Role Play



Role play pun agak common dan ini adalah favourite saya dan Haikal!
Ok tak tanya. -..-

Role play selalunya membantu anak-anak explore intrapersonal dan interpersonal mereka.
Contohnya, menjadi sesuatu atau seseorang yang real dan melakukan sesuatu yang real.

Macam saya dan Haikal, kitorang suka main switch role.
Haikal jadi mama dan mama jadi Haikal.
Dan kami akan memainkan watak masing-masing.
Memang kelakar la, sebab Haikal akan cekak pinggang berkerut dahi sejibik macam mak dia.
Siapa tah mak dia tuh. -____-

Selain main switch role,
boleh jugak berlakon jadi bomba, jadi doktor, jadi jurujual dan sebagainya.



16) Recapitulative Play



Recapitulative play membenarkan anak-anak lebih memahami kejadian manusia, kejadian alam dan benda hidup.
Apa sahaja yang melibatkan sejarah, budaya, suasana, pekerjaan, peringkat kehidupan, cuaca dan sebagainya.

Contohnya, membela binatang, memberi haiwan makan, menanam pokok, melihat gambar-gambar lama dan perhatikan perkembangan diri, menyalakan api dalam gelap, perhatikan fenomena hujan, panas, ribut dan sebagainya.



Phewww habis pun 16 types of play.
Kurus jari saya menaip. *oh please la percaya*

Saya harap, dengan membaca perkongsian saya hari ni, dapat memberikan korang lebih banyak idea dalam menyediakan aktiviti untuk anak-anak.
Tak perlu lagi main aucak aucak selama 18 tahun sehingga anak kemurungan. ;D

Dan untuk pengetahuan korang, dalam Haikal's Outdoor Playgroup 2016 (#HaikalOPG), kami cuba sedaya upaya untuk terapkan kesemua jenis play ini ke dalam modul kami.
Haa so sesiapa yang belum register dan belum tahu camane rasa dia,
jom lah joinggggg!
Saya dan Haikal sendiri akan berada bersama anda di setiap sesi.
Boleh lah kita beramas ramas mesra yeayyy.

To register, boleh whatsapp:
011-2077 2324 (Ms. Fie)

Ok dah. Pergi hafal kesemua 16 types of play tadi.
Semoga bermanfaat!

11 comments:

Amal Salleh said...

Tq jiji share ;)

anok satu said...

Boleh disclose sekali peringkat umur untuk setiap play?

syazrosly said...

Good info

Siti Munirah Azmi said...

Wah byk nye..ade yg selalu main dh tp xtau jenis play ape..hahah..thanx for sharing

Husna Amirah said...

I found this very helpful lah mama Haikal. Thanks dear. I share yaa

Ruzidah Abdullah said...

banyak jugak rupanya jenis2 bermain dgn anak. Memang info yg menarik. tq for sharing..

Raihanah Ahmad said...

thanks puan, this is interesting

Nooriszani Ishak said...

Very helpful and informative. Thank you dear

termizi bin hashim said...

Menarik....

termizi bin hashim said...

Menarik....

siti fabillah mohd yunos said...

Bestnyaaaa..Saya share idea2 ni kat fb boleh? Sy olah sikit guna ayat saya n credit to jiji. Boleh tak?

Dan Haikal playgroup tu kat mana?