4 Tragedi yang Berpunca Dari Gajet. Selamat Berfikir!

Hi assalamualaikum.
Tadi ada satu status FB lalu di timeline saya.

 Status ini ditulis oleh seorang ibu yang mempunyai 3 cahaya mata (8 tahun, 6 tahun, dan 3 tahun).
Dan si ibu ni tengah bercadang untuk beli smartphone sorang satu untuk anak-anak dia.

-_________________-

Saya tak tahu apa yang korang rasa lepas baca status tersebut.
Tapi saya ada rasa macam-macam.
Rasa sedih, malu, marah, bengang, insaf, campur-campur.
 Bagi saya, status macam ni potong stim betul. -..-

Maaf kalau anda fikir saya terlalu cepat menilai si ibu tersebut.
Tapi masihhhhh saya tak nampak kat mana logiknya dengan membelikan smartphone untuk anak2 seusia itu.
Saya tak nampak macam mana keputusan itu mampu menyelesaikan masalah beliau (anak berebut phone).
In fact, bagi saya si ibu hanya sedang membuka jalan ke arah lebih banyak kemudaratan terhadap anak-anak nya.
Na'uzubillahi min zalik. 

Hmm.

Ibu..
Saya faham anda mungkin letih.
Saya faham anda mungkin sibuk.
Saya faham anak-anak anda ramai dan anda juga mungkin perlukan masa bersendiri untuk menenangkan fikiran.
Tapi saya percaya, itu bukan keputusan yang terbaik.
There must be a better way to do it. 

Sorry.
Tapi saya rasa sebenarnya ramai ibu bapa di luar sana yang mungkin sependapat dengan ibu tersebut.
Yang mungkin setuju dengan tindakan ibu tersebut,
belikan smartphone sorang seketul untuk anak-anak yang belum mumayyiz,
yang sepatutnya hidup mereka sarat dengan aktiviti bermain bagi meransang keseluruhan aspek perkembangan mereka.
Namun alasan si ibu, 
rimas anak asyik berebut phone. T__T

No, saya bukan anti smartphone.
Anak saya juga terdedah dengan smartphone. 
Dan ini memang zaman mereka pun.
Zaman anak-anak kita memang zaman gajet.
Tapi kalau dah sampai tahap nak belikan sorang satu,
saya rasa lebih baik fikir semula.
 
Yes, beliau mungkin mampu mengawal dan mengehadkan penggunaan smartphone itu nanti.
Tapi sejauh mana?
My dear parents, kita akan kalah dengan anak-anak, 
bila kita mula memberi mereka KUASA.
Membelikan smartphone untuk mereka, adalah sama dengan memberi kuasa.
Ingat ye, anak-anak kita ada kuasa memanipulasi yang sangat dahsyat.
Dan adakah kita benar-benar bersedia dan tahu bagaimana nak menghadapi consequences nya nanti?

  Maaf kalau sebahagian daripada anda yang sedang membaca ni,
 kurang suka dengan apa yang saya tulis hari ni.
Saya faham, setiap orang ada pilihan dan ada kuasa buat keputusan.
Dan setiap ibu bapa pastinya nak yang terbaik untuk anak-anak mereka.

Cuma saya nak share 4 TRAGEDI yang berpunca dari screen exposure (smartphones/TV/tablet).
Dan kesemua tragedi yang bakal saya kongsikan ini adalah KISAH BENAR yang didengar dan dilihat oleh telinga dan mata saya sendiri.



Tragedi Satu.

Kisah ni diceritakan sendiri oleh Ustaz Hasrizal, pengasas Khalifah Model School,
ketika kami sama-sama dijemput jadi panelis sebuah forum.
 Dan kisah ni adalah tentang anak Ustaz Hasrizal sendiri. 
Mohon halalkan ye ustaz, saya share kat sini.
Demi menyebar manfaat dan membuka minda ibu bapa. =)

So, menurut ustaz, anak beliau ni ketagihan game minecraft.
Dan akibat ketagihan dan pendedahan game yang tak terkawal, 
akhirnya salah satu mata anak beliau macam terlari sikit, atau dipanggil juling. 

