Teknik "in-character"



Hari ni saya nak share salah satu teknik yang saya selalu guna untuk "kuasai" Haikal, especially di saat-saat genting.
Contohnya waktu emosi dia kurang baik,
waktu dia taknak dengar cakap atau taknak beri kerjasama.
.
Nama teknik ni ialah--
teknik “in-character”.
.
Tak payah google lah.
Sebab sebenarnya saya reka sendiri nama teknik ni.
Baru cipta tadi hahah.
.
But whatever the name is, i find this technique is really helpful, dan selalu berjaya "menundukkan" Haikal. 😏
.
Sama macam masa kita kecik2 dulu,
anak-anak kita juga mempunyai obsession terhadap watak atau character dalam cerita2 yang ditonton di TV / movie atau yang dibaca di dalam buku.
.
Walaupun kita tak dedahkan sangat mereka dengan mana2 character tertentu,
percayalah mereka tetapppp akan develop satu character kegemaran dalam diri.
Dan kadang-kadang, character kegemaran anak-anak ni boleh berubah mengikut minat, peningkatan umur, surrounding atau pengaruh kawan-kawan.
.
Dan yang bestnya, bila anak-anak obses terhadap character tertentu, mereka automatically akan ada kemahiran menghayati dan meniru watak tu sekali.
Siap dengan suara, dengan body gestures, dengan facial expressions, semua cukup.
.
Cuba tengok anak-anak kita bila mereka tengah "in-character",
jangankan Rosyam Nor, silap-silap Johnny Depp pun sanggup bersara bila tengok anak kita berlakon.
Terus bersara sebab dah jumpa pelapis. 😂
.
Bagi saya secara peribadi,
i don't think this kind of obsession towards movie character is a bad thing.
As long as ianya masih boleh dikawal dan masih berpijak di bumi yang nyata.
.
And if we're creative enough, we can actually "use" this obsession untuk mendominasi anak-anak supaya lebih patuh dan lebih beri kerjasama, especially ketika emosinya tidak terkawal.
.
I've been using this technique for a quite some time, and i find it easier to dominate Haikal bila dia dalam state "in-character".
.
Setiap kali Haikal tak endahkan suruhan saya,
Atau memberontak dengan keputusan saya,
Atau tak menghormati arahan saya,
Atau melawan cakap saya,
Atau meninggikan suara, dan sebagainya--
saya akan gunakan teknik ni serta merta.
.



And this is how i do it 👇
.
1) Identify at least 3 characters that your child is obsessed with.
.
Macam Haikal, currently dia obses dengan Storm Trooper (Star Wars), Raphael (Ninja Turtle) dan Blaze (Blaze and The Monster Machine).
.
2) Identify the rivals or the masters or the leaders of those characters.
.
Haa yang ni penting.
Sebab yang nak kena jadi watak2 rival ni nanti adalah kita ibu bapa. 😌
So pastikan kita tahu siapa watak lawan atau ketua kepada watak2 yang anak kita suka dalam point no. 1 tadi.
.
Bila dah tahu watak lawan/watak ketua tu, cuba hayati dan cuba tiru karakter watak2 tersebut. Tiru suara, facial expressions, body gestures, etc.
.
3) Setiap kali berlaku saat2 tegang atau bila emosi anak kurang baik, serta merta panggil anak dengan nama character yang anak obses di point no. 1 tadi.
.
Contohnya, bila Haikal taknak habiskan nasi dia,
I will immediately address him as one of his favourite characters--
.
"Storm Trooper, if you wanna win the next battle, you must have enough energy. And this rice will give you incredible strength and power." 💁
.
Atau--
"Raphael, finish your rice now. Before The Shredder (musuh ninja turtle) come and finish you. I'm your Sensei Splinter (boss ninja turtle) and only I know what's best for your muscles and soul."
.
Haa.. Saiko tak?
Padahal nak suruh habiskan nasi je. 😂
.
Yang penting, kita kena terus masuk dalam character (suara, mimik muka, body gesture semua complete) dan paksa anak masuk sekali dengan memanggil dia sebagai nama favourite character nya.
.
Kadang-kadang bila Haikal liat nak mandi pun saya guna teknik yang sama.
.
“Hey Storm Trooper! I’m Jedi. *buat gaya dan  suara* I want you to follow my order now. Go and take a bath, because later we'll have light saber battle. If you don't take a bath, you lose.”
.
😂
.
4) Stay in character. And stay in your child's logic.
.
Sepanjang tempoh "in-character" tersebut, korang kena mainkan watak dengan sebaiknya,
dan jangan putus asa sehingga anak terpengaruh dan akur.
.
Yang paling penting, jangan tetiba pergi tukar character, atau lari fokus atau lari dari logic akal anak-anak.
Don't go too high, sampai anak tak faham and lose interest.
It's your job to make sure your child is always in character and get influenced by your character.
.
Benda ni senang je sebenarnya.
You just do you.
But in a different character. 😂
.
Memang nampak macam tak masuk akal,
tapi saya cabar korang untuk cuba try test dulu.
Baru tahu macam mana dia punya pergi. 😂
.
Teknik ni seronok tau.
Sampai kadang-kadang rasa rindu nak gaduh dengan anak sebab rindu nak get in character.
Pastu sama-sama beriya berangan. Hahah.
.
Sekian perkongsian untuk hari ni.
Semoga bermanfaat.
And have a blessed week ahead, pipol!
.
.
P/s: For more helpful parenting tips, read my two bestseller books #3Kertas3Krayon3PenselWarna & #WhySoSeriousParents.
.
More info, klik 👇
https://goo.gl/CN7WEo

.
Whatsapp 011 5289 0825
www.wasap.my/601152890825

0 comments: