Mahkota Sabar



Tadi masa tengah makan dengan Haikal kat satu restoran, ada sorang akak ni duduk selang satu meja dari kami. 
Dia asyik pandang-pandang Haikal. 
Sambil pandang, dia senyum dan bisik pada sorang lelaki sebelah dia. 

Saya tak pasti apa yang diborakkan tentang Haikal. 
Nak kata handsome sangat, mak dia lagi handsome. 💁😂

Lepas hampir setengah jam,
tiba-tiba akak tu bangun dan mendekati kami. 

"Assalamualaikum."
Dia tegur sambil tersenyum. 

Haikal yang dari tadi kusyuk melukis, terus angkat kepala dan jawab salam. 

"Berapa tahun ni?"
Akak tu tanya sambil sentuh bahu Haikal. 

"Enam."
Haikal jawab sambil sambung melukis. 

"MasyaAllah bijaknya. Pandai dia melukis."

Saya senyum saje. Tak tahu nak respon apa. 😂

Tiba-tiba akak tu cakap--

"Allah betul-betul sayangkan awak. Dia bagi awak anak yang bijak dan comel. Jaga dia baik-baik ye."

"InsyaAllah, kak." 

Dalam hati saya--
Haduu dah macam nasihat mak aku je ni. 😌

Tiba-tiba akak tu sambung --
.
"Akak ni dah 14 tahun kawen, tapi masih belum ada rezeki nak dapat anak. Bila akak tengok anak-anak macam ni, akak nampak mahkota di atas kepala ibu bapa mereka. Tapi mahkota tu hanya kami orang-orang yang belum ada anak je yang boleh nampak. Bagi kami, orang yang dikurniakan anak adalah bukan calang-calang orang. Sebab Allah yang pilih korang untuk dipakaikan mahkota tersebut. Jaga anak ni baik-baik ye. InsyaAllah dia akan bantu awak di mahsyar nanti."

Ya Allahh. 
I almost burst into tears. 

Saya terus bangun dari tempat duduk, dan peluk akak tu. 
Dia sambut pelukan saya, 
dan sambil gosok belakang saya, dia cakap--

"Doakan akak sekali ye. Kalau tak sempat dapat anak kat dunia, doakan akak dapat ramai anak kat syurga nanti." 

"InsyaAllah, kak."

Itu je saya mampu jawab. 
Sebak menahan air mata. 

Before she and her husband left, ini kata-kata terakhir dia yang saya tak boleh lupa --

"Orang kata, penantian itu satu penyeksaan. Tapi bagi akak, penantian itu sebenarnya anugerah. Tak semua orang mampu menanti tanpa berputus asa. Allah tu sangat baik sebenarnya. Takde satu pun perkara yang dizinkan untuk aniaya kita. Kita je yang selalu bersangka buruk." 

So. Damn. True.

Hari ni, saya belajar dua benda --

Satu, 
kadang-kadang kita patut lihat hidup kita dari perspective orang lain. Sebab kita selalu nampak kekurangan hidup kita, sedangkan ada orang yang kurang bernasib baik yang mengimpikan hidup seperti kita. 

So stay thankful, 
stay patient, 
and stop complaining. 

Dua, 
saya mula nampak definisi SABAR dari sudut yang berbeza. Betapa akak tu mampu kekal positif dan bersangka baik dengan takdir Allah, biarpun diuji selama 14 tahun. 

Sabar--
bukan tentang berapa lama kita sanggup tunggu. 
Tapi tentang kemampuan kita kekalkan mindset dan sikap yang baik sepanjang tempoh menunggu itu. 

Kepada akak yang saya jumpa tadi, 
maybe you're not reading this. 
But i want to thank you for the beautiful lesson you've indirectly taught me just now. 

Semoga akak dapat apa yang akak impikan, 
dan semoga akak terus dikurniakan ketenangan hati dan kebahagiaan hidup.

Bagi saya sekarang--
akak pun ada mahkota di kepala. 

Bukan mahkota anak, 
tapi mahkota sabar. 

2 comments:

ain.ya.nun. said...

Thank you for this post AR.
Memang tengah down sgt pasal parenting issue ni.

Hopefully, i will stay thankful, stay patient, Insh Allah.

zulaikha ali said...

MashaAllah. Sebakk sangat baca ni .. T__T