Dan sekarang anak ustaz perlu menjalani rawatan berterusan untuk betulkan balik matanya.
Tapi saya respect dengan ustaz hasrizal sebab dia sangat cool masa bercerita tu. 
Siap boleh buat lawak tapi muka rilek je tunggu orang habis gelak. ;D 

Kata ustaz, beliau dan isteri bukan tak kawal. 
Of course diorang dah jalankan sistem kawalan tahap tertinggi.
In fact, dia hanya belikan satu handphone saje dan perlu dikongsi oleh anak-anaknya.
Means, setiap anak diperuntukkan masa tertentu saje untuk guna phone tu.
Tapi macam saya cakap tadi, anak-anak kita mempunyai kemahiran memanipulasi yang sangat dahsyat.
Bila dah terlalu suka atau ketagih, anak-anak sanggup buat apa saje untuk dapatkan apa yang dia mahu.
Dan itu lah yang terjadi kepada salah seorang anak ustaz hasrizal tadi.
Hmm.

Tapi ustaz kata, dia bersyukur.
Sebab dengan terjadinya tragedi ni, dia akhirnya ada bukti yang kukuh untuk dijadikan contoh kepada masyarakat yang belum sedar-sedar tentang bahaya gajet.


 
  Tragedi Dua. 
 
Masa saya dijemput untuk buat sedikit Sharing Session di Putrajaya beberapa bulan lepas,
 lepas habis talk tu, tetiba ada seorang ibu datang kepada saya dengan anaknya,

"Jiji, ini anak saya umur 6 tahun. Dia ni dah beberapa bulan tak boleh berenggang dengan tab. Dia selalu tengok youtube sampai lewat malam, kalau saya rampas, dia akan mengamuk sampai saya letih dan mengalah. Dan sekarang doktor kata dia memang dah ketagihan screen (tab) dan menghidap severe insomnia. Susah tidur. Kadang-kadang dia tidur 4 jam je sehari. Lepas tu bangun menangis cari tab semula." 

Hmm. 
Tak tahu nak cakap apa.

Masa saya menatap anak tersebut, tangan dia masih sedang pegang tab.
Saya rasa sebakkkkk sangat.

Sambil menahan air mata, saya nasihatkan puan tu rujuk artikel yang pernah saya share DI SINI dan jumpa pakar psikiatri untuk hilangkan ketagihan anak dia.

T_______T



Tragedi Tiga. 
 
Masa saya beri talk di PWTC tahun lepas, 
lepas habis talk, tetiba ada seorang ibu datang kepada saya, juga dengan anaknya.
Tak silap saya budak tu baru empat tahun lebih camtu.
Si ibu tu cakap,
 
"Puan Adlil, anak saya ni memang dah ketagih gajet. Setiap kali waktu makan kena ada youtube kat depan muka, baru dia nak makan. Kalau takde, dia akan mengamuk baling-baling makanan. Tapi bila buka cerita kegemaran dia, dia makan banyakkk. 
Tapi baru-baru ni dia sembelit. Berapa hari tak berak. Dan bila saya bawa pergi jumpa doktor, doktor kata anak saya ada masalah digestive system (sistem penghadaman). Puncanya, bila waktu makan, otak dia terlalu fokus pada gajet, sampai dia tak tahu / tak boleh sense bila perut dia kenyang. So doktor kata, dia sebenarnya makan terlalu banyak dalam satu masa, dan melebihi had makanan yang sepatutnya diambil."

Lepas saya dengar kisah ni, terus saya cakap dalam hati,
PERGHHHH SAMPAI MACAM TU SEKALIII???

Yes, sampai macam tu sekali screen exposure ni boleh buat pada anak-anak.
Mungkin tak logik bagi kita yang tak pernah mengalaminya.
Tapi jangan lah sampai dah jadi dekat diri sendiri, baru nak terasa logiknya.
Masa tu MUNGKIN DAH TERLAMBAT.


 
Tragedi Empat. 
 
Ini yang paling special, sebab tu dia last sekali.
  Sebab ia adalah kisah ANAK SAYA SENDIRI. 
 Yes, si Ashrof Haikol yang korang kenal itu. Heh.

Ini Haikal masa dia genap satu tahun. 
Sekarang dah 4 tahun 9 bulan. Dah boleh kawen dah. Kbye.

Benda ni saya tak pernah lagi cerita online, kat blog, FB, atau kat mana-mana penulisan saya.
Tapi saya selalu share dalam talk yang saya hadiri. 
Bukan nak simpan rahsia ke apa.
Cuma bila nak cerita pasal benda-benda bodoh yang kita pernah buat dulu,
 saya prefer cerita direct depan muka, supaya orang lebih faham mesej yang saya nak sampaikan. 
Kalau dalam bentuk penulisan, orang lebih mudah menghukum, misinterpret dan nampak yang negatif berbanding yang positif. 
-____-

So bismillahirrahim, begini kisahnya.
Ini anak saya, Haikal. 


Masa Haikal kecik, dalam tahun 2012—2013, 
saya tengah dalam pengajian di peringkat PhD. 
So faham-faham je la busy dia cemana. 
Kita pulak masa tu muda lagi, tak banyak ilmu. 
Fikir nak senang, nak seronok je.

Dan tetiba ditakdirkan pulak saya menang satu contest (tak ingat contest apa), 
dan hadiahnya ialah ipad. 
Yeayyyyy!! 
Welcome to gadjet addiction! ;D

Dan sebagai ibu yang sangat mencintai anaknya, 
maka saya hadiahkan lah ipad itu kepada Haikal.
Siap wallpaper, screen saver, semuaaaa muka dia. -___-

 Padahal masa tu umur Haikal baru setahun lebih.
Dan saya yang "educated lah sangat" ni pun mula lah download segala "educational video" dalam ipad tersebut. 
Phonics songs lah, nursery rhymes lah, upin ipin lah, superwhy lah, etc.

Saya selalu jugak ditegur oleh kawan-kawan yang ambil jurusan psikologi.
Diorang kata gajet ni tak bagus untuk anak-anak bawah 12 tahun.
Tapi dengan angkuhnya,
saya beri alasan seperti yang selalu digunakan oleh kebanyakan ibu bapa di luar sana, 
"Anak saya behave bila ada gajet. Gajet memudahkan kerja saya. Gajet membantu anak perkembangan anak saya. Terima kasih gajet!"

Walaupun hakikatnya, BULLSH*T!

Dan alhamdulillah, dengan gajet jugak, saya boleh tumpukan kepada pengajian PhD saya. 
Sementara anak berkawan dengan gajet.
;D

Dan beberapa bulan juga berlarutan begitu. 
Gajet Gajet Gajet.
Sampailah saya mula perasan sesuatu yang tak kena dengan behaviour haikal. 
Tantrum dia lain macam, cara dia menangis lain, semua lain. 
And luckily, saya ibu yang agak observant.
 
So saya pun bawa Haikal pergi jumpa child psychiatrist,
 dan guess what, Haikal was suspected as autistic. 
And what causes it, was the excessive screen exposure.
 
Masa tu doctor beritahu tu, jantung saya terus berhenti.
Dunia saya gelap. 
Saya peluk anak saya kuat-kuat.
Saya baru sedar apa yang saya dah buat kat anak saya selama ni.
AND THAT WAS MY TURNING POINT.

I quit my PhD, and paid back the scholarship.
Dan itu bukan keputusan yang mudah memandangkan saya dah dalam tahun ketiga pengajian.
Tapi sebab saya terlalu rasa bersalah, dan nak tebus semula segalanya,
maka saya rasa itulah keputusan yang terbaik.

Dan sekarang, bila saya flashback, dan lihat diri saya dan Haikal pada hari ni,
alhamdulillah memang itu lah keutusan yang terbaik. 
:)

Ok sambung cerita tadi, lepas Haikal was suspected by the specialist,
Haikal kena buat 3 stages of early intervention di sebuah special school. 
Dan untuk pengetahuan, early intervention adalah tidak murah.
Tapi itu lah yang terpaksa kami lakukan, untuk tebus kesilapan kami dan rawat semula anak kami.
T____T
 
Di special school tu,
saya terkejut dan menangis tengok ramaiiiii rupanya anak-anak yang suffer disebabkan oleh excessive screen exposure (pendedahan skrin berlebihan). 
Ada yang autistic, ada yang saraf tak berfungsi, ada yang muscle & bone problem.

Allahuakbar. 

Bermula dari situ lah saya mula berhubung dengan ramai child psychiatrist dan tanya mereka tentang ilmu perkembangan kanak-kanak. 
Saya mula beli macam-macam buku yang berkaitan dan baca. 
And some of you yang sedang membaca ni pun mula kenal saya sejak saya mula menulis tentang apa yang saya baca dan belajar dari child psychiatrist. :D

Alhamdulillah.
At least benda ni bukan saje dapat bagi pengajaran kepada saya, tapi juga kepada pembaca blog saya.

Haikal macam mana sekarang?
Oh he is doing so well, alhamdulillah!
Macam yang korang boleh tengok di Facebook Page dan Instagram saya,
Haikal now is so verbal, active and mempunyai imaginasi yang luar biasa. ;D

Saya bersyukur, sebab Allah sedarkan saya awal,
dan saya tak kisah jika kisah malang Haikal ni dikongsikan untuk jadi pengajaran kepada ibu bapa lain.
 


Sekian 4 tragedi kisah benar yang mungkin boleh buat anda fikir semula dan berhati-hati dalam membuat keputusan yg melibatkan anak-anak. 
Dan mungkin sekarang anda boleh faham apa yang saya rasa bila baca status seorang ibu yang saya kongsikan mula-mula tadi. 


Saya berdoa agar ibu ini membatalkan niatnya. :(

 
By the way, kalau diperhatikan keempat-empat tragedi tadi, 
kesan screen exposure ni bukan sahaja pada perkembangan anak-anak sebenarnya, 
tapi juga pada emosi ibu bapa sebab kena sediakan peruntukan tambahan pulak untuk rawatan susulan.
Dah satu hal pulak nak cari specialist, nak allocate money, nak terima keadaan mentally. 
Bukan mudah, of course. 
Kalau mudah, saya dah ada phd dah sekarang. ;D
That's why, mencegah lebih baik daripada merawat.

Saya harap apa yang saya kongsikan hari ni, 
dapat beri ruang untuk korang fikir dan nilaikan semula setiap keputusan dan tindakan yang korang buat untuk anak-anak.
Dan jadi sebab untuk kita sama-sama bertekad menjadi ibu bapa yang membantu perkembangan anak-anak, 
dan bukan membantutkan perkembangan anak-anak. 

Peluang kita ada satu je.
Sebab anak-anak ada di hadapan mata kita sekali je.
Silap langkah, lambat sedar, payah nak undo balik.
 
 So kepada anda yang mungkin tengah dalam proses nak belikan anak-anak gajet atau phone,
Ask yourself :
Are my children smart enough to have their own smartphone?
Am i ready to face all the consequences?
Do I have enough money to restore every damage it might caused?

Renungkan.
Saya harap Allah melindungi kita semua, insyaAllah.

36 comments:

Lisa Nurulain said...

orang dulu dan sekarang tak sama.. budak dulu dan sekarang tak sama. kecik ati pun kecik la.. kejadian berlaku di raya ke3 baru-baru ni. mak saya,,, koma dan terpaksa dilarikan di hospital. darah tinggi .. tiba2 jatuh time lepas ambek wudhu nak solat subuh. pendekkan cerita... time mak dah sedar.. ada cucu disana dengan anak2. cucu berdiri di kerusi sebelah dinding.. membisu dari pagi ke malam , mat ahanya tertumpu pada HP. tanya nenek dah ok ke belum ke nak makan ubat atau bagi semangat pun takda. sedih ... luahan mak saya ketika balik dari hospital tu . budak sekarang lebih mesra dgn hp dan jauh dari nenek...

Since that .. lisa.. nanti kalau dah ada anak.. nk cuba tidak dekatkan dengan gadget pada anak2 smpai umur 12th .
nice info puan.. semoga anak puan cepat sembuh,,, dan diberikan kesihatan selalu

Shahida Dzulkafli said...

Pendedahan yang bagus..

Shahida Dzulkafli said...

Pendedahan yang bagus..

Ummu Faqiihatunnisaa' said...

Puan Adlil, boleh kongsikan dgn kami buku buku apa yg awk.bace tentang parenting.Any suggestions?thanks.

semoga puan sekeluarga diberkati Allah sentiasa.Amiin

Unknown said...

Puan, sy pn b'minat nk tau buku apa yg puan baca bkenaan parenting ttg gadget ni 😉 sbb klu blh sy nk cari utk bacaan, tq 😉

Pengedar Shaklee Sri Aman said...

Satu perkongsian yg baik puan. Akan saya jadikan panduan dlm mendidik anak2 saya

Pengedar Shaklee Sri Aman said...

Satu perkongsian yg baik puan. Akan saya jadikan panduan dlm mendidik anak2 saya

ida ahmad said...

Saya pun ada pengalaman yg sama. Mujur sedar awal. :)

Dr Shahnaz said...

Jazakillah Puan krn berkongsi pengalaman sendiri & saranan2 membina. Izinkan sy berkongsi. Sy buat peraturan sndr, anak2 x blh buka akaun fb hingga plg awal umur 18thn dgn harapan in syaa Allah ms tu dia dh pandai jaga iman. Wechat dilarang sama sekali. Suami ada belikan extra hp 1 utk kegunaan anak bila pergi rombongan sekolah atau utk kami hubungi mereka di rmh bila kami bekerja. Setiap kali sy nampak anak sulong 13 thn merenung hp lama2, sy akan tanya apa yg sdg dia tgk. Selalunya jawabnya tgh WA dgn kawan2 sek atau tgk2 gmbar dlm gallery. Tp kalau dh 2x sy jenguk dia masih dgn hp, sy akan terus pergi ambil hp tu dr dia, letak atas meja bljr & tegaskan pd dia sy nak elakkan dia dr ketagih hp. Alhamdulillah dia faham & terima. Begitu jg dgn anak bongsu yg 8thn. Jika dia lama duduk dgn tab, sy akan ambil & cadangkan dia buat benda lain yg lbh berfaedah. Lps tu sbg reward lps dia dh sempurnakan tugasannya, br sy bg sml tab tu utk dia main. Hanya game yg tertentu shj sy benarkan. Utk elakkan mereka dr gadget langsung agak susah krn kita sndr gunakan hp tiap hr. Jd pd sy anak2 ini blh guna gadget tp perlu pemantauan yg sgt rapi & peraturan yg jelas spy mrk faham & comply in syaa Allah. Hrp dpt berkongsi practical daily tips & jika ada idea2 lain blh lah kita sama2 kongsikan. Terima kasih.

ladygago said...

menarik perkongsian pengalaman dan ilmu.sy nk share juga pengalaman sy.wp sy bg juga ank sy main gajet tp sy pun belikan toys , roller skate, basikal, beli bubble, bwk ke taman ms ujung minggu...ms ank sulong sy nk msk 2 thn, kita mula dedahkn dgn pensil dan pensel warna...mkn kt luar puan bwk kerts dan pensil utk dia conteng, insteaf bwk gajet...alhamdulillah dr gajet dia bljr english dan sekrg mmg ckp omputih hinggakn adik dia pum dh speaking...kdg2 bwk main toys yg guna token...kene spend duit sedikit dan masa utk bwk mereka atau dedahkn mereka dgn benda lain supaya fikiran x asyik teringatkn gajet...alhamdulillah buat ank2 sy..

MaMa Chantique said...

sy pun dah bertahun gak sorok kan tab anak2...awal2 memang sukar tahan jelah telinga bila anak2 mengamuk sakan..tpi kita kena strong lah..lagi2 sy as WAHM paham2 jelah...tak de gadget rumah akan bersepah like tongkang pecah semua tonggang terbalik..riuh rendah bagai nak pecah tapi itulah dunia anak2..so better diaorg bermain dr membisu mata padang gadget je...uhuhuhhu..

June said...

Saya mohon kongsi tulisan puan. Dalam keluarga saya di rumah sudah hampir empat tahun saya tak guna smart phone dan termasuklah TV. Mula2 saya beli samrtphone samsung note2, anak2 sangat teruja. Mereka download mcm games...timbul masalah perebutan dan perbalahan antara mereka dan masa dihabiskan terlalu byk utk main games dan juga TV. Semua tu sgt2 memeningkan kepala saya. Apa yang saya buat ialah saya tak menambah beli tab atau samrtphone sorang satu tapi saya stop penggunaan smartphone tu termasuk TV dan hanya pakai tel cokia sahaja. Alhamdulillah rumah aman damai dan saya belikan mainan tradisional spt congkak, saidina, kad2 mainnan dll. Tak ada masalah...semuanya ok. Sampailah anak yg bungsu sekali umur 10 tahun baru saya keluarkan semula samrtphone tu dan dah pun ketinggalan zaman sebab sekarang dah 4G. Tapi tindakan saya medapat kutukan sesetengah sedara mara. Ingatlah kita kena tegas dlm bab ni sebab mudaratnya sgt byk.

NUR HAZWANI MOHD SAHARI said...

Assalamualaikum...sis blh sharing how to know early sign for autisme...thanks

alia farhan Said said...

Thanks jiji...
For d exposure...
Mmg rsa bersalah gak bila bg ank gajet ni lg2 dgn alasan kita bz kedaung...
Jiji boleh cita psal stupid box pulak tak??anak saya either utube or tv...lain2 tu dia "kemas" kan rumah ja aktiviti dia

Nur Azemah Aminludin said...

sangat insaf dengan perkongsian puan...serta perkongsian muslimah yg lain..jazakillah..saya sekarang memang tengah study PhD..sangat mencabar..memang anak saya main hp n komputer berjam2..tab memang takde. tp atuk diaorg g beli sorang satu pulak..(yg biasa).hp yg ada utk diaorg main tu pun kebetulan hp asben rosak, so beli baru..yg rosak tu masih boleh guna utk game n youtube...kami selalu byk aktiviti harian bersama..tapi sejak study nie sy jarang buat aktiviti bersama-sama...byk permainan lain yg sy sediakan...sebelum anak2 6 & 8 addicted...saya kena bertindak..aduhaiii sy kena bertindak sekarang sebelum segalanya terlambat...mohon DOA kan saya yea..

Unknown said...

Betul tu saya pon sama.tab & hp hanya ibu dan ayah shj yg ada.wlpon dia merengek nakkan hp sendiri katanya kwn 2 semua dpt hadiah hp sendiri sebb dpt keputusan yg baik.
Saya bg tau abg long belom layak ada hp sendiri wlpon umor dah masuk 12thn.
Tp saya izinkan utk mereka google apa2 yg berkaitan dgn pelajaran.
Anak saya ketiga2 lelaki .umor dah 12,10&5thn.

Unknown said...

Betul tu saya pon sama.tab & hp hanya ibu dan ayah shj yg ada.wlpon dia merengek nakkan hp sendiri katanya kwn 2 semua dpt hadiah hp sendiri sebb dpt keputusan yg baik.
Saya bg tau abg long belom layak ada hp sendiri wlpon umor dah masuk 12thn.
Tp saya izinkan utk mereka google apa2 yg berkaitan dgn pelajaran.
Anak saya ketiga2 lelaki .umor dah 12,10&5thn.

Siti Kamariah said...

Betul tu saya pon sama.tab & hp hanya ibu dan ayah shj yg ada.wlpon dia merengek nakkan hp sendiri katanya kwn 2 semua dpt hadiah hp sendiri sebb dpt keputusan yg baik.
Saya bg tau abg long belom layak ada hp sendiri wlpon umor dah masuk 12thn.
Tp saya izinkan utk mereka google apa2 yg berkaitan dgn pelajaran.
Anak saya ketiga2 lelaki .umor dah 12,10&5thn.

Siti Kamariah said...

Betul tu saya pon sama.tab & hp hanya ibu dan ayah shj yg ada.wlpon dia merengek nakkan hp sendiri katanya kwn 2 semua dpt hadiah hp sendiri sebb dpt keputusan yg baik.
Saya bg tau abg long belom layak ada hp sendiri wlpon umor dah masuk 12thn.
Tp saya izinkan utk mereka google apa2 yg berkaitan dgn pelajaran.
Anak saya ketiga2 lelaki .umor dah 12,10&5thn.

Unknown said...

Saya ada anak ... yang berusia 3 tahun .. saya tidak memberi dia apa2 gadjet ... sekarang dia pandai buat ketupat .. ingat-ingat la asal usul kita ... sekarang dia masih belajar dengan nenek mcam mana nak buat rendang ... ini cadangan saya .. kalian juga boleh ikut cadangan cadangan lain .

CrashoverLoad said...

Assalamualaikum
Cadangan saya....
Sama seperti bwk kereta, bwk moto, tgk video
Kita kena pandai pakai barulah ajak org lain naik atau pakai kan?
So... Sebelum pepandai bg anak pakai, belajar belajarlah camna nak pakai dan camna nak stop pakai
Semuanya ditangan kita sendiri, try jangan salahkan org lain atau benda lain... In shaa Allah

CrashoverLoad said...

Assalamualaikum
Cadangan saya....
Sama seperti bwk kereta, bwk moto, tgk video
Kita kena pandai pakai barulah ajak org lain naik atau pakai kan?
So... Sebelum pepandai bg anak pakai, belajar belajarlah camna nak pakai dan camna nak stop pakai
Semuanya ditangan kita sendiri, try jangan salahkan org lain atau benda lain... In shaa Allah

Kinder Hadif said...

Assalamualaikum,
boleh tak Puan kongsikan contact details child psychiatrist yang bagus/yang puan jumpa?
terima kasih
===============

Mr369rick said...

TRUE..in fact.. this might just be the begining..for a whole lot worse..scenario- gadget addiction- CHRONIC-..
..WE..NEED to.. be creative-in solving the matter at hand..just like.. hoe-we..convey.. [or talked/conversed]..these days..-CREATIVELY..
..KUDOS..-ENJOY.. every bit..of your REPORT..- KIPIDUP.. and -KARIPAP.. ;)

adila_alim said...

alhamdulillah, setuju dengan pendapat puan, pada saya bila ibu dah addict dengan gajet, tak salah bila anak-anak pula merebut gajet tersebut bila si ibu terlalu memberi perhatian kepada gajet. kadang-kadang bila duduk memerhati orang sekeliling masing-masing tertumpu pada gajet, kita yang dewasa rasa tidak dihormati lagikan anak-anak yang sukakan perhatian. jadi bermula dari kite untuk kurangkan addict tersebut.

Nie Feng Malaysia said...

Betul tu CrashoverLoad, Function seperti Flight Mode selain apps yg boleh block Internet atau kena bukak pakai password sahaja atau hanya cetain application je boleh pakai internet sangat sesuai utk menangani masalah ini
cubalah... oblivously saya dh cuba. alhamdulillah sgt berkesan

mokjadeandell said...

Mohon kongsi penulisan puan.Terima kasih.

Samhani Ismail said...

Terima kasih Puan di atas perkongsian yang baik

norlina jusoh said...

sy ada anak sebaya haikal.. dan sy tau tak bagus gajet ni sbb dah follow blog adlil ni agak lama dah.. tapi dalam tak nak bagi anak main hp atau laptop ni sy terlepas pandang. mungkin sy penat bekerja dan masa sama pregnant. saya perasan anak sy bukak mata je hadap laptop, setiap masa nak tengok hp. sampai tidur lewat sbb hadap benda tu semua. dan paling teruk dia mula tantrum. tak nak main mainan atau main beskal kat luar. tak nak makan. saya bincang dengan husband dan kami uninstall u-tube dari hp kami berdua. suami dah tak bawak balik laptop kat rumah. tindakan drastik tu alhamdulillah berjaya. memang mula2 dia mengamuk cari hp atau laptop. mak2 kena kuat mmg ayat kuar dari mulut kecik tu buat kite rasa kesian. sekarang anak sy dah main beskal dan asyik angkut mainan dari playroom dia. suka tengok perubahan dia skrg. ilmu dalam membesar dan mendidik anak ni kena selalu kite cari. blog adlil ni sy jadikan motivasi untuk sentiasa positif.

Noble Dalia said...

Kpd sesiapa yg masih tercari-cari program untuk mengisi masa anak-anak dan merangsang perkembangan minda di tahap optimum. Boleh melawat fb group kami: An-Nuha Wholistic Patterning for Optimum Brain Function.

Anak-anak normal agar fokusnya tinggi.
Anak-anak ADHD, Autisme, CP, dan lain-lain agar struktur otak dan fungsinya ditahap optimum.

Jom ke An-Nuha Wholistic Patterning? Kami Di Bandar Baru Bangi.

Noorul (SiaJNaD) said...

Saya minta izin utk share ye puan. Semoga ilmu dan pendedahan oleh puan akan beri kesedaran pada parents2 lain

Noorul (SiaJNaD) said...

Saya minta izin utk share ye puan. Semoga ilmu dan pendedahan oleh puan akan beri kesedaran pada parents2 lain

Unknown said...

Assalamualaikum puan..terimakasih diatas perkongsian ilmu yg sgt2 bermanfaat sy rasakan,..sy mohon share artikel puan ni di fb..kalaulah sy xbaca artikel ni,pasti sy akan menjadi seorang bapa yg paling menyesal dlm dunia ni,..kalaulah sy xbaca artikel ni,pastinya sy akan buat satu keputusan yg paling teruk dlm idup sy..terimakasih sekali lagi..

Aku lelaki Melayu said...

Assalamualaikum puan..terimakasih diatas perkongsian ilmu yg sgt2 bermanfaat sy rasakan,..sy mohon share artikel puan ni di fb..kalaulah sy xbaca artikel ni,pasti sy akan menjadi seorang bapa yg paling menyesal dlm dunia ni,..kalaulah sy xbaca artikel ni,pastinya sy akan buat satu keputusan yg paling teruk dlm idup sy..terimakasih sekali lagi..

wani ezryl * said...

berkaca jugaklah mata ni bila baca cerita. kesian kat bdk2 kan. dan lepas baca, sy baru tau yg too much of gadget exposure can cause autism. takutnya! pandangan sy, lifestyle ibu bapa sedikit sebanyak membentuk perkembangan anak. ibu bapa yg suka beriadah, berlari, berbasikal contohnya.. anak2 akan ikut sama beriadah. ibu bapa yg suka berkreativiti, melukis.. anak2 pun ikut. semoga anak2 kita semua terhindar daripada ketagihan gadget pada usia yg terlalu muda.

ana said...

Puan nak tny...kalau kita sendiri tgk hp masa tengah susukan bayi beri kesan tak?
t,kasih puan